Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 53

Beberapa bulan telah berlalu, Min dan Danny menerima berita kehadiran cahaya mata Izha dan Faizah dengan berlapang dada. Kembar lelaki. Danny meraikan Idham Danish dan Izfan Danish dengan pelbagai pemberian.

Min turut serta dalam keraian itu, cumanya dia masih merasakan Izha tetap tidak ikhlas menerima kehadirannya. Seringkali lelaki itu membuat pernyataan-pernyataan nakal yang sengaja mahu menggores perasaan. 

Namun, sudah diajar hati dan akal untuk menepis segala bentuk yang datang. Lebih-lebih lagi bila Danny, tidak pernah biar dia menghadapinya sendirian.

Faizah? Persetan.

Mama masih seperti dulu, masih melayannya dengan baik dan mesra, walaupun dia tidak menghadirkan zuriat kerumah itu. Mama sangat mengubat jiwanya. Maka kerana itu lah, Min rasa tiada guna dia melayan keadaan dukalara jiwa kerana perlakuan Izha suami isteri. Dia lebih bahagia dan tenang menjadi isteri Danny dan menantu mama seperti sekarang.

Manakala Danny, sering mendendang lagu bahagia dan membawanya ke segenap pelusuk dunia yang menjadi idaman setiap isteri di muka bumi.

Tiada kekusutan.

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu