Bab 16

SUDAH tiga hari berlalu. Syarikat Iris Star Holding masih berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa masalah pun yang berlaku sepanjang majikan mereka tiada di sana. Cuma, masalah timbul apabila perempuan yang sama datang mahu berjumpa dengan majikan syarikat itu. Siapa lagi kalau bukan Edine.

Seperti sebelum ini, Edine akan berusaha untuk naik ke atas untuk berjumpa sendiri dengan tuan empunya syarikat tersebut. Siap menelefon majikan syarikat itu lagi. Namun, usahanya tetap gagal. Walau apa pun cara yang digunakan oleh Edine untuk membuat pekerja-pekerja di sana turut dengan perintahnya, dia tetap gagal kerana pekerja-pekerja di syarikat tersebut amat setia dengan majikannya.

Apa lagi kalau dengan Muaz, pembantu Aniq. Sikapnya bukan lagi seperti sebelum ini yang hanya diam sahaja jika dimarahi. Orang yang sentiasa menurut apa sahaja kemahuannya. Muaz yang ada di depan Edine kali ini agak kasar orangnya. Perangai sudah seperti majikannya. Muaz tidak kisah dengan maki hamun Edine itu. Apa yang penting, perempuan itu keluar daripada kawasan bangunan tersebut. Dia tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku di situ. Dia tidak mahu reputasi syarikat mereka jatuh dan diketahui oleh media mahupun rakan seperniagaan mereka.

“Edine, kalau you hormatkan Tuan Aniq, tolonglah keluar dari sini dan jangan pernah datang lagi!” Tiada sudah panggilan hormat Muaz kepada Edine.

Edine merengus kasar. Dia senyum sinis.

“Eh, Muaz. You tu cuma pembantu dia saja. You tak layak nak menghalau I dari terus berada di bangunan ni!”

Turun naik nafas Muaz mendengar sindiran perempuan tersebut. Rio yang berdiri di sebelahnya cuba menenangkan dirinya. Muaz tarik nafas panjang sebelum mengeluarkan kata.

“Hoi, perempuan! Jaga mulut kau sikit. Aku memang pembantu dia. Tapi, Tuan Aniq juga dah beri kuasa dekat aku untuk mengawal dan mengawasi syarikat ni daripada orang-orang seperti kau ni!” Bidas Muaz. Edine dengan gaya bongkaknya itu memandang sinis pembantu Aniq.

“Cik Edine, please. Tolong keluar dari bangunan ni sebelum saya panggil pengawal datang ke sini angkat dan campak Cik Edine keluar.” Giliran Rio bersuara memberi amaran keras kepada perempuan di depan mereka.

“Eh, perempuan gila! Kau tak dengar ke amaran dia tu?!”

Bulat mata Edine bila Muaz memanggilnya dengan nama yang tidak sepatutnya itu. “Kau!” Edine mengetap gigi.

Muaz bereaksi selamba begitu juga dengan Rio. Banyak lagi nama panggilan yang akan dia beri kepada perempuan itu sekiranya perempuan itu tidak mahu keluar dari tempat tersebut.

“Aku tak akan teragak nak panggil kau dengan nama lain sekiranya kau tak nak keluar dari sini.” Muaz dengan beraninya mengugut Edine. Rio pula sudah tersenyum sinis dengan perempuan itu.

“Kau nak keluar atau nak kami telefon hospital sakit mental suruh ambil kau dekat sini?” Rio tidak mahu ketinggalan. Dia juga mahu mengenakan perempuan tersebut. Bertambah panas Edine dengan ayat Rio itu.

Tidak tahan dengan mereka berdua, Edine mengangkat jari telunjuknya lalu dihalakan kepada dua lelaki di depannya. Mukanya bengis. “Aku tak akan berputus asa!” Keras suaranya. Muaz dan Rio senyum kambing.

“Kami tahu kau tak akan berputus asa.” Kata Muaz selamba dengan kedua tangannya disilangkan.

“Orang gila macam kau memanglah tak akan putus asa. Kau datang pun, kami tetap akan halau kau. Kasihan betul perempuan macam kau ni. Cantik tapi…” Rio membuat isyarat jari telunjuk yang dipusing-pusingkan di tepi kepalanya.

“Mental.” Sambung Muaz lalu mereka berdua meledakkan tawa. Pekerja yang setia melihat situasi tersebut juga turut mentertawakan perempuan di depan mereka.

Hati Edine semakin panas apabila mereka semua mentertawakannya. Dengan langkah kasar dia meninggalkan kawasan tersebut. Tapi, tidak semestinya dia tidak akan kembali lagi.

 “Korang semua tunggu saja. Korang pasti akan menyesal!” Gumamnya dengan senyuman sinis.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh