Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 46

Danny menyuarakan hasratnya untuk membawa Min ke perjumpaan kawan-kawan lama. Hanya tuhan yang tahu betapa resah dan gelisahnya jiwa dan raga.

Sebab:

no 1: baju apa patut dia pakai?

no 2: Apa panggilan yang layak untuknya. Mesti kawan Danny semua lebih muda darinya.

no 3: Nak berbual pasal apa?

Ada rasa tak mahu ikut, tapi Danny bersungguh-sungguh. Tidak sampai hati nak ditolak permintaan tersebut. Makanya terpaksa lah dia percaya yang semuanya akan okay.

Maka, baiklah. Pilih saja t-shirt Hardrock café dan jeans biru. Flat shoes. Lagilah nampak genit berdiri sebelah suami yang hampir 6.1 tinggi. Min hanya 5.5. Tergendala segala luahan jiwanya untuk memujuk suami agar membenarkan dia tidak turut serta. Keceriaan sang suami bercerita tentang kawan-kawan yang bakal dia temui hampir menyesakkan dada.

Argh.

Turun dari kereta pun dah rasa terhoyong-hayang sebab gugup yang amat sangat. Danny cuma tersengih dan senyum bersilih ganti memandang Min yang ketara keresahan. Digenggam tangan Min seerat mungkin dan dituntun melangkah ke lokasi. Tempat yang biasa, café yang mereka biasa pergi.

Ruang di dalam sudah mula penuh dan sesak. Liveband sudah mula bersedia.

Sekelompok manusia memenuhi satu ruang agak special, agak tinggi sedikit lantainya, dan terang sikit cahaya. Mungkin ada 15- 25 orang disudut itu, dimana ianya kurang bingit, tetapi dapat melihat dengan jelas setiap aksi di atas pentas.

Min cuba menyapa dan menyalami semua terutama wanita. Tidak disangka, rata-rata umur mereka menjangkau lebih dari dirinya. Hanya ada beberapa orang sahaja yang mungkin sebaya Danny. Maka, tidak hairanlah bagaimana Danny lebih matang dari usia sebenar. Rangkaian persahabatannya menjangkau umurnya dua kali ganda.

Debaran di dada Min telah pun berkurangan. Mereka pantas berbual apa sahaja tanpa meletakkan janggal di atas meja. Kekok dan asing sudah lenyap dari kamus ketika itu. Makanan yang bagus, perbualan yang menarik disertai muzik yang hebat.

Danny kelihatannya lebih kerap tersenyum dan ketawa dikhalayak itu. Sesekali di kerling wajah Min bila sang isteri itu tidak perasan. Min sedar ada getaran pada handphone di poket kanan. Text masuk. Dahinya berkerut.

-I am so happy with you sayang. I love you so much. I am a happy husband- My sayang

Min tertawa kecil dan mengerut hidungnya. Membalas text dengan pantas.

-you are my angel. You make me a happy wife-

 

Muzik bertukar tempo. Lebih rancak. Masing-masing bertepuk tangan dengan petikan gitar ala-ala rock star malam itu. Malam yang sangat mengujakan. Penuh kejutan. Lewat malam baru mereka pulang. Sesampai di rumah, masing-masing terlena culas, kepenatan.

Min terbangun mendengar dengkuran kuat ditelinganya. Dicubit hidung sang suami yang nyenyak. Jam menunjukkan 4.30 pagi. 

“Kuatnya you dengkur. Penat sangat ya?”

Danny membuka mata sebelah. Senyum dan merangkul isterinya rapat. Tak lama, si dia lena semula. 

Ye lah ni! Penat habis. Min teringat semula sewaktu perjumpaan malam tadi. Ia adalah di luar jangkaan dan sungguh tidak disangka rupanya Danny adalah salah seorang shareholder café tersebut.

She should see that coming, kan? Danny yang baiki guitar, Danny dapat tempat duduk paling best, Danny tak payah bayar, Danny dikenali semua staff. Danny – boss muda yang hands on. Pandai main guitar, pandai masak, pandai kemas. Bos yang baru kawin, dan baru tukar profesion jadi pensyarah.

Tatkala salah sorang rakan menolak Danny ke pentas, Min menyedari dia berkahwin dengan seorang bintang dalam dunianya yang tersendiri. Dan untuk pertama kali di dalam hidupnya, dia melihat kelincahan Danny dengan guitar, dengan mic, dengan drum dan dengan pentas persembahan. Min jatuh cinta. Sekali lagi. Dan lagi, dan lagi.

“fikir apa?” lamunannya mati. Sang suami tersedia memandangnya sambil mengerut dahi. Entah bila Danny bangun langsung dia tidak sedar. Eh, tadi kan dah tidur?

Min menggeleng pantas sambil ketawa kecil. Entah berapa lama dia telah diperhatikan. Dipeluknya lengan Danny erat.

“Anything bothering you?” Si dia bertanya. Kerut dikening terlihat lagi.

Min ketawa. "Tak boleh ke nak berangan sikit?"

Kali ini Danny ketawa besar.

“sayang, I dah tak pernah nampak you hisap….,” ayat itu Min tidak sudahkan.

“dah lama berhenti..,”

“bila?”

“the day you ask me to share this room…,”

Min sempat membuat sedikit kira-kira.

“oh, quit dengan upah…,” Min memicit hidung sang suami.

Sekali lagi Danny ketawa besar sambil menariknya rapat. Memeluknya erat-erat. Seketika, kemudian pelukan lerai dan Min melangkah ke bilik air, meninggalkan Danny menyambung lelap matanya seketika lagi.

Penat sangat lah tu, jarang suaminya itu menyambung lelap di pagi hujung minggu.

Hujung minggu yang mententeramkan.

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu