Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 26

Min memandang baju nikah yang sedia digantung di almari baju. Dari pagi tadi hingga ke petang ini, dia masih tidak siap berkemas. Macam nak duduk sana setahun. Tina sibuk membantu menyiapkan kelengkapan pernikahan untuk dibawa esok. Beberapa sahabat ibu turut ada membantu ibu untuk bersiap.

Walau tidak banyak perkara yang perlu dipersiapkan tetapi sedikit sebanyak ada barangan yang perlu dibawa dari sini. Ini bukan melancong. Ini majlis nikah - kata Tina.

Beberapa kali dia mengajak Tina tapi kursus yang terpaksa dihadiri bertembung dengan tarikh pernikahan tersebut. Nampaknya terpaksalah Min mempersiap diri sendiri saat pernikahan nanti.

Text dari Danny tadi di baca lagi. Sudah berulangkali.

-tell me if you need anything-Danny

Tiada apa lagi yang dia mahu. Kemahuannya telah hampir kesemua Danny turutkan. Cuma tadi dia rasa….

-lapar- itu saja yang Min balas.

Setengah jam kemudian lelaki itu tiba dengan lebih 5 bungkus nasi ayam Hainan kegemarannya. Kini bukan dia saja, semua orang akan kenyang sama.

“lepas ni, kauorang nak duduk mana?” soalan Tina tidak terus dijawab. Tidak ada pun dalam perbincangan antara Min dan Danny.

“tengok lah nanti,” jawapan paling selamat buat masa ini.

Tina bermalam di rumahnya malam itu. Esok pagi, dia akan jadi driver untuk hantar mereka ke airport. Manakala Danny dan mama akan bertemu mereka terus di sana.

Tidak lena tidur Min sepanjang malam itu.

 

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu