Bab 43

SETELAH penat mengelilingi kota raya Kuala Lumpur akhirnya Muaz membawa gadis berdarah Jepun-Amerika itu berehat di food court Berjaya Time Square. Masing-masing memesan hidangan dan minuman.

“Mitsuha nak duduk dekat mana?” Tanya Muaz sambil matanya meliau mencari tempat yang sesuai untuk mereka duduk.

“Dekat sanalah.” Mitsuha menunjuk ke arah satu meja yang berada di tengah tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri.

“Okey, jom.”

Masing-masing melabuhkan punggung. Muaz pandang sekeliling. Tempat mereka agak kurang pelanggan yang duduk berbanding di bahagian depan. Mungkin juga mereka malas hendak duduk jauh-jauh.

Selesai membaca doa, Muaz terus menyuapkan makanan yang dipesan olehnya. Dalam diam Mitsuha tersenyum melihat kelakuan lelaki itu. Muaz perasan dirinya diperhatikan oleh gadis yang duduk bertentangan dengannya ini.

“Mitsuha, awak tengok saya ke? Jadi seganlah pula saya kalau awak tengok saya macam tu.” Dia tersengih.

“Maaflah.” Mitsuha tersenyum kecil. Dalam diam-diam tadi dia ikut apa yang lelaki itu buat. Menadah tangan saat lelaki itu membaca doa makan. Cuma dia tidak menyapu mukanya seperti lelaki di depannya ini buat. Hati Mitsuha sebenarnya mahu mendengar lagi ayat yang dibaca oleh Muaz itu sebelum lelaki itu makan tadi.

“Err... Mitsuha, kalau awak tak kisah boleh tak ceritakan macam mana awak kenal tunang Tuan Aniq tu? Kamu berdua memang rapat ke?” Tanya Muaz ingin tahu. Baru kali ini dia berkesempatan untuk bertanya tentang hubungan tunang majikannya dengan gadis yang duduk di depannya.

“Hana dengan saya?"

Muaz mengangguk.

"Saya dengan Hana sudah lama kenal. Saya kenal dia pun masa dia dekat Jepun. Masa itu uncle dia pergi kursus. Kebetulan yang mengendalikan kursus di sana adalah daddy saya. Uncle Hana rapat dengan daddy saya dan sebab itu juga kami berdua rapat.”

Terangguk-angguk Muaz mendengarnya.

"Saya kenal Hana itu bagaimana orangnya dan dia juga kenal saya. Kalau Muaz mahu tahu apa-apa pasal saya, Muaz boleh saja tanya dengan kawan baik saya itu." Sambungnya lagi. Muaz terus jadi malu. Dia tersengih lagi. 

“Patutlah Mitsuha fasih bercakap melayu.” 

“Bolehlah.” Tersenyum-senyum Mitsuha memberikan jawapan.

Hmmm...” Muaz memandangnya. Sepertinya dia ada sesuatu untuk dikatakan kepada Mitsuha.

“Mitsuha, pasal mereka berdua tu kita ketepikan dululah. Sekarang ni kita cakap pasal hal kita berdua saja, boleh?” Malu-malu pula Muaz menuturkan bicaranya. Tangannya yang memegang sudu bermain-main dengan makanan di dalam pinggan sehinggakan dia tidak sedar yang separuh daripada makanan tersebut sudah terjatuh di atas meja. Mitsuha ketawa apabila melihat kelakuan lelaki itu.

“Muaz ni luculah.” Mitsuha masih dengan sisa tawanya. Muaz tersengih malu.

“Janganlah panggil nama. Cuba Mitsuha panggil saya abang. Panggilan tu lagi sedap didengar.”

Mitsuha sedikit bingung. “Abang?”

“Err...” Muaz garu kepala. Anak matanya memandang ke atas. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu.

“Maksud saya, Mitsuha panggil saya dengan panggilan oniisan (abang), boleh?” Beria-ia sungguh Muaz mahu gadis itu memanggilnya dengan panggilan tersebut.

Wajah Mitsuha berubah warna. Walaupun satu perkataan yang disebut dalam bahasa Jepun itu sudah cukup membuatkan dia mengerti.

“Mitsuha kenapa diam?” Tanya Muaz apabila gadis itu tidak memberi respons kepadanya.

“Hah?” Mitsuha tersentak dan kemudian tersenyum kecil. Dia menundukkan kepalanya.

“Saya malulah.”

“Malu?” Muaz ketawa.

“Buat apa Mitsuha malu. Saya memang nak Mitsuha panggil saya dengan panggilan tu pun.” Ujarnya dengan senyuman. Bertambah malu Mitsuha dengan kata-kata lelaki itu.

“Mitsuha...” Muaz meneruskan lagi bicaranya. Mitsuha sekejap-kejap malu dan kemudian tersenyum sambil membalas bicara lelaki itu. Walaupun ada perasaan malu tapi Mitsuha tidak kekok dengan lelaki itu. Dia suka dengan kelakuan dan sikap Muaz. Mereka meneruskan lagi perbualan sambil menikmati hidangan mereka.

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh