Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 15

Mama menghantar text pada suatu hari.

-Nikahlah min, mama restu. Mama kesian dengan Min sebab ini bukan salah Min. Nikah kat luar negara pun takpe, lepas tu balik sini bayar denda. Mama bayarkan denda tu. Jangan diperdulikan si Izha.-Mama

Bungkam. Mama ingat aku kah yang membuat pilihan untuk bersama Danny?

-Min tak pilih Danny- Min membalas selamba. Send.

Text balas masuk.

-Mama tau, Danny dah cerita. Tak apa lah, ni semua salah mama. Mama tanggung belanja semua, nanti kita cerita pasal kos-kos lain bila dah nikah nanti- Mama.

Min mengeluh. Macam itu lah mama, dulu kini dan selamanya. Asyik nak tolong anak-anak yang tak pernah menghargai kesusahan seorang ibu. Balik-balik mama.

Min mendengus. Dia sudah tidak menjawab. Mama fikir mereka masih tidak nikah kerana takut mama tak restu?  Haih!

So aku ni? Terus nak memilih hidup dalam keluarga macam ini kah? Min mendengus lagi. Tapi ibu kelihatan sangat bersungguh dan yakin dengan Danny. Apa yang ibu nampak sebenarnya?

I must put an end!!

Petang esoknya, dia ambil cuti separuh hari. Dia perlu selesaikan urusan dengan Danny. Dia perlukan kepastian, dan sebenar-benar penjelasan.

Mereka berjanji di cafe yang biasa dikunjungi masing-masing. Danny kemas berkemeja putih lengan panjang yang lengannya sudah pun sedia terlipat tinggi. Memakai topi ala barret dan berseluar slack kemas bergosok tajam dengan rokok yang masih tersepit di jari. Seperti selalu, rokok terus dimatikan tatkala nampak kelibat Min. Dicucuh puntung itu pada ashtray nun jauh di meja sebelah sebelum duduk sambil mengeluarkan segala isi poket seluarnya. 

Handphone, ipad mini, pen dan sekotak rokok. Bersusun semuanya di atas meja. Min memerhati setiap inci laku lelaki di hadapannya.

Mereka berpandangan seketika. Danny sudah mula berjambang nipis…. Lelaki itu masih lagi belum menyelesaikan urusan dirinya ….Sekejap-sekejap melihat handphone, kemudian meraup muka dan terus menolak rambut hadapannya yang mencuri juntai di dahi. Sempat juga senyum memandang Min. Lelaki ini nampak agak keletihan.

Min menghela nafas, cuba mengalih pandang setiap kali mata lelaki itu membalas pandangannya.

“Sihat?” Terpacul ayat pertama dari Danny. Senyum masih di bibir. Baju kemeja yang kemas tersemat sudah pun ditarik keluar. Min mengerutkan dahi, namun mengangguk kecil walau Danny tidak memandang.

“Sebenarnya, kerja apa eh?” Min memulakan soalan tanpa berlengah. Mengerling dengan ekor mata sambil menghilangkan gugup yang muncul entah dari mana.

Pantas dihirup Mango sorbae yang baru tiba, dan mengambil peluang merenung wajah Danny bila lelaki itu sibuk mengemas kemejanya sekali lagi.

“Main muzik. Mengajar muzik.” Ujar Danny. Bersahaja.

“Mengajar?” Min mengulang soal. Memang dari dulu Danny suka main gitar, kalau tak silap dari sekolah rendah. Mama memang selalu mengomel kerana hal itu.

Danny menghulur kad dari dalam sisip kecilnya. Danny letak kad itu di atas meja, sebelum ditolak kearah Min. Min tidak terus capai, tetapi kad itu cukup dekat untuk mata Min amati setiap inci tulisan di atasnya. Dahi berkerut lagi.

“Lecturer?” Kali ini Min pandang muka Danny, sekaligus memperbetulkan cara dia duduk. Giliran Min untuk membetulkan letak duduk bajunya, menolak rambut kebelakang telinga dan menyentuh kad itu dengan jari telunjuk. Lagaknya seperti sedang menemuduga.

“…rasa macam kena temuduga….,” Danny bersuara dengansenyum kecil cuba mengusik.

Min menarik jarinya dari kad, terus meletakkannya tangan ke bawah meja. Menghela nafas pendek memandang Danny yang kelihatan sinis, seakan mentertawakan nya.

“Mama tak pernah cakap....” Min berkata perlahan.

“sebab mama tak tahu” Danny memotong pantas.

“Kenapa mama tak tahu?”

“sebab kalau tahu nanti bising. Muzik tak boleh carik makan katanya kan, you know mama….,”  lelaki muda ini membalas soalan seperti ianya soalan jangkaan.

“Bila ambik master?”

“baru habis. Belum konvo pun lagi”

“Habis selama ni konvo yang lain-lain, pun mama tak tau?” Min kembali mengerut dahi.

Danny senyum dan geleng. Mata mereka bertentangan seketika.

Mustahil.

Min bersandar, mengerling Danny yang memang telah sedia tersandar sahaja sedari tadi, kembali merapati meja dan meletak kedua-dua siku di atas meja dengan jemarinya saling bertautan. Min sedar Danny masih memandangnya, seakan tidak berkedipan mata itu.

Min cuba menghadam maklumat terbaru ini.

 

Izha cuma lepasan SPM dan kerja kilang sebagai line leader. Min tidak nafikan yang dia agak terkejut. Danny sering digambarkan sebagai anak yang bermasalah dan tidak pernah peduli hal keluarga. Tetapi...

“Sampai bila nak rahsiakan ini dari mama?” Min cuba pancingan lain. Tiba-tiba muncul lantunan soalan baru di dalam kepalanya.

“sampai bila-bila…” Danny bersuara sambil menghela nafasnya. Ada nada kesal disitu.

Min tahu mama memang tak suka bidang muzik ni, tapi…

“Habis tu kenapa mama complaint kata you selalu sangat minta duit?”

Muka Danny berubah tiba-tiba, lelaki itu ketawa kemudiannya.

“dulu..., tu zaman remaja, ni dah tua sikit. Masukkan duit dalam akaun mama pulak,..” Danny masih dengan gelaknya yang bersisa.Gelihati sangat dia dengan soalan Min. Kali ini, Danny tidak menyimpan jawapanseperti selalu. Laju dia menjawab setiap patah soalan yang Min ajukan.

“Eh. Jadinya mama tau lah?” Min menduga lagi.

“.. tau ada duit gaji, tapi tak tau kerja apa...mungkin mama tu fikir duit main muzik…”

Tiba-tiba Min teringat sesuatu. Mama pernah pulangkan duit RM1000 kepadanya bila mama sangka Izha yang bagi setiap bulan. Memang confirmed bukan dari Min sebab gajinya sebagai sekretari kompeni kecil waktu itu bukan mampu nak bagi mama pun. Bila Min menolak, mama berkeras suruh dia simpan kerana masa tu Min baru keguguran buat kali kedua.

Mama kata Izha bagi duit banyak sangat jadi dia pulangkan sebab gaji kerja kilang bukan banyak mana. Mama kata mereka lebih memerlukan.

Perasaannya? Marah. Dia tidak marah Izha bagi duit kepada mama, tetapi kenapa Izha tidak bantu Min sedikit pun sedangkan Izha mampu bagi mama dalam jumlah yang sangat banyak?

Bila Min persoalkan, sepak terajang saja jadi jawapan. Menebal rasa bencinya kepada Izha bila tergamak membiarkan Min menanggung kos hidup mereka berdua dulu.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu