Bab 3

"TUAN ANIQ, tak apa ke kita tinggalkan Cik Edine dekat sini?" Muaz takut jika teman majikannya itu ditinggalkan begitu sahaja. Dia sebenarnya takut jika perempuan itu naik marah. Apa tidaknya, setiap kali perempuan itu tidak berpuas hati, dia dijadikan sasaran untuk melepaskan amarah.

"Biarkan saja perempuan tu. Saya dah kata dengan dia yang saya tak nak diganggu. Tapi,dia tetap nak ikut sama. Sekarang kita pergi tempat lain. Tak payah hirau pasal dia." Aniq mengorak langkah namun lengannya ditahan oleh seseorang. Aniq tergamam memandang orang itu. Seorang muslimah moden. Lama pandangan mereka bertaut. Lengannya masih lagi digenggam oleh gadis muslimah itu.

"Tolong saya, ya?" Kata Hana sambil tersengih. Aniq dan Muaz saling berpandangan.Dia mahu menarik semula lengannya namun tidak sampai hati apabila melihat riak wajah gadis itu.

"Maaf cik," Hana segara mendiamkan lelaki yang berdiri di sebelah lelaki yang berpakaian formal itu. Lelaki berwajah 'Mat Salleh' itu mendekatinya. Hana tarik nafas panjang.

"Maaf, Encik 'Mat Salleh'. Kalau awak nak ganggu saya silalah berurusan dengan suami saya ni." Tersentak Aniq dengan kata-kata gadis muslimah itu. Begitu juga dengan Muaz. Lelaki di depannya juga turut tersentak dengan kata-kata gadis itu.

"Awak dah kahwin? Sejak bila pula awak kahwin?" Soal lelaki yang bernama Faiz itu. Jantung berdegup laju tapi Hana tetap meneruskan lakonannya. Sudah tentu wajah dua lelaki di tepinya itu terkejut dengan apa yang dilakukan olehnya. Baru sahaja dia hendak buka mulut, lelaki di sebelahnya memotong laju.

"Ya, kami dah kahwin sejak dua bulan yang lepas." Aniq dengan beraninya turut sama masuk ke dalam lakonan Hana.

Hana melopong.

"By the way, saya Aniq Rafisqy." Sempat Aniq memperkenalkan dirinya kepada Faiz. Dia menghulurkan tangan namun tidak disambut oleh Faiz.

Matanya terbeliak. Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada lelaki 'Mat Salleh' ini. Dia kemudian tertunduk malu. Tidak berani untuk menatap wajah lelaki berpakaian formal itu.

"Aivy, takkan awak tak kenal saya lagi?" Faiz tidak puas hati.

Laju Hana memandang lelaki itu. Berkerut dahinya bila lelaki itu memanggil nama keduanya.

 "Aivy?! Awak kenal saya?" Dia tahu nama aku? Siapa dia ni?! Timbul persoalan dibenak fikirannya.

"Sayang, jom." Tangan bertukar tempat. Aniq menyentuh bahu Hana.

Hana terpinga-pinga. Dia memandang sekilas lelaki yang bernama Aniq Rafisqy itu. Lelaki itu menyentuh bahunya. Siapa yang sedang berlakon sekarang ini? Aku ke lelaki ni?

"Err..."

"Dah, tak payah peduli orang ni. Kita dah lambat." Aniq masih meneruskan lakonannya. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis kepada Hana. Dia menarik tangan gadis tersebut. Barang-barang shopping Hana sudah bertukar tangan. Mereka terus meninggalkan lelaki yang masih terpinga-pinga itu. Muaz segera membuntuti dari belakang dengan barang-barang shopping ditangannya.

Aivy? Dia memang kenal aku ke? Tapi dia itu siapa? Fikir Hana. Dia masih tidak sedar bahawa dia sekarang masih bersama dengan lelaki yang berpakaian formal itu. Setahu dia, hanya anak buahnya saja yang memanggil dia dengan panggilan keduanya itu. Kalau lelaki....

Hana cuba berfikir dan terus berfikir. Siapa lagi yang suka memanggilnya dengan nama keduanya itu.

Takkanlah! Hana teringat akan seorang lelaki yang berdarah Melayu-Inggeris. Sudah empat tahun mereka berpisah sejak lelaki itu berpindah ke luar negara mengikut keluarganya. Dia dah balik sini ke? Takkanlah itu dia? Jauh beza pula dengan orang yang aku kenal empat tahun lepas. Hesy, tak mungkinlah. Macam-macam persoalan yang difikirkan mengenai lelaki 'Mat Salleh' tadi. Hana masih cuba mengingati wajah temannya yang dulu.

"Aniq, siapa ni?!" Sergah satu suara membuatkan Hana tersedar dari lamunannya. Pandangan tajam dihadiahkan buatnya. Hana memandang ke sebelah. Rupanya dia masih bersama dengan lelaki berpakaian formal itu. Cepat-cepat dia menarik tangannya daripada pegangan lelaki itu. Kelam-kabut dia mencari barang-barang shoppingnya. Rupanya ada pada lelaki yang berdiri dibelakangnya. Hana pantas mengambil barang-barang shoppingnya lalu melangkah pergi.

"Nak kemana tu?" Suara garau milik lelaki berpakaian formal itu menyapa telinganya. Hana tersengih. Cuak. Tidak jadi dia mahu meninggalkan mereka.Habislah aku!

"Aniq, you tak jawab lagi soalan I. Siapa perempuan ni, hah?!" Kali ini suara perempuan itu ditinggikan. Terhinjut bahu Hana dek suara tinggi perempuan itu. Dari atas ke bawah dia memerhatikan Hana.

"Yang you ambil kisah ni kenapa? Dahlah, Edine. I nak balik dulu. dah cakap yang you tak payah ikut I. Tapi you berdegil nak ikut juga."

Laju Edine menghalang Aniq yang mahu melangkah pergi. Hana terpinga-pinga. Tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"tak puas hati selagi you tak bagi tahu siapa perempuan ni. Kenapa dia ada dengan you?!" Edine meninggikan suaranya.

"Edine!" Aniq turut sama meninggikan suaranya pada Edine. Muaz hanya mendiamkan diri bila majikannya sudah membuka mulut.

"Edine, you tahu tak you ni merimaskan I. Dah berapa kali I cakap jangan masuk campur dalam urusan hidup I. Apa sebenarnya yang you nak dari I, hah?!" Aniq sudah tidak tahan dengan perangai perempuan seksi di depannya. Selama dia kenal Edine, dia hanya sabar saja dengan perangai perempuan tersebut. Tapi, kali ini dia sudah tidak dapat tahan lagi. Sudahlah perempuan itu meninggikan suara di depan kawasan umum. Betul-betul menyakitkan hati!

"Takkan you tak dapat tangkap lagi apa yang nak? I dah lama sukakan you, Aniq. I nak you jadi teman hidup I!"

Tergamam Hana bila mendengar luahan perempuan yang tidak cukup kain itu. Begitu juga dengan Muaz. Baru sahaja Hana mahu pasang niat untuk memarahinya, tapi bila perempuan bernama Edine itu meluahkan perasaannya, tidak jadi pula dia melancarkan serangan. Hana memandang lelaki yang bernama Aniq itu pula. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Edine, nak you tahu yang you hanya kawan pada I. Tidak lebih daripada itu pun. I langsung tak ada perasaan dengan you!" Aniq berterus terang.

"Aniq, sampai hati you..." Edine kemudian beralih pandang. Pandangan tajam dihadiahkan pada gadis di depannya.

"Atau sebab perempuan ini you tak nak terima cinta I?" Edine maju ke depan. Gadis itu dikerlingnya dengan pandangan yang cukup tajam. Hana jadi cuak.

"Hoi, perempuan! Apa yang kau dah buat dekat Aniq, hah?! Kau siapa yang berani nak rampas Aniq dari aku?!" Edine menolak kasar bahu Hana.

Hana ketap gigi. Pantang dia diperlakukan sebegitu. Barang-barangnya dilepaskan dari pegangan. Dia memang tak suka orang cari gaduh dengan dia. Lagi-lagi hal remeh-temeh macam itu. Bukankah hal ini boleh dibawa berbincang baik-baik tanpa membawa pergaduhan?

"Tengok muka pun langsung tak sepadan dengan Aniq. Ada hati nak pikat dia." Sindir Edine. Bertambah panas Hana mendengar sindiran perempuan yang tidak cukup kain itu.

Ini yang buat aku marah! Hati Hana makin panas. Senyuman sinis Edine buat dia tidak tahan untuk melepaskan amarahnya.

"Kau kata aku siapa?!" Hana senyum mengejek. Meh sini aku kenakan kau!

"Sudahlah tu. Tak malu ke bergaduh di tempat umum begini." Aniq cuba meleraikan pergaduhan antara dua perempuan di depannya namun dia terlambat kerana Hana sudah maju ke depan.

Hana tidak peduli dengan reaksi dua manusia di belakangnya. Kata-kata lelaki itu juga tidak diendahkan olehnya. Sekarang, hatinya lagi sakit bila perempuan didepannya ini menyindirnya. Ikut sedap mulut saja dia sindir aku macam tu!

"Aku Suhana Aivy. Tunang dia, faham!" Hana senyum sinis bila melihat reaksi perempuan itu. Padan muka!

"Tunang?!" Edine ketawa sinis. Dia berlagak tenang. Hana pula masih tidak mahu mengalah bila Edine memandangnya sinis.

"Kau ingat kau tu padan sangat ke dengan dia, hah?! Cakap orang tapi diri sendiri tak tengok pula. Dasar perempuan tak cukup kain!" Sindir Hana.

"Sebab tu dia pilih aku dan bukannya kau."

"Kau!" Edine menunjukkan jari telunjuknya pada Hana. Tanda dia begitu marah. Hana pula langsung tidak takut.

"Dari tadi lagi aku sabar dengan perangai kau tau. Macam mana dia ni tak panas bila kau buat perangai macam tu. Kau ingat lelaki suka ke dengan perangai kau yang macam hantu ni?! Perangai kau dah la mengalahkan beruk!" Hana terus-menerus memerlinya. Puas hati! Biar semua orang nampak! Wajah Edine tak payah cakap. Berubah habis.

Aniq terkesima. Apa lagi dengan pembantunya yang turut sama tergamam dengan situasi tersebut. 

Muaz ketawa kecil melihat kelakuan gadis muslimah moden itu. Baru sahaja sebentar tadi gadis ini mengatakan majikannya itu suaminya dan sekarang pula sebagai tunang majikannya. Berani sungguh gadis itu mengungkapkan kata 'tunang' depan majikannya. Dalam diam gadis itu tidak tahu yang dia sudah terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Dia belum tahu lagi siapa lelaki yang berdiri di hadapannya ini.

"Kalau kau tak percaya aku ni tunang dia, kau tanyalah dia sendiri. Pembantu dia ni saksi kami masa kami bertunang hari tu." Ikut sedap mulut Hana saja bercakap. Berani bermain api dengan situasi tersebut. Dia kemudian memungut semula barang-barang shoppingnya. Muaz ingin membantu namun ditolak oleh Hana.

"Are you sure dear?" Aniq meminta kepastian. Hana memandangnya.

"YesI am sure!" Kata Hana geram. Dia langsung tidak berfikir sebelum membuat keputusan. Aniq jungkit bahu dan berpaling semula menghadap Edine. Berubah terus wajahnya melihat Edine.

"Ya. What Suhana Aivy said is true, okay. I'm her fiancé. We are engaged." Kata Aniq dengan selamba. Hana melongo. Laju Hana memandang lelaki yang tinggi lampai itu. Aniq memandang Hana. Dia menarik tubuh Hana rapat kepadanya lalu memeluk bahu gadis itu.

Biar betul mamat ni?! Dia betul-betul cakap aku ni tunang dia?! Siap nama betul aku disebutnya. Aku sangka dia akan cakap yang sebaliknya dan aku tak sangka pula jadi macam ni.

Hana diam. Dia cuba ingat apa yang dia cakap sebentar tadi. Hana terus menepuk dahi. Habislah kau, Hana! Tubuhnya mula terasa menggigil. Aku tak perasanlah. Apa aku nak buat ni? 

Bunyi mesej masuk. Hana melepaskan tangan lelaki yang melekat di bahunya. Hana segera membuka mesejnya. Baru dia teringat! Nasib baik, kakaknya mengingatkannya. Dia perlu segera keluar daripada kawasan ini.

"Hmmm..." Hana tidak tahu bagaimana hendak memberitahu lelaki di hadapannya ini kerana lelaki itu lagi sibuk berperang mulut dengan perempuan seksi itu. Hana mengerling ke sebelah. Hanya seorang sahaja yang masih memakukan diri ditempatnya.

"Encik," panggil Hana. Muaz memandangnya.

"Saya kena pergi. Hal penting. Maaf sebab terpaksa gunakan dia dan tolong sampaikan ucapan terima kasih dekat dia sebab tolong elakkan saya dari lelaki tadi."

"Tapi,"

"Assalamualaikum," tanpa menunggu balasan Hana terus melarikan diri. Dia perlu segera ke sekolah untuk mengambil Arissa.

 


ANIQ masuk ke dalam kereta dengan perasaan sebal dan marah yang masih bersisa. Malas dia hendak memanjangkan pergaduhannya dengan Edine. Dia meninggalkan saja perempuan itu di situ. Lagipun gadis yang bernama Suhana Aivy itu sudah pun melarikan diri darinya.

Muaz masuk ke bahagian tempat pemandu. Dia memanaskan enjin kereta. Muaz memandang majikannya melalui cermin tengah kereta. Riak wajah majikannya masih seperti tadi.

"Muaz, kenapa kamu tak halang Suhana Aivy tadi?" Tegang sahaja kedengaran suara Aniq. Muaz telan liur.

"Suhana Aivy? Maksud tuan, gadis muslimah tadi tu ke?" Muaz mengerling sekejap majikannya yang duduk di bahagian belakang. Wajah majikannya serius.

"Maaf, tuan. Saya betul-betul tak dapat nak halang dia tadi. Lagipun, dia kata ada hal penting." Jujur Muaz memberitahunya. Aniq melepaskan keluhan kasar. Wajahnya kembali tenang.

"Cik tu ada bagi tahu lagi..."

"What?"

"Dia minta maaf dan berterima kasih dengan tuan sebab tolong dia elakkan diri daripada lelaki tadi." Beritahu Muaz. Aniq senyum sinis.

"Tunang... Suami?" Aniq menguntum senyuman.

Suhana Aivy. Nama itu tidak akan dilupakannya. Belum pernah lagi dia jumpa gadis muslimah moden yang berani melawan kata-kata Edine dan berani mengungkapkan kata yang tidak sepatunya kepada dia. Setiap kejadian tadi masih segar lagi di ingatan. Tidak mungkin dia akan melupakan gadis tersebut.

"Sudahlah. Kita pulang saja. Lain kali saja kita cari bento anak buah saya tu." Aniq terus melelapkan mata sebaik sahaja Muaz memulakan pemanduannya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh