Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 13

“jadi apa fikir kau?” Tina menyoal memandang wajah Min sambil menyedut Jus Epal dari straw, yang diangkat dari gelas ke mulutnya. Sengaja Min ikut Tina yang sibuk sangat hendak minum jus epal favorite di café itu.

Min cuma memerhati kerenah kawan baiknya yang bagaikan budak sekolah menengah. Tina tersengih-sengih. Soalan Tina itu, Min biarkan tanpa jawapan.

Min menongkat dagu. Menghirup Mango Sorbae nya sedikit dan menggertap bibir. Berfikir.

“kau kena buat decision, kalau orang buat kau macam ni,  kau mesti tak suka kan? Ni gantung tak bertali namanya Min,” butir-butir kata Tina menerobos masuk salur telinganya tanpa gagal.

“tak boleh buat keputusan lah, it's not my call,”alasan itu mungkin paling sesuai.

“hello cik puan, you already decided to accept him la wei, apa benda pulak not your call?” laju mulut Tina membidas alasan Min.

Min menarik nafas lagi. Keputusan itu adalah kerana ibu, bukan kemahuan dirinya.

“doesn’t matter why, the thing is, you already decided. This is unfair to him,” Tina menambah.

Min mendengus. Jadi salah dia kah? Salah dia kerana biar kan Danny menunggu tanpa jawapan yang pasti? Serius? Batalkan saja pertunangan itu. Habis cerita.

“aku tak kata salah siapa, dia pinang, kau terima. Tak kira lah kau terima kerana ibu atau kerana kau memang suka….the point is dah terima, dah bertunang dan kenalah nikah….,” kesimpulan Tina membuatkan Min sedikit bungkam.

“Eh. Tapi bukan kerana suka ya…tolong,” Min menongkah. Ada kebenaran kata-kata Tina. Harusnya bagaimana? Min tidak boleh bayang dirinya bersama Danny.

Andaikata hati Min terus berdegil, macamana? Persoalan itu hanya bermain di dalam hati. Min tidak suarakan. Bimbang ditempelak.

“jadi, bilanya nak kenalkan dengan tunang baru?” Tina mengusik.

Min mengerut dahi. Ish dia ni….

“kan hari tu kau dah nampak dia?” Min cuba berdalih.

“mana?”

“yang duduk mengadap pak dud aku tu lah,” Min mula menekan butang handphone nya cuba membuatkan Tina bosan.

“mana lah aku perasan siapa yang duduk, siapa berdiri, pak dud kau tu pun aku dah lupa mukanya, maklum lah, selalu sangat jumpa,” Min tergelak.

Memang benar. Izha larang dia bertemu hampir dengan semua orang terutama yang tidak berkenaan. Barisan kawan-kawan adalah antara orang yang disenaraikan tidak berkenaan. Hubungan dengan Tina hanya melalui telefon, atau bila sesekali Tina free dan datang ke pejabat Min. Tina pun baru sahaja bertukar lokasi kerja di sekitar sini. Tidak seperti sebelum ini nun jauh di Utara, maka memang sukarlah untuk berjumpa.

“masa kat mahkamah pun, tak kejadah aku nak tengok muka dia…menyampah pun ada. Tapi lega lah korang berpisah, aku tak perlu jumpa kau sorok-sorok lagi.

Itu lah hakikatnya, kata-kata Tina itu benar.

Text masuk. Min kerling ke screen handphone. Hmm, macam tau-tau je.

-kalau nak tumpang balik, beritahu – Danny

“hm, siapa? Tunang cik puan buat spotcheck ke?” Tina mengusik sambil gelak mengekek.

“he is here…,” Min menyahut pendek.

Segera Tina menoleh kiri dan kanan. Berpusing-pusing “mana? … mana dia?”

Min mendengus. Menggosok dahi perlahan dan menjawab text kembali.

-Tina hantar balik- Send.

Text masuk lagi.

-ok, take care- Danny.

Min hela nafas yang panjang. Dia cuba kerling ke kiri dan kanan namun kelibat Danny tidak kelihatan. Tina membuat pelbagai memek muka sengaja cuba menyakiti hati Min.

Macamana Danny tahu dia ada disitu? Sekarang dah jadi stalker ke apa?

“dia rindu, tu yang asyik mengendap kau je, cepat la nikahhhh,” Tina menambah usikan. Macam dengar je apa yang hatinya perbualkan.

Min cuma mampu menjeling si rakan yang tidak makan saman.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu