Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 40

Sepanjang hari Min rasa gelisah lebih-lebih lagi bila terbayang perihal Izha. Hampir dia tidak fokus dengan kerja-kerja dipejabat. Malam nanti, Danny akan ke rumah mama lagi. Min gusar menunggu habis waktu kerja. Resah menanti malam hari.

Telefon di meja nya berdering membunuh lamunan. Ada orang nak bertemu di pintu besar kata Jiha, si receptionist paling hadapan. Perempuan katanya.

Siapa pulak? 

Intai sikit.

Min berdiri di sudut paling terlindung cuba memerhatikan tetamu yang tidak diundang. Kalau Izha yang muncul dia nak terus panggil sekuriti, tapi tidak mungkin….kerana dia telah beri full details dan mereka akan halang dia naik atau berlegar di bangunan itu. Puas di jejak tetamu itu.

Eh? Mama!?

Laju Min melangkah menuju kearah ibu mertuanya. Mujurlah dia tidak sibuk sangat.

“mama minta maaf ganggu Min kat office ni,” Mama memula bicara tatkala Min muncul di depan mata. Seraya merangkul erat, pantas mencium pipi dan menggenggam jemarinya. Min cuma senyum. Layanan mama tetap sama dari dulu dan kini. Tidak kira berapa banyak arang yang di calit kemuka.

Tanpa lengah mama terus buka cerita. Memang seperti dijangka pasal dua orang anak lelakinya.

“Semalam Danny ada datang dan mama tak ada. Izha cakap Danny nak jumpa mama sebab nak mintak duit.”

Berkerut dahi Min tiba-tiba. Eh?

Mama kelihatan menarik nafas, mengusap lagi jemarinya dan menyambung bicara.

“… mama tak mau fikir banyak Min, mama akan bank-in pada Min setiap bulan. Mama tak mau menantu mama susah lagi, mama tak mau peristiwa bersama Izha dulu berulang lagi. Mama minta maaf sebab anak-anak mama menyusahkan Min. Mama mintak maaf sangat.”

Dang!

Min mengerut dahi. Ternyata, Danny memang masih tidak buka mulut tentang perihal yang satu itu.

“Min tak perlukan duit mama” Min cuba menolak cadangan ibu mertuanya dengan lembut. Dia ingin menambah kata bila mama pantas menggeleng-geleng kan kepala, kembali jarinya diramas perlahan. 

“Min! tolong lah. Patutnya dulu lagi mama bagi duit tu pada Min, bukan pada Izha. Mama tak tau Izha guna untuk dirinya sendiri dan biar Min tanggung kos keluarga.”

“Ma! Betul! ….Min ok, Min tak perlukan duit mama…,”Min mencelah pantas.

Mama sekali lagi menggeleng-geleng kepala.

“mama bersyukur kerana Allah swt hadirkan menantu yang baik macam Min untuk mama, dah lepas dari yang seorang, yang seorang lagi melekat…. Mama tak mahu menantu mama susah bersuami kan anak mama….,”

Haduhhh… Ini lah masalah Danny, bila dia tak berterus-terang maka semua orang akan ingat dia tu sengkek dan mulalah mama akan menyusahkan diri begini. Sekali lagi disuarakan yang mereka suami isteri tidak memerlukan duit semacamana yang disangka.

“Min, mama tau ini rahsia rumahtangga Min, mama tau Min menantu dan isteri yang baik sebab selama dengan Izha pun Min tak pernah cerita keburukan suami,”

Bungkam.

“ini tanggungjawab mama, anak-anak lelaki mama menyusahkan menantu mama, jadi mama akan tolong semana mampu. Nanti mama bagi duit ya. Beli kereta. Danny tu elok jual je motor tu, dah ada bini sibuk nak merempit lagi. Minggu depan kita tengok rumah. Kalau tak pasal Izha tu dah macam tu, mama nak Min duduk dengan mama je,” Panjang lebar ibu ini bercerita, dan Min merasakan yang dia seakan dilambung ombak tsunami.

Aduhai…

 

 

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu