Bab 59

“RAFISQY,” panggil Hana. Aniq memandangnya. Usia perkahwinan mereka sudah masuk dua minggu.

Aniq mencebik bila Hana masih degil tidak mahu memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Dia meneruskan kembali aktivitinya mencuci kereta. Hana merengus. Segera dia mendekati suaminya itu.

“Rafisqy, saya nak tanya sesuatu, boleh?”

Sekilas Aniq memandang isterinya. Dia kembali fokus dengan tugas mencuci kereta.

“Rafisqy!” Geram Hana bila suaminya tidak melayannya.

“Abang.”

“Huh?”

“Mulai dari sekarang, Suha kena tukar panggilan untuk abang. Suha sendiri sudah janji dengan abang yang Suha akan panggil abang dengan panggilan abang, kan?”

Berkerut dahi Hana. Bila masa pula aku janji dengan dia?

“Saya ada janji ke?” Dia hanya ingat Aniq menyuruhnya panggil dengan panggilan yang dia suka sahaja. Setahunya, dia tidak berjanji apa-apa dengan suaminya ini.

“Ada.”

Bertambah kerutan di dahinya. Aniq geram bila isterinya membuat muka. Lantas dia mencubit hidung si isteri. Hana mengadu.

“Suka hati dia saja nak cubit hidung. Sakitlah!” Marah Hana sambil menggosok hidungnya.

“Suha ada lima pilihan. Amor, Honey, Hubby, Ishq atau nama melayunya Sayang. Pilih mana satu yang Suha nak panggil abang.”

Hana buat muka cemberutnya. Mana aci! Semua pilihan dia beri maksud yang sama. Hana membelakangi suaminya.

Dear,” Panggil Aniq.

Hana diam. Dia sudah terbiasa dengan panggilan mesra itu. Cuma dia sahaja yang belum membiasakan diri untuk memanggil Aniq dengan panggilan abang.

“Abang bagi lima minit untuk Suha berfikir.” Aniq meletakkan span ke dalam baldi. Dia menarik hos air di tepinya.

“Mana boleh macam tu!”

 “Boleh je. Cepat fikir sekarang.” Gesa Aniq. Hana membuat muka.

“Dah fikir panggilan untuk abang?” Aniq membuka pili air lalu membersihkan keretanya yang penuh dengan buih-buih sabun cuci kereta. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Dia mahu mengusik isterinya.

"Cepat." Gesa Aniq sekali lagi. Dia mengukir senyuman nakal.

“Hesy, tengah fikirlah ni! Awak janganlah basahkan saya.” Hana merengus. Aniq sengaja memancutkan air ke arah isterinya. Sekali lagi isterinya memarahinya. Aniq hanya ketawa bila melihat wajah geram isterinya.

Apa yang aku nak panggil dia? Kalau aku cakap tak ada panggilan, nanti dia merajuk lagi. Aniq Rafisqy. Hmmm... Nama apa yang sesuai, ya?… Aniq? Rafi? Afi? Isqy? Fisqy? Hesy, macam  fishcake pula. Apa ya…?

“Suha dah fikir?!” Sergah Aniq dari belakang.

“Is sayang!” Tidak semena-mena nama panggilan itu yang keluar daripada mulutnya. Hana menekup mulut. Terlepas cakap. Senyuman Aniq melebar.

“Bukan. Bukan nama tu yang saya nak panggil.” Cepat-cepat Hana membantah.

“Is sayang. Nice. abang suka dengan panggilan tu. Dengar manja saja di telinga abang ni.”

“Tapi tadi tu…”

No tapi-tapi. Mulai sekarang Suha akan panggil abang dengan panggilan Is sayang. I like it!” Aniq mengenyitkan mata. Terasa pipi Hana membahang. Laju dia melarikan pandangan ke tempat lain.

“Rafisqy…”

Aniq berpura-pura tidak dengar. Dia mahu isterinya memanggilnya dengan nama yang sudah mereka bincangkan tadi.

Hana garu kepalanya yang berlapik. Aku tak naklah panggil dia dengan nama tu.

“Rafisqy…”

Masih tiada balasan daripada suaminya. Hana memuncungkan mulutnya. Aniq tersenyum-senyum melihat wajah Hana yang bertukar masam itu.

“Is sayang,” Terasa lain tekaknya memanggil suaminya begitu.

Yes, dear.” Laju Aniq memandangnya. Pili air sudah pun ditutup.

“Eee… gelinya nak panggil Is sayang.” Hana betul-betul tidak biasa. Aniq geram. Dia melangkah masuk ke dalam. Isteri ditinggalkan begitu saja.

“Itu pun nak marah ke Is sayang.” Hana menjelir lidah bila Aniq memandangnya semula. Aniq ketawa kecil kemudian wajahnya serius.

“Pergi ambil kunci kereta abang dekat dalam kereta tu. Kalau tak, abang merajuk.” Aniq terus meninggalkan isterinya masuk ke dalam. Hana menghentakkan kaki. Suka buli orang tau!

Hana mengambil kunci kereta yang berada di atas tempat duduk pemandu kemudian mengunci kereta itu semula. Meremang bulu romanya apabila matanya menangkap sebuah kereta yang sama berparkir tidak jauh dari kawasan rumahnya. Lelaki itu tersenyum kepadanya. Hana laju masuk ke dalam rumah. Takut.

“Is sayang!” Hana berlari mendapatkan suaminya yang duduk di sofa ruang tamu.

“Kenapa ni, dear?”

Hana mengambil tempat di sebelah suami. Nafasnya masih tercungap-cungap akibat berlari tadi.

“Tadi…” Hana tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana telefonnya tiba-tiba berdering.

“Angkat telefon tu.” Arah Aniq lalu memalingkan wajahnya ke arah rancangan televisyen. Hana menghela nafas. Posisi duduk dibetulkan. Lantas dia menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, Hana.”

Waalaikumussalam, Nur syuhada.” Tersenyum Hana memanggil nama islam Mitsuha.

Naze? (Kenapa?)”

“Hana, Hmmm… Watashi wa kuukou ni ikitai. (Saya mahu pergi ke lapangan terbang.)” Beritahu Mitsuha. Suaranya kendur di hujung talian.

Itsu? (Bila?)”

Kon’ya. (Malam ini.)” Jawab Mitsuha pendek.

Aniq mengerutkan dahi. Satu perkataan pun dia tidak faham. Sedang Hana berbual dengan Mitsuha di talian, otak Aniq ligat memikirkan cara untuk mengusik isterinya.

Aniq menarik Hana dekat dengannya. Hana memukul bahu Aniq. Dia menjarakkan dirinya dari suami. Aniq tidak puas hati. Dia melentokkan pula kepalanya di bahu Hana. Hana sedar perbuatan suaminya itu lalu menolak lembut kepala si suami ke depan. Hana masih meneruskan perbualannya dengan Mitsuha.

Hana memandang ke tempat lain. Ini peluang baginya untuk mengusik Hana sekali lagi. Dia merebahkan tubuhnya dan kepalanya diletakkan di atas riba isteri. Hana menjerit, terkejut.

“Hana, what happen?” Tanya Mitsuha di hujung talian.

Nothing. Cuma kaki saya tiba-tiba kebas.” Tipunya sambil tersengih. Sempat Hana menghadiahkan cubitan di pinggang suaminya. Aniq mengadu kesakitan. Dia menggosok bahagian yang dicubit.

Hana memberi isyarat mata kepada Aniq agar dia bangun daripada ribanya. Hampa. Suaminya langsung tidak mahu. Dia tetap dengan posisi baringnya dengan kepala di atas riba. Hana geram.

“Okey, Mitsuha. Malam nanti kami pergi sana.” Beritahu Hana sebelum menamatkan panggilan.

“Kenapa Mitsuha telefon?” Tanya Aniq. Matanya dihalakan ke arah rancangan televisyen.

“Dia nak kita pergi KLIA 2. Flight Mitsuha malam ni. Dia nak jumpa saya dulu sebelum flight dia.”

“Okey. Kita pergi kejap lagi. Sekarang, abang nak Suha…” Aniq mengambil tangan Hana lalu diletakkan di atas kepalanya. Hana mengerutkan dahi. Dia mahu mengangkat tangannya semula namun Aniq cepat menangkap dan diletakkan kembali di atas kepalanya.

“Hesy, awak bangunlah. Rimaslah macam ni.” Rungut Hana. Tajam mata Aniq memandang isterinya.

“Awak? Suha janji nak panggil Is sayang, kan? Kalau macam ni kita tak jadi pergi sana. Tak payah jumpa Mitsuha.” Kata Aniq dengan nada merajuknya. Hana garu kepala.

“Janganlah merajuk Is sayang.”

Aniq langsung tidak memandangnya. Hana telan liur. Apa patut aku buat ni? Hana berfikir cara untuk memujuk suaminya.

Hana tersenyum sendiri. Dia mendapat akal. Tangan kanannya laju mengusap kepala si suami. Walaupun Aniq tidak memandangnya, senyuman di bibir lelaki itu jelas menunjukkan dia suka. Hana akhirnya mengalah dan menuruti sahaja kehendak suami. Kalau di bantah nanti berdosa pula dia. Dia tidak mahu jadi isteri derhaka.

 

ANIQ memandu masuk ke kawasan parkir. Mereka berdua sudah tiba di KLIA 2. Hana yang tidur di sebelah tempat pemandu itu tersedar bila kereta tidak lagi bergerak.

“Kita dah sampai ke?” Hana memisat-misat matanya.

“Dah sampai dah. Jom, turun.” Aniq mengajaknya keluar daripada kereta.

Keluar sahaja dari kereta, Aniq terus mengunci keretanya. Mereka berdua berjalan beriringan menujuke pintu utama KLIA 2.

“Suha!” Pantas Aniq menarik Hana ke pelukannya. Sempat Aniq mengeluarkan kata-kata kesat pada pemandu kenderaan tersebut.

Hana terkesima. Jantungnya berdegup kencang. Sebuah kereta hitam yang meluncur laju ke arahnya. Nasib baik, Aniq menariknya cepat. Kalau tidak, sudah tentu dia dilanggar oleh kenderaan itu tadi. Hana beristighfar.

Terlintas di fikirannya tentang kereta hitam yang selalu berparkir di kawasan luar rumahnya. Kereta hitam itu sama seperti kereta yang mahu melanggarnya tadi. Fikirannya mula kacau. Takut kalau itu adalah pemandu yang sama.

Dear, okey?” Tanya Aniq. Hana angguk perlahan. Aniq mengucap syukur kepada Allah. Mujur isterinya terselamat daripada kejadian yang hampir meragut nyawa itu.

“Jom, kita masuk. Nanti, Mitsuha terlepas flight pula.” Ujar Hana selepas dia menenangkan dirinya semula.

Aniq memaut pinggang Hana. Dia mahu Hana dekat dengannya. Tidak mahu kejadian tadi berulang lagi. Mereka beriringan masuk ke dalam.

Hana meliarkan pandangannya mencari kelibat Mitsuha dan tertancap pada satu figura yang amat dia kenal. Sah! Itu memang Encik Muaz.

Teman baiknya ada bersama dengan lelaki itu. Bibir mengukir senyuman lebar. Pantas Hana menarik tangan Aniq mengikut langkahnya.

“Mitsuha!” Jerit Hana dari jauh.

“Hana!” Mitsuha turut sama menjerit nama teman baiknya. Hana melepaskan tangan suami dan laju memeluk teman baiknya itu. Aniq dan Muaz hanya menjadi pemerhati.

“Sedihnya, awak dah nak balik.” Hana masih tidak melepaskan pelukan.

Me too. But, you don’t have to worry about me because I will tell you a big surprise!”

Surprise? What it is?” Hana ingin tahu. Mitsuha melaraikan pelukan dan menuju ke arah Muaz. Tersenyum-senyum kedua pasangan tersebut.

Korang berdua dah kenapa?” Tanya Hana. Muaz berdeham berkali-kali.

“Sakit tekak ke bro?” Tanya Aniq dengan bahasa kasualnya. Muaz tersengih.

“Cik Aivy. Tuan Aniq. Sebenarnya saya dah buat keputusan.”

Hana dan Aniq saling berpandangan.

“Keputusan apa?” Tanya Aniq. Wajah Muaz dan Mitsuha dipandang bersilih ganti.

Actually, we will getting marry soon!” Serentak mereka berdua memberitahu pasangan suami isteri itu. Bulat mata Hana. Laju dia memeluk Mitsuha.

“Mitsuha! Tahniah! Korang berdua, tahniah!” Ucap Hana.

“Suha ni. Tak payahlah sampai nak jerit-jerit. Malu orang sekeliling tengok.” Aniq geleng kepala. Hana tersengih.

So, bila nak langsung?” Tanya Aniq.

“Err… Rancangannya dua bulan akan datang. Kalau Tuan Aniq tak keberatan bagi saya cuti…”

“Okey. Saya bagi awak cuti. Tapi selepas cuti saya selesai la. Saya masuk kerja nanti, awak baru boleh cuti. Macam mana?” Kata Aniq membuatkan Muaz tersenyum lebar. Topik mereka berlanjutan sehingga flight Mitsuha diumumkan.

Masing-masing mengucapkan selamat tinggal. Mitsuha tidak sabar untuk memberitahu keluarganya di sana. Sebelum ini, Mitsuha hanya memperkenalkan Muaz melalui aplikasi Skype sahaja. Kepulangannya nanti akan membawa berita gembira buat keluarganya yang sudah merestui hubungannya dengan Muaz.

 

“DAMN IT! Sikit lagi dia nak mampus. Rosak rancangan aku!” Marahnya. Rancangan untuk membunuh gadis itu terpaksa dia buat seorang diri kali ini kerana orang-orang suruhannya semuanya sudah di tangkap.

"Tak apa. Kali ini kau selamat. Tapi, jangan harap lepas ni aku biarkan kau hidup senang dengan lelaki tu. Aku nak kau mampus!" Dia mendengus. Rambut diramas kasar.



Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh