Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 33

Sebaik sahaja bangun dari tidur suatu pagi Isnin, Min rasa kepalanya berat. Dia merasakan seluruh ruang berpusing. Rasa panas seluruh badan dan tekak turut perit. Kembali dia berbaring di katil dan tidak jadi untuk ke bilik air. Ke pejabat? Batal. Selimut ditarik semula, sambil memicit-micit kepala, dia terlena.

Terdengar suara memanggil tidak berapa lama kemudian. Serasa ada tangan menjamah kulit muka. Min rasa dirinya baru sahaja terlelap, rimas dia dengan sentuhan-sentuhan itu. Min mula rasa nak marah, rasa nak menepis tapi, rasa payah. Digagahi membuka mata...

Kelihatan ibu dan Danny di birai katil. Masing-masing mengadap dan bertanyakan butir-butir soalan yang menyesakkan kepala dan telinganya.

“kenapa tak beritahu?” Danny merapatkan muka antara mereka dan bertanya lembut, terpancar kerisauan di wajah lelaki itu, beserta kerutan dan renungan yang tajam.

“Sakit kepala je pun...,” Min bersuara perlahan cuba mengalih muka. Berdalih.

Dia percaya yang dia akan sembuh tak berapa lama lagi. Namun, semuanya rasa tersekat di kerongkong. Tenggelam. Danny kelihatan memeriksa handphonenya. Min sempat kerling icon battery. Drained.

Oh. Terlupa check. “Sorry,” Min cuba menyeringai.

Kelesuan yang sangat serius. Mungkin bila dia gagal dihubungi maka Danny terus kemari. Min cuba senyum.

“klinik?” Danny memegang dahinya lagi.

Min sedar dirinya sudah mula berbisik di kala itu. "...nantilah...," ​Suaranya memang seakan tidak mahu keluar.

“sekaranglah...,” lelaki itu cuba memujuk.

Sakit kepala je. Tidur nanti baik lah. Min cuba lagi. Namun, suaranya hanya di kerongkong.

Danny merenungnya terus, dan di saat ini renungan itu bukanlah ubat yang menarik. Min pejamkan mata. Ibu mula mengomel sambil berlalu keluar. Min segera menelan panadol yang dihulur. Memegang lengan Danny yang turut cuba bantu mengangkat kepalanya untuk meneguk air di gelas. Min kembali membuka mata, sempat mengerling jam di dinding. Pukul 11 pagi.

Tak mengajar ke mamat ni? Sempat lagi hatinya berdetik soal.

“…off. Emergency.” ujar Danny sambil turut memandang jam yang dikerling Min.

Macam tau-tau aje!

Danny masih duduk di birai katil memandangnya. Belum pernah sebenarnya, secara intim dia disentuh. Sewaktu menyarung cincin dahulu, dan tatkala dia senggugut. Lelaki ini tidak pernah secara suka-suka atau sengaja menyentuhnya. Walaupun antara mereka nyata sudah diikat sah.

Sekali lagi dia rasa Danny menyentuh kepalanya. Mengusap dan mengurut lembut. Min rasa sedikit lega. Selesa. Dia memejam mata dan mula rasa melayang.

“I miss you sayang.” patah kata itu tiba-tiba menerobos lubang telinganya. Malangnya, tiada daya untuk Min menjawab. Matanya tidak berdaya dibuka dan akhirnya terlena.

Terjaga lagi kemudiannya, melihat Danny sedang solat di hujung bilik. Mana dia dapat kain pelikat dan baju salinan tu? Min tidak boleh fikir, sekali lagi dia hanyut dalam ketiduran...

 

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu