Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 18

Kembali dia ke Cafe keesokan harinya. Seorang barista mengunjuk ke suatu sudut, tatkala dia terlangak memerhati. Nun di hujung ruang yang agak tersorok, kelihatan Danny sedang tekun membelek sebiji gitar. Tuning.​ Agak menghairankan apabila barista itu mengetahui siapa yang dicari.

Danny segera mengangkat muka lantas tersenyum memandang Min serta barista yang bersaing langkah. Ditarik salah sebuah kerusi berhampiran dan pantas mempersilakan Min duduk. Betul-betul bertentangan.

“thanks bro,” ujar Danny pada barista yang kelihatan seusia. Lelaki itu membalas dengan senyum seraya menundukkan kepala. Min turut menutur yang sama.

Gitar di tangan di sandarkan ke dinding berdekatan dan kemeja yang separuh tuck in dan separuh keluar, ditarik keseluruhan. Sempat juga dikemas beberapa cable dan string yang berselerak. Pantas. Tidak sedikit pun kekok. Min leka memerhati telatah Danny sehingga tidak menyedari minuman kegemarannya telah tersedia di atas meja itu.

“Belum order dah sedia?” Min cuba membuka bual.

Danny senyum memandang Min.  

Oh. dia ni tau minuman kegemaran aku? Min merenung lelaki itu terus-terusan. Masih Danny sibuk menyusun dan mengikat setiap cable yang terburai disekeliling.

“…lainkali I ambik you dari pejabat lah,” Danny bersuara sambil meneguk sedikit coffee latte yang bersisa dihadapannya.

Geleng. “I can arrange myself. Gua tak mau ride beb.” Min bersuara perlahan. 

Danny senyum separuh gelak dengan kata-kata Min.

“so kena naik kereta je lah ni?” tutur lelaki itu sambil tersenyum sinis.

Diam. Min rasa lebih baik dia diam.

Dulu dengan Izha memang Min terpaksa naik motor kerana tiada pilihan. Izha asyik nak save duit minyak kereta dan dia tak mau burst the budget.

Min tidak mahu bersusah payah seperti itu lagi ya. Titik.

Minuman dihirup, mereka berpandangan seketika. Min memulakan bicara sedang Danny sibuk memperbetul lipat lengannya. Sebelum duduk bersandar dan tersenyum lagi memandang Min. Kemudian dia tertunduk-tunduk pula membetulkan tali kasut yang terlerai.

“I am 10 years older than you,”Min membuka bicara tanpa menunggu lama.

Danny mengangkat muka dan senyum lagi sebentar, kemudian mengeluh pendek dan menundukkan wajahnya sedikit lalu mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja, sambil meraup mukanya perlahan.

“jadi kenapa dengan umur tu Min?”

Soalan itu macam rasa disepuk kepala dengan dua tangan sekaligus. Kuat dan laju. Suasana hening seketika.

“…tak malu ke kal-lau…,” Min cuba menyatakan logik fikirannya...

“I have fall for you since the first day I saw you with my brother. I put my heart so deep so that I can suppress my feelings. Because I thought you happy with along…,”

Min rasa tertikam dengan tenungan mata Danny yang sedang galak memuntahkan isi hatinya.

“age is just a number...," seketika lelaki itu diam. Memandang Min, dan menyambung bicara "...my love don’t work on number Jasmin…,”

Min terkaku sebentar, seakan jantungnya turut berhenti berdegup.

“…puas hati? Nampak terkejut sangat tu,” kata-kata Danny kemudiannya menyedarkan Min yang terkebil-kebil seketika.

Memang nampak sangat ke yang aku terlopong? Kepala ligat menyusun kata. Nafas di hela. Min menambah...

“Orang akan bercerita-...”

“biarlah!” Danny memotong kata-katanya pantas.

Min menghela nafas lagi. Dalam dan panjang. Danny masih memandangnya dengan tenungan yang tembus. Min cuba mengelak pandangan tajam itu dan cuba mententeramkan degup jantungnya yang tak tentu arah. Danny menolak-nolak pen yang sedia ada di atas meja.

Tiba-tiba Danny meneguk habis kopi tanpa sisa, bersekali renungannya lagi kepada Min. Kegelisahan dan resah membuatkan Min turut pantas menghabiskan minuman. Danny cuba mengisyaratkanagar mereka meninggalkan tempat itu.

Min hanya angguk dan cuba berlagak tenang.

Mereka berdua beriringan melangkah keluar café. Danny sempat menyapa beberapa orang di belakang kaunter cashier sebelum menolak pintu bagi memberi laluan untuk Min dahulu.

Tak payah bayar eh? Ada buku tiga lima barangkali mamat ni. Min bersuara di dalam hati.

Langkah kaki Danny yang laju dan panjang membuat Min berlari-lari anak mengejar. Hati Min mula memberontak. Min hampir tertinggal jauh di belakang saat lelaki itu berhenti di sisi sebuah kereta dan alarm berbunyi. Unlock.

Danny sudah hampir masuk ke dalam kereta tersebut dan menghidupkan enjin tatkala Min, masih terkial-kial beberapa kaki di belakang. Kemudian Danny berpusing ke pintu penumpang, membuka, memegang pintu itu sehingga Min sampai dekat.

Hampir Min nak tempelak lelaki itu kerana berjalan laju macam ribut. Hanya kerana soalan tentang perbezaan umur Danny dah mula nampak naik angin.

Kalau sifat panas baran itu juga ada dalam diri Danny, makanya perhubungan ini tidak akan diteruskan. Dan setelah menghenyakkan diri di dalam kereta hitam HONDA CITY ​itu…persoalan lain timbul. Kereta siapakah ini?

Danny laju masuk dan menghidupkan enjin kereta.“kita cakap kat tempat lain,” lelaki bersuara perlahan.

“ini kereta siapa?” Min bertanya spontan.

“kereta I…,” pantas dijawab.

“Bukan ke selama ni rider. Mana motor?” Persetanlah kalau lelaki ini merasakan yang dia sangat materialistik sehingga bertanya setiap harta yang terlihat.

“Ada. Kenapa? Nak naik motor pulak?” Danny mengerling, sambil duduk menyelesakan diri dan menekan beberapa butang di konsol.

Min pantas menggeleng.

Ee. Ayat tu!

“kereta ni tinggal di rumah sewa,” Danny bersuara lanjut tanpa disoal.

Diam. Reaksi dan perlakuan Danny kadang-kadang membuatkan Min kaget dan seriau. Takut kena sergah walaupun ia tidak pernah pun berlaku...setakat ini.

“my financial is not an issue… it is more than enoughfor us, if that concern you so much. I maybe 26, but I earn okay,”

Baiklah. Ungkapan dari lelaki ini agak mengagumkannya. Buat Min terlopong-lopong kadang-kala. Kenapa selama ni aku tak nampak sisi yang satu ini? Danny kelihatan macam mamat takde life and takde mission and take things for granted. Masa berjumpa tempoh hari pun Danny tak agresif macam hari ni. Atau? Mungkin benar haritu dia penat. Jadi dia hanya layan soalan Min separuh hati.

 

 

 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu