Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 27

Mereka bernikah di Brisbane-Australia, seperti dirancang oleh ibu, mama dan pakcik Hasbi, adik arwah ayah. Pakcik Hasbi satu-satunya wali untuknya yang tinggal- kini menetap di sana, dan segalanya berjalan lancar.

Tiada apa yang berbeza selepas pernikahan. Min masih balik kerumah ibu, dan Danny kerumah sewanya. Memang sedari dulu Danny menyewa diluar, maka tiada kejanggalan di mana-mana pihak. Alasan yang saling dipersetujui; dekat dengan tempat kerja masing-masing. Nampaknya, Danny menurut syarat Min setakat ini.

Jangan dipaksa untuk tinggal bersama.

Namun begitu, setiap hari tanpa gagal, mereka akan makan berdua. Baik tengahari mahupun malam. Walaupun pada mulanya janggal, Min rasa lega kerana Danny sentiasa memberi ruang untuknya bereaksi secara santai dalam hubungan baru ini. Ini, juga adalah salah satu syarat Min.

Makan bersama melainkan outstation.

“bilanya yang nak duduk bersama?” ibu sering bertanya. Janggal kata ibu, dah nikah tapi duduk berasingan. Ibu risau kiranya ini adalah perkahwinan kontrak. Min cuma membatu diri, ibu turut tidak mengungkit lagi.

Dua bulan berlalu keadaan masih sama. Min tiada jawapan. Danny pun tidak pernah bersuara. Namun yang sebenar-benarnya ialah, Min sangat kekok untuk bersama Danny di dalam bilik yang pernah dihuni Izha.

Semuanya memang masalah aku!! Min mendongkol sendirian.

Manakala rumah mama, belum sempat dikunjungi mereka. Mungkin kerana Izha ada, atau alasan lain yang Min sendiri tidak dapat rungkai.

Jangan tanya isu ‘bersama’. Itu antara syarat seterusnya.

Bersama itu subjektif. Tidak boleh dipaksa.

Selepas pernikahan itu, mereka terus menaiki pesawat berikutnya untuk pulang ke Malaysia. Masing-masing keletihan dek tempoh perjalanan yang panjang. Manakala mama dan ibu pula mengambil kesempatan bercuti beberapa hari sementelah urusan pernikahan itu selesai.

Maka, tiada siapa yang mengawasi dan memperdulikan mereka berdua selepas itu. Mereka menjalani hidup yang biasa. Tiada perubahan.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu