Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 69

Kenduri doa selamat dan aqiqah Hazidi diadakan tepat pada hari ke 50 selepas kelahiran.

Tetamu yang hadir sangat ramai, kalah kenduri pernikahan mereka suami isteri. Yang dekat dan yang jauh, tidak menghampakan. Sehingga lewat petang masih ada yang bertandang. Majlis yang dijadualkan bermula pukul 11am dan tamat pukul 5pm nampaknya terus melangkau malam.

Izha turut lewat. Datang setelah habis kerja pukul 5petang. Sekadar nak menjeling-tengok Min. Macam muka sinis pun ada, persis nak mengorat pun ada.

Danny sering mententeramkan Min yang sentiasa resah tak berpenghujung. Min rimas diperhati dan didekati Izha. Asyik nak kata muka Hazidi ikut muka dia. Padahal terang-terang dan nyata muka Hazidi ikut muka Min.

Majlis itu tanpa diduga, turut mengundang kedatangan sepupu Min dari Australia. Jeremy. Dua tahun muda dari Min, tapi matang dari usia. Lelaki tinggi lampai dan tegap itu pada suatu masa dulu sangat rapat dengan Min, hinggalah suatu perkara berlaku menjarakkan mereka.

Min masih ingat waktu kanak-kanak bila pakcik Hasbi sekeluarga selalu balik, dia lah yang paling seronok dan tertunggu-tunggu saat itu.

Min segera memperkenalkan Jeremy kepada Danny.

“Sorry tak dapat attend wedding ceremony tu,” Jeremy bersuara sambil tersengih menjabat tangan Danny. Erat. Bahasa melayu nya masih baik.

Danny tergelak cuma dan membalas dengan pelukan yang mesra.

“its okay bro, small matter. Orang ni pun tak highlight, kita ni tak tau, kalau tak mungkin boleh stay lama sikit kat sana,” Danny menyambung sambil menjeling kepada Min.

Min mencebik. Dia senyum terus-terusan memandang Jeremy. Lama sungguh mereka tidak bertemu. Ini lah satu-satunya sepupu lelakiyang dia ada. Sewaktu pernikahan mereka di Brisbane dulu, khabarnya Jeremy berada di Michigan US kerana tuntutan kerja. Jeremy pulang sehari selepas majlis, kiranya mereka macam berselisih kapal terbang.

Jeremy dan Danny terus berbual. Semakin rancak dan Min sudah tidak tahu butir lagi. Tiba-tiba dia teringat, Izha langsung tidak suka lelaki ini. Segera di berpaling dan mencari-cari. Nun dihujung sudut sana, Izha telah pun memandang tepat kearah mereka. Sekonyong-konyong itu juga Izha berjalan kearahnya. Min pantas mengalih pandang, cuba memberi kan isyarat. Dia perlu memberitahu Danny yang Izha pernah ada krisis dengan Jeremy, dan Min tidak mahu itu berlaku lagi.

“Hai Jeremy!” suara yang sangat familiar itu menerjah gegendang telinga Min. Izha sudah rapat disisi.

Min tidak menoleh namun segera mengerutkan dahi memandang Danny. Kelihatan Jeremy hanya mengangkat kening dan menyambut huluran salam dari Izha. Teragak-agak dan sedikit kekok. Mata Jeremy lebih terarah kepada Min, cuba mohon penjelasan. Persoalan berlingkar diwajahnya.

“long time no see!” Izha bersuara penuh yakin dengan suara yang sengaja ditinggikan. Seakan memberitahu semua orang yang dia sedang berbual disudut itu.

Jeremy cuba senyum mesra, beberapa kali mengerling Min dan turut senyum memandang Danny. Danny pula merenung Izha dengan wajah yang sedikit ragu.

“ni sepupu Min kat ostolia,” semakin mesra Izha bercerita, sambil mengunjuk Jeremy kepada Danny. Macam dia jadi host disitu.

Mata Izha tertancap lagi kepada Min. Danny sekadar senyum dan menarik nafas perlahan, menarik Min rapat. Min tahu, Danny sedikit terganggu dengan gelagat Izha. Diam sebentar mereka berempat di situ. Mungkin masing-masing cuba mentafsir. Suasana hening seketika.

Namun kemudian mereka sedar, Izha sedang cuba meletakkan dirinya di centre zone supaya dia sentiasa dipandang semua orang.

Izha berlagak selamba, sambil menghirup minuman ditangan dan tersenyum sinis memandang Jeremy. Tiada apa lagi dituturkan, kerana sebelum ini pun memang mereka tidak pernah bertegur sapa. Tatkala itu juga telefonnya berdering dan Izha terkocoh-kocoh berlalu. Danny disapa oleh kenalan lain, dan secara hormat minta izin dari Min dan Jeremy untuk beredar sebentar.

Jeremy tersenyum mengangkat kening seolah-seolah bertanya- adakah Danny okay?

Min mencebikkan bibir, membuat muka yang lucu, tetapi segera memohon maaf dengan perangai Izha. Danny bukan masalah, tetapi Izha tu yang bakal menjadi isu.

"It's not a big deal Min," ujar Jeremy kemudiannya. Min menarik nafas. Jeremy ketawa kecil memandang kerutan di dahi Min. Min cuba menutur maaf lagi, tapi Jeremy semakin kuat ketawanya.

Jeremy pulang ke hotel penginapannya agak lewat dan berjanji akan bertandang lagi kemudian. Perbualan dengan Danny macam tak berpenghujung. Macam dah kenal 1000 tahun dan telah menolak Min ketepi. 

Bukan main lagi!

 

Previous: Bab 68
Next: Bab 70

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu