Bab 33

KUSUT fikirannya memikirkan hal tentang dia dan juga Hana. Entah kenapa dia tidak boleh terima kenyataan yang Hana sudah menjadi tunangan orang. Dia rasa seperti dia kehilangan sesuatu.

“Sayang, awak okey tak ni?” Tegur Lana. Lembut sahaja bicaranya pada Faiz.

“Awak nampak saya okey ke?!”

Lana tersentak apabila Faiz tiba-tiba meninggikan suaranya. Sedari air muka Lana yang sudah berubah riak itu Faiz terus meminta maaf. Dia tidak sengaja untuk meninggikan suara kepada tunangnya.

“Lana, saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak marah awak tadi. Saya betul-betul minta maaf.” Faiz memujuknya. Lana diam. Pandangan dihalakan ke tempat lain. Ketika itu mereka berada di lobi hotel tempat Lana menginap.

“Kenapa awak tiba-tiba saja tinggikan suara dekat saya. Dylan, awak tak pernah begini pun sebelum ni.” Lana bersuara setelah beberapa minit berdiam diri. Dia cuba menenangkan dirinya. Belum pernah lagi Faiz bersikap begitu kepadanya sebelum ini. Dia terkilan bila tunangnya tiba-tiba sahaja memarahinya tanpa sebab.

“Saya... saya tak tahu.” Suara Faiz kedengaran lemah. Lana memandang Faiz dengan renungan tajam. Dia tidak puas hati dengan jawapan tunangnya itu.

“Dylan, saya kenal awak sangat. Awak tak macam ni. Saya perasan perubahan awak ni sejak awak jumpa dengan kawan lama awak hari tu,”

“Jujur dengan saya. Awak dengan Hana ada apa-apa hubungan ke?” Pertanyaan Lana membuatkan Faiz terdiam seketika. Faiz memandang Lana dengan pandangan yang sangat mendalam.

“Hubungan dengan Hana? Apa maksud Lana? Hubungan yang macam mana? Setahu saya, hubungan kami hanya sebagai kawan.” Entah kenapa dia tidak pasti dengan jawapannya itu. Betulkah aku anggap Hana itu sebagai kawan saja?

“Dylan, I know you. Kita bukan kenal setahun dua. Saya cukup kenal dengan awak Dylan. Dari apa yang saya nampak awak sejak beberapa hari ni awak seperti mayat hidup. Apa saja yang saya buat, awak tak endahkannya. Awak tak macam ni Dylan.” Luah Lana.

“Dylan, please jujur dengan saya. Apa sebenarnya perasaan awak terhadap saya. Kenapa saya rasa awak seperti suka dengan kawan lama awak tu?”

“Lana, saya...” Dia tidak tahu bagaimana hendak menuturkan kata kerana dia juga masih bingung dengan apa yang terjadi pada dirinya. Dia masih ingat pertemuan mereka beberapa hari lepas. Dari nada Hana itu seperti gadis itu menyimpan sesuatu. Kenapa dia marah? Kenapa aku tidak puas hati bila tahu dia itu tunangan orang? Tak mungkin aku ada perasaan dengan Hana. Atau aku memang sukakan dia?

“Rasanya awak tak dapat nak jawab soalan saya.”

Faiz mengangkat wajah. Rasa bersalah mula bersarang di hatinya.

“Tak apalah, Dylan. Saya bagi awak masa untuk fikir semua ni semula. Selagi kita belum kahwin, awak berhak buat keputusan awak sendiri. Saya tak nak awak menyesal di kemudian hari.” Beritahu Lana sebelum dia menghilangkan diri dari situ. Faiz yang bungkam hanya menghantar tunangnya dengan ekor mata sahaja.
Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh