Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 16

“Itu je soalan you untuk I?” kata-kata Danny membunuh lamunan Min…

Jadi selama dia hidup berdua dengan Izha, duit dari mama tu ialah duit dari Danny? Memang Min rasa perkahwinan yang itu dirinya macam miskin benar, duduk di rumah ibu dulu pun memang duit Min keluar banyak. Barang-barang rumah, semua Min dan ibu yang keluar belanja.

You got to be kidding Danny! “so… selama ni I terhutang budi pada you lah?”

Danny gelak kecil, tapi kali ini memandang Min sambil menarik nafas perlahan. “if I say yes?”

Min memandang tepat ke wajah Danny, rasa nak tampar wajah kacak itu pun ada. Ye. Memang la mereka dua beradik ni kacak. Abangnya lebih lagi kerana punya senyum menawan. Danny punya raut muka sedikit keras, muka sombong!

“I bagi duit pada mama yes. Mama bagi kad bank nya pada Izha, also yes. Duit tu sampai pada you atau tidak…. I don’t know and I don’t think so. Basically, you didn’t owe me,”

Ye ke ni? Min masih bungkam dan macam tak berapa nak percaya. Benarkah selama ini Izha yang menghabiskan?

“okay, so I tak berhutang, so I free to go?” Min mencuba nasib. Kali ini, senyum Danny lupus. Kembali dia merenung Min dengan pandangan tajam menikam.

Min tidak dapat menerima bila Danny sebenarnya tahu semua perkara tersebut dan hanya berdiam. Min mula rasa malu kerana rupanya bekas suaminya dulu hidup atas duit orang lain.

“you really want that?” Danny bersuara kembali sejuk.

Min tunduk kali ini. Menelan airliurnya. Saat Danny menjadi begitu dingin dan sejuk dan keras seperti itu, Min rasa sedikit gentar. Wajah ibu melintasi ruang matanya tiba-tiba.

“susah nak percaya,…”

“kenapa? Tak percaya yang mana?” Danny masih merenungnya..

“...ke tak suka ahli muzik jugak?” Danny menggosok-gosok keningnya sendiri.

“Memang tak suka.” Min jawab pantas. Sinis. Saja nak bagi lelaki ini sentap.

Walhal, suatu masa dulu Min pun main alatan muzik dan suka pergi tengok concert rock. Itu semua berlaku sebelum perkahwinannya dengan Izha.

Keletihan jelas terpancar di wajah lelaki itu. Min mula rasa yang dirinya sangat kejam kerana membentak Danny dengan pelbagai soalan. Must be a bad day for him. Eh! Lantaklah, siapa suruh buat 2,3 kerja sekaligus. Kan dah penat sendiri!

“okeylah, nanti lecturing ¾, ahli musik 1/4,”Danny ketawa kecil. Seakan mendengar kata-kata di dalam hatinya.

Mereka terdiam seketika. Min serabut memikirkan bermacam perkara lain.

“jadi hubungan ini berdasarkan apa sebenarnya?” soalan Min tidak menimbulkan riak marah kali ini. Danny sudah duduk tegak sedikit masih terus memandang Min. Seakan menanti segala macam soalan bodoh yang Min cuba kemukakan untuknya.

Danny hanya menghela nafas yang panjang.

“betul ke you nak kahwin dengan I?” Min tanya lagi. Mengerling ke wajah Danny yang masih tidak beralih pandang.

“I will stick to lecturing if you really hate that musician thing too,” Danny kini mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya, perlahan.

“Betul ke nak kahwin?” Min soal sekali lagi dengan nada serius.

“dengan you? Betul lah!” wajah Danny yang tajam merenung itu kemudiannya bertukar. Tiba-tiba saja lelaki di hadapannya itu senyum.

Min masih tak puas hati. Rasa macam sebuah cereka fantasi. Min masih rasa Danny adalah adik iparnya yang setahun jagung cuba berlagak dewasa. Dia masih perlu mencari titik dimana dia boleh menolak Danny mentah-mentah dan menyuarakan perihal itu kepada ibunya. Beza umur yang terlalu jauh tidak memenangkan hatinya dan ianya sangat penting bagi Min dalam mencapai keseimbangan hidup yang diimpikan.

Perlukah dia betul-betul kena risau perkara ini? Betulkah dia rela bersuamikan Danny? 

Tidak. Belum  dan tak pernah rela sebenarnya. Min sedang ligat mencari alasan.

Min menyampaikan isi text mama pada lelaki itu. Danny tersenyum lagi, menguap pula dia tiba-tiba. Macam bukan perihal besar.

Wajah penat itu hanya mengangguk, menggelengkan dan senyum bagi beberapa lagi soalan yang Min ajukan. Tiada lagi lontaran kata yang menjadi sahutan. Dalam sedar, Min mula terlihat perbezaan antara si adik dan si abang. Lelaki muda yang satu ini, jauh dari yang dia sangkakan. Memang dia agak tenang orangnya.

Namun kesangsian terus milik Min.

Mereka berpisah dua jam kemudian. Danny mempelawa untuk menghantarnya pulang, mujur kereta Min sudah siap dibaiki maka dia dengan senang hati menolak pelawaan itu. Min beredar dulu dan terus masuk ke perut kereta yang kira-kira 10 meter dari pintu utama Café.

Min  memandang Danny dari dalam kereta. Melihat dan merenung. Di depan café, lelaki muda itu memakai glove di kedua-dua tangan, menyarung jaket kulit berwarna hitam, memakai helmet gelap berceloreng dan memakai bag pack compact sebelum bersalaman dengan beberapa orang yang menyapanya di pintu café. Langkah yang tenang dan bersahaja, menghidupkan motor yang diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk café dan memulas handle seketika, sebelum sekali lagi mengangkat tangan pada entah siapa yang turut menyapanya dan berlalu.

Tatkala sudah menunggang ke arah sana, tiba-tiba Danny berpatah balik dan pantas menuju ke kereta Min sebelum berhenti betul-betul ditingkap sisinya. Dalam gamam tingkap diturunkan apabila lelaki itu mengetuk perlahan.

Visor full face itu terbuka.

“ok ke ni? Nak I ikut belakang?”  soalan Danny membuat Min terkebil-kebil cuba mencari alasan.

“ Min…,” Danny membuat anggukan soal. Mungkin lelaki itu hairan kerana dia tidak beredar lagi.

“ ….a-a-answering phone… ibu called,” mujur akal masih berfungsi, walaupun menipu. Sunat. Ada ketawa kecil dari dalam diri Min untuk diri Min sendiri.

Danny mengerut dahi. Jelas kelihatan dari riak muka disebalik fullface itu. Akhirnya lelaki itu menunjukkan tanda ok dengan jari.

Min angguk cuma. Danny mula menggerakkan motornya dan berlalu perlahan beberapa ketika, laju kemudiannya.

Min turut memulakan pemanduan….sepanjang jalan pulang Min bergaduh dengan perasaan.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu