Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 36

Hari itu, Danny meninggalkan rumah seawal jam 6 pagi, kerana urusan kerja di selatan.

Pertama kali juga, sejak bersama, Min kena memandu sendiri ke tempat kerja. Ini bermakna dia terpaksa berlari-lari anak melalui ruang legar utama terus ke lif. Dia hampir kelewatan. Ruang kerjanya di tingkat 4 memang paling banyak penghuni, maka kalau lambat sikit nanti lif akan penuh, sesak dan sendat. Berhimpitan di pagi hari memang tidak seronok dan boleh membunuh semangat kerja. 

Tatkala dia terkocoh-kocoh itu, terdengar laungan memanggil namanya. Kuat dan jelas.

Miiinnnn! Min tercari-cari.

Belum sempat Min betul-betul menoleh, dia merasa ada pautan kuat di lengan kanan. Min terhoyong-hayang namun cuba mengimbangi badannya sebelum menoleh - Izha!

Min menarik lengannya dari pegangan Izha.

"Kenapa ni?" Min mengerutkan dahi memandang bekas suaminya yang kelihatan agak tidak terurus.

“abang rindukan Min, marilah kita rujuk semula,” Izha bersuara dengan muka penuh pengharapan.

Gila ke? Dah lama habis tempoh edah. Mana boleh rujuk lagi! Min cuba beredar tanpa bersuara lebih lanjut. Cuba untuk tidak perduli kehadiran Izha. Cuba untuk melarikan diri.

“abang tak boleh hidup tanpa Min, marilah Min, kita bersama semula,” masih merayu-rayu si Izha dengan suara yang cuba di lembutkan.

Hish. Gila!

Min cuba bergerak laju sedikit menuju ke arah lif yang berada di tengah lobby. Dia sesungguhnya tidak suka perkara sebegini berlaku, lebih-lebih lagi di tempat kerja.

Sekonyong-konyong itu, pintu lif terbuka dan Min segera memboloskan diri melangkah masuk. Dia tau Izha cuba lagi menggapai lengannya tetapi gagal.

Gila! Aku dah ada suami lah. Memang gila!

Sesampainya di tingkat 4, Min segera menghubungi sekuriti dan memohon untuk menyekat Izha dari berlegar-legar di bangunan itu. Min turut membuat laporan kepada pegawai atasan serta pihak pengurusan tanpa lengah dan kemudiannya, Danny.

Danny kata dia akan ambil Min balik kerja petang nanti. Selagi dia tak naik, Min dilarang turun ke lobi. Pegawai atasannya turut nasihatkan perkara yang sama. Min akur. Sepanjang hari Min rasa resah dan sangat terganggu.

Jam sudah pun pukul 7.30pm. Sudah dua jam setengah melewati tamat waktu kerja. Cuma beberapa orang masih tinggal di dalam pejabat, itupun kerana ada international meeting secara online dengan sela masa berbeza. Yang lain semua sudah pulang. Min menunggu penuh sabar. Dia tidak tahu apa reaksi Danny, namun dia percaya Danny pasti mahu cerita yang lebih terperinci.

Handphone berbunyi. Danny.

“I am here,” dan Danny sudahpun betul-betul berdiri dipintu masuk pejabatnya.

 

 

 

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu