Bab 60

ANIQ bangun awal dari selalunya. Selepas solat subuh berjemaah tadi, dia terus turun ke bawah. Hana mahu ikut sama namun di bantah oleh Aniq. Aniq menyuruhnya rehat saja. Urusan rumah biar dia sahaja yang buat untuk hari ini. Hana rasa bersalah. Seperti dia mendera suami pula. Tapi, Aniq rela hati menawarkan diri untuk membantunya hari ini.

Aniq melangkah ke bahagian dapur. Dia sebenarnya hendak membuat kejutan untuk Hana. Sekali-sekala dia mahu juga tunjuk bakat memasaknya kepada isteri yang tercinta.

“Sudah lama kau tak memasak Aniq. Kali ini biar kau masak untuk isteri kesayangan kau tu. Pikat dia habis-habisan!” Kata Aniq sendirian sambil tersengih.

Aniq mengeluarkan beberapa bahan basah dari dalam peti sejuk. Semua cukup untuk membuat hidangan istimewa kecuali satu bahan. Aniq menepuk kepala. Macam mana dia boleh lupa untuk beli minyak masak. Minyak masak di dapurnya hanya tinggal sedikit lagi. Aniq mengerling jam di dinding. Dia masih ada banyak masa. Aniq mengambil keputusan untuk keluar sekejap ke kedai untuk membeli minyak masak.

 

HANA menuruni anak tangga sambil menguap. Suaminya langsung tidak kelihatan di dalam bilik. Hana mencari kelibat suami di tingkat bawah tapi batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan.

“Mana dia ni?” Gumam Hana sendirian sambil membetulkan ikatan rambutnya. Di ruang tamu tiada. Di bahagian dapur juga tiada. Bulat matanya bila melihat bahan-bahan basah di atas bar dapur. Setahunya, dia sudah mengemaskan dapur itu. Hana mengeluh. Laju dia mengemas semula dapur tersebut.

Selesai mengemas, Hana mengambil angin di luar kawasan rumah. Dia menutup kepalanya dengan tudung segera yang diletakkan di atas kerusi meja makan. Sebaik sahaja Hana membuka pintu utama, seorang lelaki mengacukan pisau tajam ke arahnya. Hana yang terkejut terus berundur ke belakang.

“Apa yang kau nak, hah?!” Tanya Hana takut. Semakin lelaki itu ke depan semakin Hana ke belakang. Hana cuak bila lelaki itu ketawa sinis.

Hana berlari ke arah dapur. Dia mencapai apa sahaja benda yang dekat dengannya lalu dihumban ke arah lelaki itu. Gagal. Satu benda pun tidak mengena pada tubuh lelaki itu. Hana semakin takut mendengar tawa besar lelaki itu.

“Aku ke sini nak bunuh kau. Aku dah lama nak kau mati. Kau dah tak boleh nak lari ke mana-mana lagi.” Katanya sambil ketawa.

“Tolong! To…”

Laju lelaki itu menekup mulut Hana dan memalingkan tubuh Hana membelakanginya. Tubuhnya sudah berada dalam pelukan lelaki jahat itu. Hana meronta minta dilepaskan. Namun, sia-sia sahaja. Lelaki itu mengacu pisau tajamnya ke bahagian pinggang Hana. Hana telan liur.

“Diam! Kalau kau tak mahu mati di sini.” Lelaki jahat itu memberi amaran.

“Tolong, jangan apa-apakan saya...” Terketar-ketar suara Hana meminta kasihan. Lelaki itu tidak peduli. Lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan yang sudah disapu dengan ubat tidur. Dia menekup mulut Hana sehingga perempuan itu pengsan. Lelaki itu terus mengangkat Hana masuk ke dalam kereta hitamnya.

 

ANIQ kembali ke rumah. Tersenyum sendiri dia memikirkan menu yang hendak dia buat hari ini. Tidak sabar dia hendak menunjukkan bakat memasaknya. Terbayang wajah terharu Hana di mindanya.

Terhenti langkahnya apabila melihat pintu pagar dan juga pintu rumahnya itu. Kedua-duanya terbuka luas. Dia mula rasa tidak sedap hati. Aniq melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Dia terkejut melihat keadaan rumahnya yang bersepah itu.

Saat itu dia terfikirkan Hana. Pantas dia menelefon isterinya itu. Dia tersentak apabila terdengar bunyi deringan telefon milik Hana di ruang tamu. Telefon Hana berada di atas sofa.

"Ke mana Suha dah pergi ni?"

Perasaan takut mula menjalar ke dalam dirinya. Dia takut sekiranya terjadi apa-apa pada isterinya itu. Aniq cuba bertenang.

“Assalamualaikum!” Seorang lelaki memberi salam. Aniq melajukan kaki ke pintu utama.

Waalaikumussalam. Pak cik ni siapa?” Tanya Aniq. Di depannya adalah seorang lelaki yang berusia dan di sebelah lelaki itu pula seorang budak lelaki belasan tahun.

“Nama pak cik, Borhan. Encik ni pemilik rumah ni ke?” Tanya Encik Borhan. Aniq mengangguk.

“Saya masih baru lagi di kawasan ni. Saya berpindah ke sini dengan isteri saya. Kenapa pak cik tanya?” Soal Aniq.

“Begini. Tadi, anak saya tak sengaja lalu tempat ni. Rumah kami dekat hujung sana. Dia bagi tahu saya yang dia ada nampak seorang lelaki berpakaian hitam dekat kawasan ni. Rasanya lelaki tu penculik sebab anak saya ni kata lelaki tu amat mencurigakan. Dia mencempung seorang wanita bertudung. Wanita tu langsung tidak bergerak.”

What?!” Jantung Aniq bagaikan hendak tercabut mendengar cerita Encik Borhan. Dia memandang anak lelaki Encik Borhan pula.

“Adik nampak tak lelak itu bawa isteri abang pergi mana?” Aniq sudah tidak tenang memikirkan keselamatan isterinya.

“Lelaki tu bawa isteri abang naik kereta hitam. Kejap.” Budak lelaki itu mengeluarkan telefonnya. Ada sesuatu yang dia mahu Aniq tengok.

“Saya sempat gambar kereta lelaki itu bawa.” Aniq pantas mengambil telefon budak lelaki belasan tahun itu. Gambar itu diperhatikan lama. Dia perlu cari tahu. Kejadian yang berlaku di kedai runcit dan juga di hospital itu kembali berputar di ingatan.

“Encik jangan risau. Saya dah hubungi pihak polis dan hantar gambar ini sebagai bahan bukti.”

“Terima kasih, pak cik. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa pak cik.” Kata Aniq.

 

“RIZAL! Apa you buat ni?!” Beberapa kali lelaki itu mengetuk pintu rumahnya dan bila dia membuka pintu tersebut, Edine terkejut besar. Rizal menggendong seorang perempuan di atas bahunya. Tangan dan kaki perempuan itu diikat dengan tali. Mulut pula di kunci dengan gam plastik yang agak kuat.

Rizal meletakkan perempuan itu di atas lantai ruang tamu. Edine segera mengunci pintu rumahnya. Takut diketahui oleh orang lain.

“Rizal, you dah gila bawa perempuan ni ke sini?!” Marah Edine. Rizal senyum sinis lalu mendekati tubuh Edine.

“Sayang, I dah bawa apa yang you nak. Sekarang terpulang dekat you nak buat apa dengan perempuan ni. You juga kata nak lelaki itu dan nak buat perempuan ni menyesal.” Rizal mengelus lembut pipi Edine. Apa yang dirancangnya sebelum ini sudah berjaya. Isteri kepada pengarah Syarikat Iris Star Holding sudah berada di tangannya.

“Tapi…”

I memang nak bunuh dia. Tapi, rasa you lebih layak bunuh dia. Lagipun, perempuan ni musuh youNot me.” Rizal memintas kata Edine.

Tiba-tiba Hana tersedar. Dia melihat sekelilingnya. Dua manusia yang sedang berdiri di depannya ditenung lama. Terbeliak mata Hana apabila perempuan yang berdiri di sebelah lelaki itu adalah Edine.

Hana meronta minta dilepaskan. Dia mahu menjerit meminta tolong namun, dalam keadaan mulut yang berkunci dan tangan yang berikat tidak mungkin dia boleh berbuat apa-apa. Air matanya mengalir deras. Dia ketakutan. Edine yang melihat situasi itu terus berubah riak. Mulanya, dia memang takut dengan apa yang sudah dirancang oleh Rizal. Tapi, bila melihat perempuan di depannya ini menangis ketakutan, dia jadi suka.

“Nangislah! Nangis sepuas hati kau! Sekarang tiada siapa yang akan tolong kau!” Edine ketawa besar. Rizal sudah ke dapur mengambil minuman kegemarannya. Dia membiarkan sahaja Edine menguruskan perempuan itu.

Edine merapati Hana. Tudung Hana dibuka kasar dan dicampak ke tepi. Bertambah lagi tangisan Hana ketika itu. Rizal ternganga dengan perbuatan Edine. Dia meneguk minuman haram dan mendekati tubuh Hana. Kedudukan mereka sungguh rapat.

“Tak sangka kau ni cantik.” Puji Rizal. Tangan sebelahnya melepaskan ikatan rambut Hana lalu mencium haruman rambut itu. Makin galak Rizal mencium haruman rambut milik Hana. Hana meronta. Tangisnya tidak henti kerana auratnya sudah dilihat oleh orang yang tidak sepatutnya.

“Rizal, you tepi!” Edine rimas melihat perlakuan Rizal itu. Rizal senyum kemudian bangun. Dengan selamba dia mencium pipi Edine.

Don’t worry, honey. tetap milik you. I saja test you. Tengok sama ada you cemburu ataupun tak.” Sekali lagi pipi Edine menjadi sasaran Rizal.

You!” Edine geram. Rizal mengangkat tangan. Tanda dia mengalah. Rizal berlalu ke tepi. Kini, giliran Edine melepaskan dendamnya pada Hana. Edine menghalakan mata pisau itu pada leher Hana. Dia senyum sinis.

“Kau cakap kau tak takut, kan?” Mata pisau di main-mainkan di bahagian leher Hana.

“Aku ingat setiap kata-kata kau tu, Hana. Sekarang kenapa kau nangis? Takut dengan aku?”

Tajam Hana memandangnya. Edine turut membalas pandangan tajam Hana itu. Kemudian dia merapatkan wajahnya pada telinga Hana.

“Kesiannya aku tengok kau ni. Tak ada siapa lagi yang nak tolong kau. Mungkin Aniq tak sempat jumpa kau sebab aku akan bunuh kau dulu sebelum dia sampai ke sini.” Edine ketawa mengejek. Hana meronta kesakitan bila lehernya dihiris dengan mata pisau tajam itu.

“Kau ada apa-apa nak cakap sebelum aku bunuh kau, huh?” Sinis nadanya. Suka dia melihat darah yang keluar pada leher perempuan itu. Edine ketawa.

“Oh, aku lupa pula yang mulut kau ni kena kunci.” Laju tangan Edine mencengkam kedua-dua pipi Hana. Tajam matanya memandang Hana yang sedang menangis itu.

“Aku dah cakap dengan kau sebelum ini. Aniq akan tetap jadi milik aku. Sampai mati pun, Aniq tetap jadi milik aku dan bukannya kau!” Edine melepaskan amarah. Dia tidak mahu buang masa lagi. Perempuan di depannya ini harus mati.

Bunuh dia, Edine! Bunuh dia! Dia dah rampas hak kau! Hasutan bisikan syaitan berjaya mempengaruhi dirinya. Edine meledakkan tawanya. Pisau tajam ditenung lama.

Makin menjadi-jadi tangisan Hana. Dia mahu menjerit tapi mulutnya yang berkunci itu membataskan jeritannya. Edine menghampiri Hana dengan senyuman sinis. Dia mahu perempuan itu mati!

Hampir sahaja pisau itu mencucuk bahagian perut Hana. Namun, jeritan di luar membantutkan perbuatan Edine. Dia bingkas bangun mendapatkan Rizal.

“Rizal…” Edine mula takut. Dia memeluk lengan Rizal.

“Jangan takut sayang.” Senyuman senget dihadiahkan kepada Edine. Pisau di tangan Edine di rampas lalu menuju ke arah Hana. Nampaknya, dia terpaksa melakukan tugas yang sepatutnya Edine buat. Rizal tidak peduli dengan jeritan di luar rumah Edine itu.

BUKK!

Pintu berjaya dibuka. Rizal dan Edine laju mengundur ke belakang. Terkejut. Mereka berdua tidak sempat menyembunyikan diri kerana telah dikepung oleh sepasukan polis. Hana yang masih dalam ketakutan itu terus menangis. Makin lebat air matanya jatuh apabila melihat suaminya di depan mata.

“Suha!” Laju Aniq membuka ikatan isterinya. Gam plastik yang melekat di mulut Hana juga ditarik kuat. Laju Hana memeluk suaminya.

“Abang, Suha takut abang.” Tubuhnya menggeletar. Aniq menenangkan isterinya. Tajam matanya memandang dua manusia itu. Hatinya sungguh panas. Sanggup dua manusia itu memperlakukan isterinya sebegini. Aniq naik berang apabila melihat aurat isterinya terdedah dan lagi menaikkan kemarahannya apabila terlihat kesan luka pada leher Hana.

Pantas dia berdiri dan menuju ke arah mereka berdua. Hana ditinggalkan sekejap. Dia mahu melepaskan amarah. Kolar baju Rizal dicengkam kuat oleh Aniq.

“Aku tak kenal kau siapa. Tapi, aku akan pastikan kau dengan perempuan ini meringkuk dalam penjara seumur hidup.” Nadanya cukup keras. Mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki yang sudah menculik isterinya. Namun, salah seorang anggota polis menahannya agar tidak berbuat demikian.

“Aniq maafkan I. tak salah. Rizal yang salah. Dia yang rancang semua ni!” Tercengang Rizal bila Edine menuding jari ke arahnya.

“Edine, you!”

Both of you!”

Terhinjut bahu Edine bila Aniq meninggikan suara.

I cukup kenal dengan you, Edine. Tak sangka you sanggup buat I macam ni! Untung, I tak masuk dalam perangkap you dengan teman you ni. Jangan harap lepas ni you terlepas.”

Aniq kemudian berpaling ke arah anggota polis yang berada di sebelahnya.

“Tuan boleh bawa mereka berdua ni dan pastikan mereka berdua meringkuk dalam penjara seumur hidup.”

“Encik Aniq jangan risau. Kami akan pastikan mereka terima hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan.” Anggota polis itu memberikan jaminan. Mereka kemudian membawa Rizal dan juga Edine keluar dari rumah tersebut.

Aniq kembali mendapatkan isterinya yang sudah terbaring di atas lantai. Laju Aniq mendekati tubuh itu. Air muka bertukar.

“Suha, bangun sayang.” Aniq menampar lembut pipi isterinya. Hana tidak memberi sebarang tindak balas. Aniq mula panik. Di angkat tubuh itu lalu dibawa keluar dari rumah tersebut.

Previous: Bab 59
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh