Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 22

Malam itu, Tina ajak dia keluar. Beriya Tina muncul seawal jam 6pm dan menghuru-harakan rumahnya sebelum mengheret dia keluar secara paksa-rela. Sebenarnya memang dah berhari-hari Min tidak berkomunikasi dengan sesiapa pun, termasuk Tina. Text Tina pun dijawab sepatah dan acuh tak acuh.

Ibu kompromi saja bila Tina minta kebenaran untuk celebrate birthday girl. Maka seperti biasa, café favorite menjadi tumpuan.

Tanpa diduga sebaik sahaja masuk,dua meja panjang telah penuh dengan rakan-rakan sekuliah yang lampau, berganda dua dari perjumpaan sebelumnya. Gamat seketika café itu dengan sorakan dan nyanyian mereka.

Min tarik telinga Tina yang menjadi master mind. Tanpa disedari, situasi itu telah menceriakan dirinya. Lebih 8 tahun dia tidak pernah menyambut harijadi yang happening seperti itu. Yang paling mengkagumkan bilaTina berjaya mengumpul keseluruhan 26 orang rakan sekelasnya yang pastinya bukan tugas mudah. Masing-masing sudah ada komitmen dan ini pasti menimbulkan kesulitan antara mereka.

Harry, Ijad, Zaty, Ezlin, Sham, Idin, Kay, Malik, Duan, Jay, Wan, Aliff, Teo, Sheeva, Mas, Jean, Hanifa, Jack, Fendi, Amin, Goh, Ashok, Iman, Awang, Dean dan Min sendiri. Cukup 26 orang. Manakala Tina pula sebenarnya, adalah pelajar kelas sebelah yang terkadang berkongsi kuliah. Juga roommate Min sepanjang pengajian. Maka tidak hairanlah kiranya Tina berkongsi banyak perkara dan mengenali semua rakan sekelas Min.

Hidangan lazat, dan sembang yang gegak gempita membuatkan café itu berwarna warni dan ceria. Tiba acara yang dinanti-nanti. Kek 2 kilo dibawa keluar dari belakang. Terhias diatasnya sepasang kasut yang bertumit 4 inci.

Hiasan kasut setinggi itu mengingatkan akan hari-hari lampau dimana Min adalah antara yang paling rendah, paling genit, menyebabkan dia terpaksa memakai high heels melebihi 3 inci. Min tidak dapat menahan diri dari ketawa besar melihat hiasan kek itu, disambut dengan sorakan dan nyanyian oleh 25+1 rakan di sekelilingnya.

Semua perasaan gusar dan resah lesap entah kemana. Min menikmati makan malam itu dengan penuh keterujaan.

“Min, jom kita henyak satu lagu!”  Aliff tiba-tiba mencadangkan ditengah kesibukan masing-masing membaham kek yang terpotong siap.

Gila! Min pantas geleng. Gila lah kau ni Aliff!!!

“aku dah lama tak buat kerja tu,” Min segera duduk dan menarik piring keknya rapat. Cuba mengelak.

“haaa Minnnn, cepatlahhh, lama tak dengar kau nyanyi Min,” Zaty menyambut.

Nooooooo. Min terus menolak.

“aku teman kau Min, kita nyanyi lagu ‘denda’ kita tu Min, jom!” Teo cuba menggamit Min untuk berjalan ke pentas mini yang sedang berdendang.

Laju Min menggeleng kepala.

“I am not going up there, no way hoze!” Min cuba menghunus garfu kecil di tangannya. Teo gelak berdekah-dekah. Disambut gelak yang lain. Masing-masing cuba untuk memujuk Min agar kembali ke pentas itu,yang sudah lebih 9 tahun tidak dijejak dan dicuba.

Masing-masing masih tak berubah. Masih macam perangai setan!

Tina menyurutkan suasana. Cuba mendamaikan kumpulan yang macam dipenuhi anak kera. Mujur meja mereka nun ditepi dan agak jauh dari public area. Kalau tidak mungkin ada yang dah baling pinggan mangkuk akibat kebisingan itu.

“Aliff boleh teman kau Min, cuba kau layan lagu yang dulu tu. Ala-ala rock tu,” usul Fendi mendapat sorakan dari semua orang.

Min menutup telinga, memejamkan mata dan menggeleng-geleng pantas. Mas dan Jean segera memeluk Min dan memberi kata-kata semangat.

Tiba-tiba, muzik yang sebelumnya galak dimainkan, terhenti…. Semua orang hairan dan tertanya-tanya. Min membuka mata.

“Ladies and gentleman, you’ll be amazed with her version of Heart Attack by Demi Lovato, please welcome…. JASMIN!..”

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu