Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 52

Min rasa moody selepas kejadian itu.Selalu mengelak perbualan, selesa menyendiri, termasuklah mengelak ibunya sendiri. Mujur ibu agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatannya maka rumah itu seakan dihuni mereka berdua sahaja.

Min membiarkan dirinya berkeadaan begitu berhari-hari. Dia kurang pasti samada suaminya menyedari kekacauan emosinya atau tidak. Lelaki itu masih berbual-berbual seperti biasa biarpun dia cuma menjawab sepatah, tetap membelainya biarpun respon berbeza. Tiada perubahan. 

Seakan tiada duri yang menyucuk hati Danny. Seakan hari-hari yang berlalu itu sentiasa indah.

Gelagat dan kata-kata Izha suami isteri, berputar diruang ingatan Min tidak berhenti. Entah macamana Min dapat merasakan yang Izha masih menyimpan dendam di dalam hati. Min tidak pasti perlukah diutarakan lagi kepada Danny atau dipendam saja. Sejujurnya, perkara itu sudah hampir memakan diri.

Perlahan Min menyudahkan cucian di sinki malam itu. Digosok lagi pinggan yang sama dengan mata yang tertancap ke dinding dapur dengan airmata berlinangan. Fikirannya mudah benar terawangan kala itu.

“Min..,” suara Danny sudah kedengaran dekat betul-betul dibelakangnya. Pinggan yang ditangan nyaris terlepas. Min menggumam, cuba menyahut perlahan, namun tidak terus berpaling. Min dapat rasa sentuhan di pinggangnya. Danny kini rapat berdiri disebelah, pantas mengambil alih span dan pinggan dari tangannya. Menganjak Min beralih dari depan sinki tersebut. Danny memandangnya dengan senyuman sebelum menyudahkan cucian yang bersisa.

Min lantas meninggalkan ruang dapur. Dia tidak mahu Danny lihat airmatanya yang membasahi pipi. Duduk di ruang menonton, namun apa yang tersaksi hanya lah airmatanya yang terus-menerus mengalir. Min menyedari Danny sudah disebelah bila terasa bahunya diramas perlahan. Tiada sepatah kata…dan airmata terus bercucuran.

“why is that issue bother you so much sayang?”Danny mengerutkan dahi dan memulakan bicara bila tangis Min reda. Danny sememangnya menyedari yang Min kelihatan sangat berduka selepas pertemuan dengan Izha dan dia cuba beri ruang Min pulih sendiri, namun kelihatannya tidak.

“Takkan lah tak terasa...,”Min cuba mengungkap kata dalam sendu.

Danny senyum dan mengusap kepala Min perlahan, “sayang,kita dah cakap pasal perkara ni dulu kan?” Danny memandang tepat ke anakmata Min... “Min bukan tak boleh mengandung pun, belum rezeki je,”

Min mendengus. Tidak kah Danny terasa apa-apa bila dengar kata-kata abangnya?

“I takmau peduli apa dia cakap,” Danny melurut-lurut pipinya perlahan. Memandang tv dihadapan sambil jemarinya yang sebelah lagi terus mengusap dan mengelus jemari Min.

Min mengeluh. Senang la dia cakap. Mana ada lelaki yang telah beristeri tidak mahu zuriat. Mana ada!?

“Min sayang, kalau pun ditakdirkan kita tak ada anak, kita boleh ambil anak angkat. Kan? It is not a big deal for me,you tau kan?…”

Min kembali rasa matanya panas. Ada desakan di dalam jiwa yang mahu membalas kata-kata Danny. Ledakkan yang menunggu masa. Min tau Danny cuma mahu mengambil hati. 

Kembali wajah Faizah bermain di fikirannya, bagaimana secara terang-terangan wanita itu mengaku dia berhubungan dengan Izha sewaktu Min masih isteri Izha yang sah. Hanya kerana Min dikatakan tidak berupaya memberi Izha zuriat. Min tau itu lah punca yang utama!

Danny mengerut dahi. “kalau lah I terdesak macam tu, dah tentu lah I bawak you pergi O & G kan,”

Min terus diam. Airmata mengalir lebih laju dari tadi. Dibiar saja Danny berkata-kata terus-menerus. 

Danny kelihatan menarik nafas panjang.

“I am notdesperate. I redha, you is my priority…perkara-perkara lain tu bonus, please trust me,” Danny menutur tambah.

Danny terus berusaha memujuknya dengan kata-kata indah, sambil mengusap jemarinya. Namun Min seakan rasa dia tidak berada di dalam bilik itu. Dia semakin sakit mengingatkan Izha dan Faizah. Semakin jauh terhumban hingga dia rasa denyutan di dada menjerutnya dalam kesesakan yang melampau. Suara Danny tenggelam dalam penyeksaan itu lalu akhirnya Min meluahkan dengan lantang...

“…… I WANT IT!. I WANT IT! I nak zuriat itu!!!!” Tidak tersangka dia mengulang-ulang ayat itu sangat kuat.

Danny mengerut dahi. Tergamam sebentar, tapi ketawa kecil kemudiannya. 

Rambut Min dielus lagi dan Danny merapatkan tubuhnya kepada Min yang hanya mampu memandang wajah sang suami. Tenang sungguh lelaki ini melayan kegusaran hatinya. Airmata masih mengalir walau sudah tidak selaju tadi.

Danny mengusap bahunya perlahan. Minta Min berhenti menangis. Suruh Min sabar, dan doa banyak-banyak. Percaya kepada Qada dan Qadar. Kalau bukan sekarang, pasti Allah SWT turunkan rezeki tu kemudian. Danny memujuknya lagi dengan patah-patah kata yang menenangkan jiwanya. Sebelum menariknya makin rapat kedada dan mencium dahi Min berulangkali.

Danny ulang lagi ayat keramat itu. Sebutir-sebutir. Perlahan, separuh berbisik.

“I love you Jasmin. I am a happy husband. Other than that, is bonus,” Danny memeluknya erat. 

“oh, dan…. I tak jatuh cinta dengan isteri Along lagi or any other isteri orang in the world ya. Only you. Not any woman,” dan rangkulan dikemaskan.

Min menangis terus. Terkedu. Terharu yang sesungguh-sungguhnya. Mungkin itu lah yang sebenarnya buat dia rasa terguris. Mungkin Min rasa tergugat dengan isteri Izha, kerana dirinya sendiri bekas isteri Izha. Dia yang takut sangat Danny akan mencintai seorang lagi isteri Izha ...atau sebenarnya Min takut Danny akan jatuh cinta dengan orang lain?

“I love you and please don't leave me...” Min menutur perlahan. Dia tahu dia memang tidak betah hidup tanpa Danny sekarang. Dia mengongoi mengulangi ayat itu. Menuntun sang suami terus bersamanya sepanjang hayat.

Danny terus ketawa kecil dan menciumi ubun-ubunnya. Mencium pipi, dahi dan hidungnya yang dikata comel. Lelaki itu terus mengulangi ayat-ayat keramat yang terus meresap ke dalam jiwanya.

Kali ini dia betul-betul percaya cakap ibu. Percaya, percaya, percaya sangat. 

This man is very different.

 

 

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu