Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 31

Min rasa perutnya tidak sedap betul untuk menerima sebarang makanan. Lama dia pandang menu di tangan dan walaupun dia sudah hampir hafal kesemua masakan disitu, dia masih tidak dapat membuat keputusan.

Perut yang senggugutan di usap. Mata dipejam menahan ketegangan di dalam.

“are you okay?” tanpa sedar, perilaku itu telah diperhatikan sang suami.

Min angkat muka dan senyum kelat. Should I tell?

“tak sedap perut,” ujar Min seraya menelan air liurnya yang seakan kering di kerongkong. Sekali lagi dia pejam mata menahan keperitan pintalan di dalam sana.

“pagi tadi breakfast tak?” soalan itu dijawab dengan anggukan kecil.

Min cuba duduk tegak dengan tangan yang sentiasa mengelus perut. Aduhai…rasa macam nak tidur je ni.

Menu di tangan akhirnya ditolak. “tak lalu nak makan,”

Dahi lelaki di depannya berkerut. “senggugut?” perlahan Danny tutur perkataan itu.

Min memandang wajah Danny yang nampak berkerutan terus-terusan. Dia angguk perlahan.

“kena makan sikit, nanti lagi sakit…sandwich?” si dia cuba memberi cadangan.

Min mula rasa resah, memang kalau dapat baring dan mengerekot, alangkah nikmatnya.

Dia tarik nafas dan hembus perlahan. Macam nak layan contraction saja lagaknya. Kedua-dua tangannya kini di atas meja. Menongkat kepala.

“want to leave now?” Danny soal lagi.

Min segera angkat muka dan angguk perlahan.“but lepas you makan lah,”

Kali ini Danny sudah geleng. Dia segera pulangkan menu tadi dan angkat tangan kepada barista yang sedia kenal. Laju di ajaknya Min keluar.

“boleh jalan tak?” Danny soal lagi seraya melihat dia berdiri dan melangkah perlahan. Min tersengih melihat kerisauan si suami. Aduhai risaunya dia… boleh je jalan ni…

Mereka berpapasan keluar berjalan perlahan menuju ke kereta. Beg tangannya di pegang sang suami. Kini dia berjalan melenggang kangkung sambil menahan perut yang menyesak.

“nak bubur tak?” Danny tanya lagi.

“nak nugget,” Min meminta yang lain.

“alahai sayang, sikitnya makan. Manalah cukup,” respon balas Danny membuatkan dia tersengih lagi.

Mereka tiba di drive thru. Danny order big Mac dan nugget serta bubur ikan untuknya.

“banyak ni, nanti tak habis…,” Min melihat bubur yang diterima.

“kita share…,” Danny kenyit mata. Min tersengih lagi.

Mereka akhirnya lunch di tempat letak kereta pelawat di kawasan office Min. Dia hirup bubur yang berbau enak itu, tetapi perut masih tak kompromi.Memang tengah klimaks betul sakit ni! Min meletakkan mangkuk bubur itu disisi. Membongkok sedikit menahan sakit, seakan dipintal segala usus, pankreas dan organ di dalam perut.

Tiba-tiba Min rasa ada urutan perlahan di belakang dan dipinggang. Dia ada rasa nak menepis, tapi sudahnya dia biarkan saja. Hampir dia terlelap kerana saat ianya berlaku, tidur memang perkara paling mujarab untuk menghilangkan ketidakselesaan.

“sayang..,” suara lembut sang suami membuatkan dia menoleh. “nak balik tak?”

Min geleng. “ada banyak kerja,”

“macamana nak kerja kalau dah macam ni?”

Min mengeluh namun terus membiarkan lelaki itu mengurut belakangnya dengan lembut.

“cramp macam ni berapa lama?”

“satu dua hari…,”

“hmm….,” tiada soalan lagi.

Min sambung makan bubur bila dia rasa perutnya sedikit lega. Bubur panas yang masuk ke perut sedikit menyelesakan. Seperti biasa, kerana dia telah makan 6 ketul nugget, maka bubur itu tidak dapat disudahkan.

“banyak sangat…,” Min unjurkan mangkuk itu kepada sang suami.

Burger Big Mac dan separuh bubur …selesai sekelip mata. Memang dengan Danny, jarang ada pembaziran makanan!

Saat dia keluar dari perut kereta untuk masuk ke office, Danny sekali lagi ingatkan agar hubungi untuk apa-apa hal sekalipun.

Min yang sudah separuh kaki memijak tanah, dan separuh badan keluar dari kereta tiba-tiba terhenti disitu. Terfikir sesuatu. Dia masuk kembali dan menutup pintu. Danny turut mengerut dahi. Min hulurkan tangannya lalu menyentuh tangan sang suami. Bermohon.

Tangannya disambut separuh teragak dan Min segera tarik tangan yang satu itu rapat ke bibirnya untuk dicium. Danny senyum tiba-tiba, kepala Min serasa diusap perlahan. Selepas itu baru Min keluar betul-betul.

“tangan je? Pipi? Takmau cium?” sempat lelaki itu bersuara dengan nada mengusik.

Wajah itu nampak ceria. Min mengerutkan hidung.

“call me for anything okay?” Danny ulang lagi ayat itu.

Min melangkah perlahan menuju ke lobby bangunan. Seperti kebiasaan, bila Min telah selamat masuk barulah kereta itu akan beredar.

Ada rasa sedikit lega kini. Lega di perut dan dihati. 

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu