Bab 17

SEJAK dari semalam Hana berasa pelik dengan semua perangai orang di rumahnya. Semua sibuk menyuruhnya pergi melancong denganArissa dan juga Yana ke tempat lain. Mereka juga menyuruh Aniq ikut sama. Mulanya, Hana membangkang. Dia boleh sahaja membawa dua orang budak itu pergi melancong bersamanya tapi dia tidak berapa berkenan jika disuruh Aniq ikutbersamanya. Masing-masing memujuknya kecuali Aniq. Masa Hana dipujuk, Aniq sudah pun keluar rumah ambil angin di luar. Dia tidak mahu ikut campur dengan hal mereka.

Perasaan suka tidak suka bercampur aduk. Suka kerana diberikan duit belanja untuk melancong dengan dua orang budak itu. Tidak suka pula kerana lelaki itu akan ikut bersamanya esok. Hana mengeluh. Pakaiannya sudah pun siap disusun ke dalam beg bagasi. Begitu juga dengan keperluan yang lain.

“Macam mana aku nak berdepan dengan lelaki yang aku baru kenal ni?” Gumamnya sendirian. Pintu bilik dikunci. Takut jika ada tetamu yang melihat auratnya.

Suara ketawa dan gurau senda di ruang tamu tidak dihiraukannya. Malam itu dia ingin bersendirian di dalam bilik. Tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Hana berbaring di atas tilamnya. Fikirannya jauh melayang memikirkan seseorang.

“Agaknya, apa yang Faiz tengah buat sekarang? Dia dah balik sini ke?” Hana tertanya-tanya kerana orang itu berada di luar negara sedangkan dia berada di dalam negara. Hana mengubah posisi tidurnya. Tiba-tiba bunyi mesej masuk. Hana mengambil telefon yang diletakkan di tepi bantal lalu membuka mesej tersebut.

Esok buatkan bento untuk bekalan kita.

Hana mengerutkan dahi. Nombor telefon diteliti dengan betul tetapi langsung tidak dikenalinya. Lantas dia membalas mesej tersebut.

Siapa?

Ringkas sahaja mesej yang dihantar olehnya. Tidak lama kemudian bunyi mesej kembali berbunyi. Cepat tangannya membuka mesej tersebut.

Tunang awak.

Meremang bulu romanya. “Tunang?” Tanpa berfikir panjang Hana menghantar lagi mesej kepada orang tersebut.

Setahu saya, saya tak bertunang lagi. Encik salah send ni.

Baru Hana hendak baring semula, bunyi mesej kembali kedengaran. Hana mengeluh. Tangannya tetap membuka hendak melihat mesej tersebut.

You’re already forgot your fiancé? Cuba ingat balik. Kalau tidak awak akan menyesal!

Hana telan liur. Dia langsung tidak tahu dengan siapa dia sedang bermesej sekarang ini. Siap mengugutnya lagi. Hana sudah tidak keruan. Lantas dia mengambil tudung segeranya lalu keluar daripada bilik tersebut.

Wajahnya hampir tersembam di dada lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Aniq. Hana mendongak. Wajah Aniq kelihatan agak serius. Namun, wajah Hana mempamerkan reaksi sebaliknya. Dahinya berkerut. Kenapa mamat ni berdiri di depan pintu bilik aku? Nasib baik biliknya jauh sedikit daripada ruang tamu rumah.

“Apa awak nak, hah?!” Tegas suara Hana.

Handphone.”Hanya satu perkataan disebutnya membuatkan kerutan di dahi Hana bertambah.

For what?” Tanya Hana. Aniq tidak menjawab. Telefon yang ada di tangan Hana itu diambil kasar. Tidak sempat Hana berbuat apa-apa saat itu. Dia mengetap bibir.

Hana terkinja-kinja menjengah telefonnya. Aniq yang perasan akan tingkah laku gadis itu terus membelakanginya. Geram dengan kelakuan Aniq, Hana ke hadapan pula. Sekali lagi dia mencapai telefonnya namun jelingan tajam dihadiahkan oleh Aniq kepadanya. Hana jadi gerun.

“Nah,” Aniq memberikan semula telefon itu kepada Hana.

“Apa yang awak cari dalam handphone saya ni?!” Hana tidak senang hati. Laju jarinya menekan semua aplikasi yang ada di dalam telefonnya. Takut pula dia kalau Aniq melihat gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat. Kemudian, bunyi mesej masuk. Nama My fiancé tertera di screen kaca telefon. Dahinya berkerut. Lantas dia membuka mesej tersebut.

Tidur awal and bangun awal. Good Night! ~Aniq

Hana menjegilkan matanya ke arah Aniq yang masih berdiri di hadapannya. “Rupanya mesej  ni dari awak ya!” Hana ketap bibir. Aniq mengenyitkan mata sebelum beredar dari situ. Sekali lagi bunyi mesej masuk. Hana membuka.

Don’t throw out my number. Kalau awak buang nombor saya, tahulah nasib awak, Cik Bento! ~ Aniq

Suka hati dia je nak mengugut aku! Hana menghentakkan kaki lalu menuju ke ruang tamu. Sungguh dia tidak puas hati dengan kelakuan lelaki itu.

Semua rancak berbual. Rancangan televisyen sudah tidak dihiraukan lagi oleh mereka. Arissa dan juga Yana sibuk bermain dengan permainan-permainan yang sedia ada di rumah itu. Aniq yang sedang merenungnya tidak dipedulikan. Hana memanggil kakaknya. Dia mahu kakaknya ikut dia ke belakang. Lina meminta diri lalu mengikut adiknya ke bahagian dapur.

“Kak, Hana tak selesalah.” Rungut Hana. Dia menarik kerusi dan menghenyakkan punggungnya. Begitu juga dengan Lina.

“Apa yang kamu tak selesa ni? Tak selesa dengan tetamu-tetamu kita ke?”

Hana mengangguk pantas.

“Salah akaklah. Siapa suruh bawah mereka semua ke sini?” Marah Hana.

“Suka hati akaklah nak bawa. Bukan tetamu Hana pun. Mereka tetamu akak. Akak yang jemput.” Tenang sahaja Lina bercakap. Suka hati dia sahaja mengenakan adiknya. Hana merengus kasar.

“Hesy! kamu ni. Mereka semua okey je. Umi, ayah dengan yang lain pun selesa dengan mereka. Langsung tak ada apa-apa masalah, pun.”

“Ada!” Laju Hana membantah. Terkejut Lina.

“Siapa pula yang bagi kamu masalah ni? Yana?” Lina tahu anak perempuan Rafidah itu teringin sangat hendak makan bento buatan adiknya. Tapi setahu dia, Hana itu jenis yang suka melayan karenah budak-budak dan adiknya langsung tidak menjadikan kenakalan budak-budak itu sebagai masalah dia.

“Hana tak ada masalah pun dengan budak tu tapi Hana ada masalah dengan uncle dia. Hana tak sukalah.” Luah Hana. Lina senyum sinis.

“Ingat akak tak tahu ke yang Aniq tu lelaki yang kamu gunakan untuk menipu orang yang mengacau kamu tu. Suami konon. Lepas tu, cakap dia tunang.” Lina menyindirnya.Hana tercengang.

“Akak tahu lelaki tu adalah dia?”

Lina angguk. “Dia sendiri yang cerita dekat akak masa akak ambil Arissa tempoh hari. Masa tu kamu dalam perjalanan balik ke sini.” 

Hana mengepal tangannya. Mahu sahaja dia menumbuk lelaki itu.

“Akak…” Hana masih tidak puas hati. Dia mahu kakaknya tengok apa yang sudah lelaki itubuat kepadanya. Dia mahu kakaknya membaca kesemua mesej yang lelaki itu mesej kepadanya.

“Tak payah suruh akak baca mesej kamu berdua tu.” Lina menolak tepi telefon Hana. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.

“Apa tu, kak?”

“TADA!”Lina menunjukkan sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan dengan batu berlian yang bersaiz kecil. Cukup cantik, cukup simple dan elegan.

“Cincin ni…” Belum sempat Lina menghabiskan ayatnya, Hana laju mengambil cincin tersebut dari tangan kakaknya lalu diacukan ke jari manisnya. Lina terdiam.

“Akak cantiklah.” Puji Hana. Hilang terus rasa marahnya tadi.

“Sesuai sangatlah dengan kamu. Maknanya kamu terimalah, ya?” Tanpa berfikir panjang Hana laju mengangguk. Dia masih membelek cincin emas putih itu dan tidak sedar pun akan kehadiran Rafidah yang sudah duduk bertentangan dengannya.

Alhamdulillah. Akhirnya, dapat juga akak tengok adik ipar akak tu kahwin.” Tersenyum Rafidah dengan Lina. Hana tersentak. Rasa hendak tercabut sahaja jantungnya bilaterdengar perkataan kahwin. Hana juga baru sedar. Rupanya ada orang lain selainmereka berdua di dapur itu.

“Kahwin?!” Laju matanya memandang cincin yang sudah tersarung di jari manisnya. Pandangan beralih pada dua wanita di hadapannya pula.

“Apa maksud akak?” Hana jadi blur. Rafidah dan juga Lina serentak ketawa.

“Kamu kan dah setuju.” Lina menjuih bibirnya ke arah cincin yang dipakai oleh Hana itu. Cincin dan dua wanita di hadapannya dipandang silih ganti. Langsung tidak dapat menangkap maksud mereka.

“Setuju untuk apa? Kahwin? Siapa yang nak kahwin? Hana? Dengan siapa?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada wanita itu.

“Yalah, siapa lagi yang nak kahwin selain kamu. Cincin dekat jari kamu tu tandanya kamu dah setuju terima Aniq untuk jadi suami kamu nanti.”

What?!” Hana amat terkejut.

“Kalau Hana nak tahu, umi dengan ayah dah terima pinangan keluarga Aniq. So,sekarang kamu berdua dah bertunang dan tak lama lagi akan kahwin.” Teruja Lina memberitahunya.

“Sejak bila pula umi dengan ayah terima pinangan ni…?” Hana tidak puas hati.

“Pagi tadi. Masa korang pergi jumpa budak-budak kampung. Kami sibuk bincang pasal ni dan semua dah sepakat setuju nak kamu berdua bertunang.”

Bulat mata Hana. Teringat pula kata uminya tempoh hari. Tidak disangka uminya itu akan mengotakan janji. Jantung Hana sudah berdegup pantas. Matanya kemudianmeliau-liau mencari sesuatu.

“Cari apa tu?” Tanya Rafidah yang kebingungan.

“Cari jantung Hana. Dah tercabut. Lari entah ke mana.” Selamba sahaja Hana berkata. Meletus tawa Rafidah dan juga Lina.

"Akak tahu ke mana jantung Hana tu pergi." Rafidah masih dengan sisa tawanya.Berkerut wajah Hana mendengar gurauan kakak ipar Aniq itu.

"Apa akak cakap ni? Hana serius, akak berdua ni main-main pula."

"Eh, betullah. Akak tahu ke mana jantung Hana tu pergi. Jantung tu dah pergi check in ruang baru."

"Hah?!" Makin bingung Hana dibuat oleh mereka berdua itu. Lina tidak henti-henti ketawa begitu juga dengan Rafidah. Naik geram Hana dengan kelakuan mereka berdua.

“Akak berdua ni! Hana serius, akak berdua ketawa pula.” Marah Hana. Lantas, cincin dijarinya ditarik keluar. Lina dan Rafidah serentak menghalang Hana. Hana tidak peduli. Dia tetap menanggalkan cincin tersebut.

“Kenapa nak tanggalkan?” Tanya Lina cemas.

“Maaf kak Lina, kak Rafidah. Hana tak nak bertunang lagi. Kahwin pun tak nak. Hana tak nak terima cincin ni. Biar Hana saja bagi tahu Datin Ruhaina.” Hana berterus terang. Mana mungkin dia mahu kahwin dengan lelaki itu. Dia tahu kejadian sebelum ini adalah salah dia. Tapi, dia tidak berminat atau berniat pun hendak mengahwini atau berhubungan dengan lelaki itu.

“Tapi, Hana kan baru saja setuju tadi.” Kata Lina. Hana geleng kepala.

“Hana tak tahu pun kak Lina maksudkan tunang. Hana ingat akak bagi sebagai hadiah je.”

“Hesy, budak ni!” Lina menunjal dahi Hana. Hana mendengus.

“Kenapa akak ni?! Tunjal dahi Hana tak tentu pasal.” Marah Hana.

“Hana fikirlah sikit. Akak mana ada duit nak beli cincin tu.” Lina geleng kepala.Rafidah hanya menjadi pemerhati dua beradik itu.

“Tadi, akak tak habis cakap lagi kamu dah sarung terus cincin tu dekat jari kamu. Jadi, kakak anggap kamu dah setujulah.”

“Tapi, itu…”

“Pakai cincin tu semula.” Mereka bertiga serentak berpaling ke arah datangnya suara tersebut. Hana merengus.

“Saya tak nak!” Selamba sahaja dia menolak di depan dua wanita itu.

“Saya…” Sekali lagi ayatnya tergantung bila lelaki itu memotong laju.

When you agree to accept the ring that mean you’re mineYou are my fiancée.” Tegas dan ayatnya membuatkan Hana meremang bulu roma. Rafidah dan Lina pula sudah tersenyum-senyum.

"Hana memang tak boleh nak lari lagi. Sebab jantung Hana dah chek in dekat ruang hati Aniq tu." Sempat lagi Rafidah menyambung usikannya. Hana melopong. Mahu saja dia mencubit mulut kakak ipar lelaki tu.

“Hana, pakai sajalah cincin tu. Ekslusif untuk Hana tau. Cincin tu keluaran dari syarikat Aniq. Rugi kalau Hana tak nak cincin tu.” Bisik Lina pula.

“Tak nak! Buat apa nak takut dengan dia tu. Hana tak nak pakai!” Hana tetap membantah. Peduli apa dia kalau cincin tu ekslusif dari syarikat lelaki itu.Dia tetap tidak mahu.

Hana berperang mata dengan Aniq yang berdiri jauh darinya. Masing-masing menayangkan wajah tidak puas hati.

Lina dan Rafidah telan liur. Sekali lagi mereka berdua memujuk gadis itu. Takut pula mereka jika Hana melancarkan perang di dapur ini. Nanti, dibuatnya satu rumahini kecoh pula. 

“Jangan sampai tangan saya yang menyentuh jari awak tu.” Ugut Aniq. Hana mengetap bibir.

Situasi semakin tegang. Lina dengan Rafidah melarikan diri keluar daripada dapur tersebut. Hana tercengang.

Korang sinilah!” Hana cuba menghalang tapi tubuhnya ditahan oleh Aniq. Renungan tajam dihadiahkan kepada Hana.

“Pakai atau saya pakaikan.” Tegang suaranya menyuruh Hana menyarungkan semula cincin tersebut.

“Awak ni dah kenapa, hah?! Saya dah kata yang saya tak nak pakai cincin ni. Saya tak nak bertunang dengan awak!” Hana meninggikan suaranya. Aniq berpeluk tubuh dengan renungan tajamnya. Tajam sehingga menusuk ke hati Hana. Hana menunduk.

“Cik Bento tak nak bertunang dengan saya tapi keluarga kita sudah terima. Now,we are engaged. Sarung balik cincin tu atau nak kita berdiri di sini sampai pagi.” Suaranya tidak lagi setegang tadi. Suaranya seksi menggetarkan jiwa Hana.

Hana mengeluh. Dia terpaksa akur dan menyarungkan semula cincin itu ke jari manisnya. Kemudian dia menayangkan jarinya yang sudah tersarung semula dengan cincin tunang di depan wajah Aniq.

“Puas hati!” Hana dengan sengaja melanggar lengan lelaki itu dengan kasar lalu beredar dari tempat tersebut. Aniq tersenyum puas.

Hana menghempas pintu bilik dengan kuat. Dia tidak kisah kalau semua orang dengar bunyi hempasan kuat itu. Sakit hatinya. Kenapalah aku tak tanya dulu pasal cincin ni?! Hana menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Bunyi mesej masuk. Benci dia melihat nama My fiancé itu.

Don’t forget the bento tomorrow. Sweet dreams Cik Bento. ~ Aniq

Hana merengus. Cik Bento. Cik Bento. Cik Bento! Aku ada namalah. Suka hati saja dia gelar aku macam tu. Siapa sebenarnya lelaki tu, hah? Boleh pula dia ugut-ugut aku depan kak Lina dengan kak Rafidah. Aku tengok mereka berdua pun takut dengan dia. Hesy, serabut betul kepala ni tau! Aku tak nak tunang lagi, tak nak kahwin dulu! Akibat berperang dengan perasaan Hana akhirnya tertidur.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh