Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 70

Malam itu, Min cuba bercerita tentang apa yang pernah berlaku antara Jeremy dan Izha. Izha cemburu dengan kemesraan antara mereka, dan Izha rasa Min menjatuhkan maruahnya sebagai suami. 

Min terpaksa mengelak Jeremy berulangkali, maka Jeremy mula rasa tak puas hati. Min tidak mahu Jeremy berang, apatah lagi dia memang kenal sangat sepupunya yang cepat naik angin.

Tatkala Min cuba berterus terang, Jeremy nyata tidak puas hati dan terus bersemuka dengan Izha. Hampir-hampir sahaja dua lelaki itu bertumbuk, walaupun sebenarnya agak jarang sekali Izha akan bergasak secara fizikal dengan orang luar selain Min. Walau mulut Izha memang nyata agak celupar sekali!

Itu cerita lebih 5 tahun dahulu. Izha memang lelaki yang mudah cemburu membabi buta. Kalaulah agaknya Jeremy tahu yang Min didera waktu itu, bagaimana agaknya?

Perkahwinan Min dan Izha telah menguburkan keakraban Min dan Jeremy. Jeremy terus menghilangkan diri dan Min terpaksa akur untuk tidak berhubungan.

Kini, Min tidak mahu Danny ada perasaan yang sama. Antara dia dan Jeremy, mereka ada lah sepupu yang pernah sangat akrab. Tidak mungkin untuk Min berhubungan lebih.

"..so? you okay dengan Jeremy kan sayang?"

Danny gelak besar bila diajukan soalan itu.

“kenapa I nak cemburu dengan Jeremy?” Danny menutur kata dengan gelak bersisa.

"Sebab Izha kata, kami ni sepupu dan bolehkahwin," Min tenung Danny yang kelihatan sangat terhibur dengan soalan itu.

“itu namanya cemburu gila, you masih nak samakan I dengan along?" Danny masih tersenyum-senyum memandang Min yang mula mencuka.

Min menarik nafas dan beralih arah. Dia rasa macam perkara itu tidak penting sangat pada Danny.

Min menoleh ke arah lain, cuba mencapai baju sikecil Hazidi untuk disusun di dalam rak. Tatkala dia berkira-kira untuk beredar dari situ, ada rangkulan lembut di pinggangnya dan menariknya rapat. 

Min dicepung duduk di atas riba sang suami. Seraya mengucup lengan Min perlahan, Danny bersuara lembut.

“Jeremy and I have been texting. Lepas 'intro’ hari tu. I am okay with him, I got cousins, and you got cousins. Kita memang cool dengan semua orang. As long as we know our boundaries. I okay je sayang,” Min hanya membiarkan Danny berkata-kata.

Dia menoleh memandang mata sang suami.

Danny kata, kalau dia nak cemburu, dulu sebelum mereka nikah lagi dah cemburu, tengok Min melepak dengan kawan-kawan pejabat yang segak tampan belaka.

"Pasti?" Min tak mahu nanti kalau sikit punya hal pun boleh jadi gaduh.

“I tak mahu gaduh dengan you lah, I trust you. With all my heart. I tak ada prasangka terhadap you. So insyallah I tak cemburu.”

Min tanya lanjut tentang text perbualan antara Danny dan Jeremy. Danny kata dia dah mohon maaf dengan apa saja yang bakal ditimbulkan oleh abangnya. Serentak dengan itu, Danny sua telefon dan membiarkan Min scroll semua text yang ada.

Min menarik nafas lega. Dia dah penat mengelak komunikasi. Min penat memberi alasan dan ulasan untuk perkara yang begini. Selama dengan Izha dulu dia tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mana-mana lelaki tak kira lah sepupu, kawan sekerja atau sesiapa sahaja tanpa pengetahuan. Dan Min sebagai isteri yang baik sentiasa menurut. Maka jadilah Min katak bawah tempurung.

Dunia Min berubah bersama Danny. Semakin luas, lapang dan berwarna-warni.

-he did told me that you (his little brother) was having affair with Min- Jeremy.

Text yang satu itu, walaupun sangat menyakitkan, tetapi sudah tidak ada makna. Memang nyatalah Izha masih tidak puas hati dengan Min. Danny turut mengakuinya. Min rasa kesal dengan Izha. Namun, Danny lebih pantas menutur ayat-ayat yang mendamaikan. Mereka saling berpelukan sebelum sikecil Hazidi kembali terjaga dan menggegar suasana.

Keadaan jadi kelam-kabut seketika.

Previous: Bab 69
Next: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu