Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 19

Kepalanya berputar-putar bersoal jawab dengan diri sendiri. Sehingga lah tiba kepada satu soalan yang sangat penting baginya. Sempat dia menjeling Danny sebelum bersuara. Danny kelihatan tenang dalam pemanduan. Lagu Bon Jovi - Always beralun perlahan membuatkan dirinya rasa tak tentu arah. Tetapi, kepastian mesti diperoleh.

Min membuka bicara semula, tanpa menoleh… sedikit teragak.

“What if, ....we got no kids?”

Kereta masih bergerak. Danny masih steady memandu. Berkali-kali Min menoleh memandang Danny, namun tiada reaksi. Min menanti, degup jantungnya tiba-tiba kelam-kabut menanti jawapan dari lelaki itu.

Ya. Entah kenapa dia semakin merelakan dirinya mendengar setiap kata yang terungkap. Yang sebelum ini ditafsir budak mentah yang muda. Danny dikerling lagi.

Not a naïve young man.

Kelihatan Danny menarik nafas panjang dan dalam.

“...during your pregnancy on the1st child… I doa supaya tuhan buang perasaan ni jauh-jauh sebab I tahu ia membuatkan masalah I jadi besar. I somehow knew that you’re suffered. I suffered myself seing you in that situation. Your financial crisis…, Your lunatic husband...which happen to be my own brother...,” Danny bersuara perlahan dan tenang.

Jantung Min terus berdebaran. Selama waktu itu, Min cuma sangka Danny hanyalah seorang anak manja yang sibuk nak hidup senang dan tiada arah tujuan. Melepak, buang masa, buang duit dan menyusahkan.

“I tahu along hidup dengan duit dari you dan mama. I study hard just to improve my self to make sure I got enough money to support mama. Supaya mama masih mampu nak tolong along bila mama bersara,”

Min kini memandang tepat ke wajah Danny disebelah. Antara terkejut, kagum dan hairan Min cuba menyelami hati lelaki ini. 

Min TIDAK PERNAH menyedari Hadani Hashim dari sudut ini!

Min tau Danny masih mahu menyambung kata...

“…your miscarriaged…,” Danny bersuara lagi sambil menoleh sekilas. Pandangan mereka bertembung. Seketika. Sebelum Danny mengalih pandang.

Min tiba-tiba rasa matanya panas. Danny terus menyambung bicara. Kali ini, Min tidak dapat menahan dirinya dari terus memandang.

“It was so sad. I hope along will stop asking for another child… but after the 2nd miscarriage I knew along won’t bother. Dia sibuk sangat nak zuriat sampai tak pedulikan you. Wonder if he ever abuse you on the night game....” Mata mereka bertentangan lagi.

Kereta itu kini berhenti di traffic light membuatkan pandangan itu terpaku lama. Min alih pandangan, diam dan tunduk. Dia faham maksud Danny dengan ayat itu. Min cuma mampu menahan sebak. Menahan apa saja yang sarat di jiwa.

Danny kembali memandang ke depan bila lampu traffic light bertukar warna.

Min rasa, Danny tidak tahu tentang tuntutannya dimahkamah terhadap Izha.

“ that last miscarriaged  adalah hikmah untuk you, kalau tak you mesti masih bersama along sampai sekarang,”

Kereta terus bergerak. Entah kemana arah tujuan tidak diketahuinya. Walaupun hati Min sedang sebak, tetapi ia tetap begitu degil. Mahu tahu lebih-lebih dan dalam-dalam.

“What if we got no kids?” Kembali Min ulang soalan yang sama. Dia mahu jawapan lebih jitu.

Danny tiba-tiba menukar arah haluan, pantas memasuki ruang letak kereta di tepi jalan yang kebetulan kosong lalu berhenti. Agak kasar pedal brek ditekan. Deretan kedai baru di kawasan itu membuatkan kawasan itu kurang sibuk, kalau tidak mungkin sudah berdentam.

Jantung Min yang tadi sudah mula tenang berdegupan laju semula. Nafasnya tertahan-tahan menanti kata-kata Danny sambil tangannya kejap memegang tali pinggang keledar yang melintang di tubuhnya.

“Perlukah you terus membandingkan I dengan along?!!” Suara Danny agak keras kali ini.

Min rasa air liurnya tersangkut di kerongkong. Tidak berani rasanya nak menoleh ke empunya soalan. Namun, Min tetap perlukan kepastian. Dia bersuara juga...

“You will not understand…,” Min bersuara perlahan dan dalam. Perlahan dan sedikit ketar.

“than make me!!… MAKE ME understand!! Kita dah bertunang pun….,” Danny membalas pantas dengan nada sedikit tinggi. Tidak setinggi nada yang pernah dilontar sang abang, tetapi cukup membuat hatinya jadi sebu.

Semua ayat di dalam kepala Min tersekat. Mata jadi panas lagi. Tiada ayat yang boleh keluar tatkala itu.

“Fine! Kalau tak mau nikah sekarang, I am fine with that. I tunggu.... Take your time. Tapi tolonglah buat keputusan bukan berdasarkan hasil perbandingan antara I dan along. Please!” Danny bersuara sambil kedua-dua tangan menolak rambutnya yang kembali berjuntaian di dahi.

Min menghela nafas. Kelopak yang semakin berat terus ditahan. Cuba menyusun kata. Namun Min kini sudah tidak boleh menoleh atau membenarkan Danny memandang wajahnya.

“Macamana kita nak hadapi Izha?” Soalan lagi dari bibir Min. Sungguh dia memang ada senarai soalan yang panjang. Getar bibirnya menutur soalan yang itu.

“kita nikah je kat oversea, macam mama cakap,” pantas Danny menjawab.

“Kita tetap kena hadapi Izha dan itu bukan penyelesaiannnya,” Min turut menongkah.

Danny menarik nafas dalam, dan menghela perlahan.

“the point is, why you cannot believe that I can handle things?” Kali ini Danny memusing badannya ke arah Min dan memandang mencari anak matanya. Min cuba mengelak, sementelah cuba mencari ayat untuk menangkis persoalan itu. Laju kepalanya cuba merangka alasan.

“Izha ajak nikah semula….,” Min cuba menutur dalam nada perlahan.

“Min! kalau you sedang cuba mencari jalan untuk memberitahu bahawa you nak putuskan pertunangan ini, SAID IT SO!” Danny menyebut setiap butiran itu dengan perlahan tetapi tegas.

Bungkam. Semua kata-kata yang dirancang keluar lenyap dari akal fikiran. Min pantas mengalih pandang ke luar tingkap sisi.

“I just need to ensure things,” ....cuma untuk memastikan yang engkau bukanlah apa-apa seperti abangmu. Itu saja. Tolak tepilah cerita hati dan perasaan sebab kali ini memang Min terpaksa menurut kehendak ibu.

“you nak balik kepada along ke?” soalan Danny yang sedikit keras itu Min tidak mahu jawab. 

Kereta di pandu semula. Min sudah tidak bersuara sepatah apa pun.

“please don’t compare me with my brother. Please.” Suara Danny mendatar kali ini. Perlahan dan dalam. Sangat jelas dan sayu dihujungnya.

“I love you with all my heart. After he divorced you, I went to see your mother. Told her everything that she needs to know. I nak bersama you Min. I tak nak terlepas you lagi.”

Kali ini Min tidak dapat menahan airmatanya.

Jiwanya terbang mencari keredhaan tuhan. 

Oh! Sesungguhnya diri ini harus berdialog denganmu Tuhan. Bukan mencari kebenaran dengan cara ini, bukan. Bukan sama sekali.

Air mata dibiarnya mengalir terus.

Tiada sepatah perkataan pun keluar selepas itu. Masing-masing melayan perasaan. Danny menghantar Min kembali ke Cafe kerana keretanya masih di sana. Seluruh kekuatan cuba dikumpul untuk mengucapkan terima kasih sebelum turun dan melangkah laju ke kereta yang terletak bertentangan dengan Café itu. Danny turut keluar dari kereta. Mungkin memerhatinya seperti biasa.

Min kebanjiran air mata disepanjang perjalanan. Sesampai di rumah, tanpa menukar baju dan menghiraukan apa pun, Min melemparkan diri ke katil. Memeluk bantal dan melayan hati yang tak keruan. Ibu mungkin ada perjumpaan lagi bersama rakan-rakan sepersatuan sebab rumah kosong kala ini.

Sedar dari lena dia sedar seluruh rumah bergelap. Min toleh jam di dinding. Pukul 10 malam. Min tiba-tiba rasa lapar. Terdengar bunyi ketukan perlahan lantas pintu dikuak. Ibu muncul.

“Danny datang tadi. Dia kata Min tak makan lagi. Ni dia belikan makanan. Ibu baru balik, terkejut tengok rumah semua gelap gelita. Tertidur?”

Min angguk. Kalau lah ibu tau dia memang belum makan dari tengahari tadi.

Ibu bertanya lanjut, tapi tiada satu pun yang masuk ke dalam telinga. Semua seakan terpantul keluar dan hilang entah kemana. Dia tidak memberi sebarang jawapan kepada ibu yang masih bertanyakan soalan. Perlahan kaki melangkah ke bilik air. Membersihkan diri. Tatkala selesai, ibu sudah meninggalkan biliknya. Makanan yang cuba dijamah gagal disua ke mulut. Mata masih rasa panas dan kelopak itu pastinya akan merembes airnya pada bila-bila masa.

Masih teriang-iang setiap patah perkataan yang Danny ucapkan petang tadi. Tak pasti yang mana satu buat dia rasa sebak. Sakit kepala tiba-tiba menyerang. Segera dicapainya sebiji Panadol dan kembali berbaring diatas katil. Esok je lah fikir ni semua. Sempat juga dia memeriksa handphone. Tiada text. Tiada panggilan. Beberapa kali dia scroll dan periksa. Tiada. Malam itu Min berdialog dengan tuhan. Dia masih perlukan petunjuk untuk membuat keputusan.

 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu