Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 71

Panggilan telefon dari mama tengahari itu dipenuhi persoalan.

Mama suruh mereka berdua datang ke rumah. Bila ditanya, mama cuma kata kalau boleh jangan bawa Hazidi.

Jantung Min berdegup pantas, walaupun Danny kelihatan tenang sahaja. Min hairan macamana Danny boleh setenang itu kerana Min pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

Dari jauh nampak mama berdiri di muka pintu dengan wajah separuh sugul. Dipeluk dan diciumnya Min. Nampak genangan airmata. Hati Min terus berdebaran. Tak sanggup rasanya dia nak masuk dan mengharung apa jua yang bakal berlangsung. Rapat dia berdiri disisi Danny, memerhati sekitar rumah. Si kembar ditidurkan oleh bibik di atas. Faizah tiada kerana sedang berpantang di kampung halamannya. Di ruang itu, cuma mama, mereka suami isteri dan Izha-yang sedang duduk menonton tv membelakangi mereka.

Mama sempat berbisik sesuatu ke telinga Danny. Perlahan. Danny angguk dan terus melangkah tenang menuju kearah Izha seraya menghulur salam. Min kekal tercegat di pintu masuk disisi mama. Kalau diserang lagi kali ini dia akan lari keluar. Cukup lah dihenyak lelaki itu macam sampah.

“ha kau!” Izha menyambut keras, namun masih duduk dikerusi itu. Menoleh kearah Danny dan kelihatan merenung tajam. “kenapa kau nak berbohong dengan semua orang, hah!?” lagi disoal keras.

Danny mengerut dahi. Cuba duduk rapat di sisi kiri abangnya sambil merenung muka si abang.

“bohong?” Danny menyoal balas sempat mengerling mama sekilas lalu. Separuh senyum.

“perlu apa kau nak bohong kat semua orang yang kau belajar tinggi sampai oversea? Gaji besar? Keje pensyarah? Buat apa? Kau malukan along tau tak?!!” Izha bersuara macam peluru.

Min turut mengerut dahi. Bohong? Malu?

Mama menoleh memandang Min. Min mengerut dahi membalas pandangan mama. Sebelum bersuara, mama mengeluh perlahan sambil melangkah kearah anak-anak lelakinya.

“adik memang pergi belajar Long, kita ni yang taktahu. Mama baru tahu, bukan dia tipu. Dia tak beritahu kita sebab dia ambik bidang yang mama tak suka.” Mama menyambung bicara.

“masa bila ma?? Dia duk merempit sana sini, meleser tak tentu arah, hidup huru-hara! Menyusahkan orang! Jangan nak tipu lah,” Izha terus menempelak.

Danny masih dengan senyuman sinis. Dia hanya memandang ke arah abangnya yang sedikit pun tidak menoleh memandang.

“jadi along tak percaya?” Danny bersoal acuh tak acuh sambil melurut-lurut jari tangannya.

“MEMANG!! Dah memang menipu. Kau hidup nampak mewah sebab mama bagi kau duit, sebab ibu bagi bini kau duit. Jadi, tak payah la nak cerita dengan orang kau begini lah begitu lah. Berpijak di bumi nyata sikit lah dik! Along malu lah kau tipu macam ni!!” Izha terus-menerus menengking.

“along malu dengan siapa sebenarnya?” Danny menyoal kembali. Masih dalam tone suara yang biasa. Tidak tinggi tidak rendah. Terkawal.

Min betul-betul rasa nak lari. Ketenangan Danny akan mencabar Izha. Itu pasti!

Izha tiba-tiba bingkas bangun. Menoleh kearah Min dipintu, cuba melangkah kearahnya dua tiga tapak dan berhenti lalu berpaling kembali memandang Danny. Danny turut pantas berdiri. Mama mula bergerak dan berdiri tegak di antara Izha dan Min.

“kau tipu si sepupu dia tu laa,..” sambil mengunjuk jari telunjuk ke arah Min. 

“…untuk apa? Tunjuk kau bagus dari aku?!” Izha menempelak lagi seraya merenung Min tajam. Seketika.

Min rasa jantungnya di sentap. Memang lah Izha tak habis-habis. Min mengelak renungan Izha. Dia cuba memandang mama yang semakin kerap menyapu lelehan airmata.

“Jeremy?” Danny menyebut nama itu pantas.

Izha mendengus. Masih terus menghambur kata, “bini kau ni dulu duk melayan mamat tu, aku tengok mamat tu pun macam ada hati dengan dia. Kalau dulu aku tak larang, tah-tah dah ada affair macam dengan kau! Tapi, tengok lah. Tuhan nak tunjuk. Kalau dah perempuan macam ni, kita halang sana dia buat yang sini!”

Min beristifar di dalam hatinya. Tersentak dia mendengar kata-kata itu. Memang itu lah yang diucap dulu sewaktu mereka masih bersama. Jeremy adalah antara manusia yang tidak boleh dihubungi. Tidak kiralah Jeremy tu siapa. Akal Izha sentiasa kata Jeremy ada hati dengan Min itu pasal mesra berlebih. Yang sebenarnya, Jeremy waktu itu dah ada teman wanita. Tiada masalah antara Min, Jeremy dan Sarah teman wanitanya. Izha yang berlebih-lebih.

“mengucap along, jangan nak tuduh” Mama bersuara tersekat-sekat. Airmata mama sudah meluncur laju. Bersedih sungguh mama waktu itu.

Min menarik nafas sedalam-dalamnya. Jelas sekarang, memang Izha masih cemburu, dalam erti kata lain Izha masih ada perasaan terhadap Min dan tidak boleh menerima hakikat Min sudah diceraikan. Izha sentiasa mencari sebab untuk mewujudkan pergolakan dalam rumahtangga Min dan Danny.

“mama dah pernah pergi university tempat adik kerja long, adik memang pergi belajar di Amerika sana. Sekarang pun dia tengah nak sambung ambik PHD,” mama terus cuba menyakinkan Izha. 

“Min tak pernah ada hubungan tak elok macam tu along, berdosa along cakap macam tu,” kembali mama mengongoi tersedu.

Izha terus pandang kesana sini dengan riak muka tidak percaya. Tidak tentu arah.

“jadi, Min pilih Danny sebab Danny belajar tinggi? Gaji besar? Min ni memang materialistik kan? Sampai hati Min! Min memang suka orang-orang macam Jeremy. Itu pasal Min pilih Danny. Kan? Lebih muda, lebih kaya, lebih stail konon…sebab dah tak boleh dapat Jeremy…!” Izha terus bercakap macam hilang akal.

"abang setia dengan Min tau...," 

Ayat yang akhir itu buat Min mual.  

Kenapa hal ni kena nak diceritakan sekarang? Ini semuadah tak relevan lah!!

Min mula rasa hatinya panas membara. Masa nak bercerai dulu dah janji kata nak bercerai baik dan tiada pertelingkahan. Apa ni?!

“long, aku mungkin adik, tapi Min tu isteri aku, kau ceraikan dia dulu sebab kau dah tak mau. Dah tak suka, dah tak sesuai. Kau tak rujuk dia, kau tak peduli pun dia sakit atau sihat, kau cuma rasa cemburu bila sekarang dia bahagia, sebab dia boleh beranak, sebab dia adalah lubuk emas kau dulu dan sebab kau rasa bersalah long!!” Danny bersuara dalam, dan keras. 

“aku suka dia, aku cintakan dia, aku tahu aku boleh bahagiakan dia dan aku bersama dia dengan restu semua orang-,” Danny mula nampak serius.

“bukan restu aku!! Aku tak pernah restu tak pernah setuju!! Ada pernah kau tanya aku?!” Izha memotong kata-kata Danny dengan kasar.

“adik dah tanya mama, mama setuju dan mama suruh nikah terus, kau tak cakap kalau kau betul-betul nak Min lagi!!” mama pula memotong kata-kata Izha.

"MIN TAK NAK !!!"

Min tak sedar bila dia terlantun ayat itu! Berulangkali.

"Aku tak mahu lagi bersama kau Izha!! Aku tak mahu bersama kau lagi Izha!! Dan aku tak perlu minta kebenaran kau untuk kahwin lagi!! Apa yang kau tak faham sangat?"

Semua terpaku memandang Min.

Min mula rasa nak meraung. Sungguh setan, kerana menjadikan semua ini isu besar. Hanya kerana Izha yang tidak boleh kawal perasaan. Setan!

“dah janji kan dalam mahkamah tak akan ungkit dan tak akan cerita tak baik bila dah berpisah, apa masalah kalau kau masih nak kacau-kacau aku lagi? Tak ingin lah. FAHAM?”

Min hampir lupa siapa yang ada disitu. Kemarahannya yang meluap membuatkan dia rasa perlu untuk bercakap bagi pihak dirinya sendiri, kerana dirinya yang menjadi asbab segalanya ini.

“masa dengan aku pun kau dah ada perempuan lain, nah ambik lah perempuan mana lain yang kau rasa cantik, hebat, seksi, best tu semua. Tak ada masalahkan? Ingat aku tak tau ke?”

Min sempat memandang Danny, wajah Danny berubah…kali terakhir dia melihat wajah semacam itu, mereka berdua beradik akhirnya bertumbuk.

Sambil menelan airliur, dengan peluh membasahi dahi Min mula rasa tak selesa. Min tidak mahu dua lelaki itu bertumbuk lagi.

Sayang, jom lah balik. Please!

Dan desakan yang hanya lahir di dalam hati itu tiba-tiba membuatkan Danny melangkah pantas, menarik tangan Min terus ke luar dari rumah itu. Mama sempat menarik tangan dan menggenggam tangan Min sebentar. Kelihatan juraian airmata membasahi wajah mama. Seakan tiada kesudahan. Min merelaikan genggaman mama dan menurut pergerakan Danny.

Mereka beredar keluar dari situ, pantas tanpa kompromi.

Previous: Bab 70
Next: Bab 72

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu