Bab 15

HANA sungguh gembira bila budak-budak kampung memuji bentonya. Jarang sekali dia membawa makanan untuk mereka. Baru hari ini dia berkesempatan untuk membuat bento dan diberikan kepada mereka.

Arissa dan Yana sibuk bermain dengan teman-teman baru mereka. Aniq pula berdiri di belakang pokok kelapa. Entah apa yang dibuatnya seorang diri di situ. Hana mengemas semula bekas-bekas makanan mereka tadi.

Aniq menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan. Segar sungguh udara di kampung ini. Pemandangan hijau di depan mata sungguh mendamaikan. Aniq berpaling ke belakang melihat Hana yang sedang sibuk mengemas bekas-bekas makanan di pondok kecil itu.

“Cik Bento! Come here, now!” Arah Aniq.

Mulut Hana terkumat-kamit menyumpah lelaki itu. Suka hati saja dia mengarah aku ke sana. Tak tengok aku tengah sibuk kemas semua ni ke? Bukan nak tolong aku pun, marah Hana dalam hati.

Selesai membersihkan pondok tersebut, Hana terus ke tempat Aniq yang sedang menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas di depan mata.

“Apa panggil-panggil saya ni?” Tanya Hana malas. Aniq menghadap Hana dengan senyuman manisnya.

“Suka juga awak dengan nama Cik Bento, kan?”

“Mana ada saya suka. Terpaksa saja, okey.” Menyampah Hana dengan lelaki di depannya ini. Aniq jungkit bahu. Dia memandang semula ke depan. Tenang perasaannya melihat sawah yang menghijau.

“Cantik kampung awak. Suasana tenang je. Tak macam dekat KL. Bau asap saja yang saya hidu.” Puji Aniq. Keluarganya bukan berasal dari kampung dan ini kali pertama dia menjejaki tempat seperti ini. Dia begitu tenang sekali bila berada di kampung ini.

“Baru tahu ke?” Sindir Hana. Aniq senyum nipis. Kemudian dia menghulurkan sesuatu kepada Hana.

“Nah,”

Aniq memberikan dia balang kaca bersaiz sederhana. Di dalam balang itu ada beberapa kertas kecil yang digulung kemas dan diikat dengan tali berwarna pink. Hana teragak-agak hendak mengambilnya.

“Awak dapat mana benda ni?”

“Cik Bento ni banyak tanyalah. Ambil sajalah. Tak payah banyak soal.”

“Tapi, kenapa? Awak bagi saya benda ni untuk apa?” Bertambah kerutan di dahi Hana.

Just take it. Simpan benda ni. Kalau ada masa buka dan baca kertas kecil yang bergulung tu.”

“Ah, malaslah. Saya tak ada masa nak baca kertas-kertas tu.” Hana menolak. Dia tidak mahu mengambil balang kaca tersebut.

Aniq menjengilkan matanya. Geram bila balang kaca yang berisi gulungan kertas miliknya itu ditolak oleh Hana.

“Ambil atau saya buat sesuatu dekat awak.” Keras bunyinya. Hana telan liur. Tiba-tiba sahaja lelaki ni berubah rentak.

“Ambil cepat!” Aniq meninggikan sedikit suaranya. Dia membuat muka gerun. Laju Hana mengambil balang kaca tersebut.

“Puas hati!” Geram Hana. Aniq kembali dengan riak tenangnya. Senyuman diukir.

“Macam tulah Cik Bento saya.” Aniq mengenyitkan matanya sebelum berlalu ke tempat budak-budak yang bermain tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Hana mencebik. Balang kaca itu diperhatikan lama.

Agaknya apa yang tertulis dalam kertas-kertas kecil ni, ya? Mustahil orang kaya macam dia tu suka buat ayat-ayat cinta. Mama dia kata dia ni sibuk memanjang je dengan kerja dia. Habis perempuan seksi tempoh hari tu siapa pula? Kalau dia sibuk kenapa boleh keluar dating dengan perempuan seksi tu? Ingatan Hana kembali melayang pada situasi dia bergaduh dengan perempuan seksi yang ada bersama dengan lelaki itu.

Aunty Aivy! Jomlah main dengan kita orang!” Jerit Arissa dari jauh.

Hana mengeluh. Bab bermain ni dia kurang sikit. Tapi, demi budak-budak tu tak apalah. Dia ikut sajalah kemahuan mereka. Balang kaca itu diletakkan di dalam bakul kertas. Dia kemudian berlari ke arah mereka yang sedang berkejaran antara satu sama lain.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh