Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 43

Ya. Itulah yang berlaku sekian lama. Mereka akan berselisih faham, Izha akan marah, Izha mungkin akan jadi terlalu marah sehingga dia menggila…dan tubuh Min akan jadi mangsa. Samada di sepak, diterajang atau dihantuk kepala kemana-mana. Semuanya kecederaan terlindung. Maka memang tidak ada siapa pun akan sedar bagaimana dia selalu demam, selalu sakit kepala, selalu berjalan perlahan kerana kecederaan lutut atau sakit belakang.

Izha lakukan itu saat tiada siapa di rumah, saat ibu di surau atau ibu sudah di bilik. Suara kemarahannnya boleh menjadi perlahan, namun terajang tetap terajang!

Min sudah menjangka. Sudah jangka yang Izha akan lakukan ini kepadanya. Sekian lama tubuh ini tidak menderita, kali ini dia kembali rasa kepala yang sebal dan badan yang sakit. Kali ini, bibir Min pecah berdarah. Min menangis semahu-mahunya bila kereta mula beredar. Danny mendengus keras, sambil membetulkan rambutnya sendiri yang sedikit masai.

Tidak lama kereta itu meluncur sebelum Danny berhenti di bahu jalan beberapa kilometer lepas dari kawasan rumah mama.

Danny segera menarik badannya dekat, membelek bibir Min yang lebam. Mengusai perlahan rambutnya sebelum memeluknya lagi, bersulam ucap maaf di bibir. Berulangkali.

“itukah yang selalu along buat?” Danny menyoal perlahan dan tertahan-tahan. Ada getar dalam tonasi itu.

Min tidak mahu jawab. Min pilih untuk tidak jawab. Min cuba untuk tidak bertentang mata dengan Danny. Min takut melihat kemarahan Danny terhadap abangnya.

“You should tell us. You should tell mama….that is wrong! It was wrong the whole time!” Danny ulang perkataan itu banyak kali. Getar dalam pertuturannya bertambah ketara kali ini.

“dia ingat you ni apa? Tak nak – campak, kalau nak -heret paksa?!” Danny mula menyuarakan dongkol hatinya.

“have he ever abused you during intimate time?!” soalan Danny itu buat Min segera menutup mulut suaminya dengan jemarinya yang sedia menggigil. “Min….that was wrong…,” Danny sudah berhenti setakat itu. Ada genangan air di kelopak mata lelaki itu.

Danny kata, ikutkan hati memang dia nak layangkan beberapa biji penumbuk, tapi dia kasihan dengan mama. Tidak sampai hati dia nak bergaduh dengan abang kandungnya di depan mama. Mesti lagi sedih hati ibu tua itu.

Betul. Min pun kasihankan mama. Itu antara sebab kenapa Min tidak pernah buka cerita aib itu. Min tidak mahu mama kecewa, kerana mama sungguh-sungguh sayang pada Izha. Izha memang anak kesayangan kerana kononnya selalu mendengar kata dan tidak pernah berjauh dengan mama.

Min rasa airmatanya laju membasahi pipi. Dia sendiri tidak faham apa masalah Izha. Sukar merungkai perasaan dalam diri Izha. Kalau sayang kenapa seksa? Kalau tak sayang kenapa terima? Hari tu kata dah benci. Ceraikan kerana aku sudah tidak enak dimata, tidak elok di jiwa, tidak serasi, tidak cantik dan tidak membahagiakan. Sekarang bila ada orang yang betul-betul menghargai kenapa ganggu! 

Aku kan memang sudah tidak serasi dengan kau!?

Min menggumam. Masa nak ceraikan dulu, semua tentang dirinya buruk belaka! Sekarang tiba-tiba bertukar?

Danny menarik Min rapat, sekali lagi menutur maaf. 

“…and don’t you EVER!... balik ke rumah itu. NEVER!”

Danny menatap anak mata Min. Puas Min cuba elak, tapi tangan sang suami mengusap lembut menarik agar mata saling bertentangan. Perlahan si dia merangkul lembut.

Min hanya menurut. Kereta kembali dipandu pulang kerumah.

 

 

 

 

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu