Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 60

Mama kini semakin kerap datang bertandang. Selang sehari, kadang-kadang sehingga berhari-hari. Kadang-kadang dari pagi sampai ke petang. Kalau malam boleh membawa ke esok hari. Mujur mama tu tidak menjaga si cucu kembar, kalau tidak mungkin dia tidak ada masa untuk dirinya. Kepada bibik diserahkan segala tanggungjawab menguruskan si kembar. Faizah pun sudah tidak bekerja, maka boleh lah mama larikan diri seketika.

Masih diingat lagi, sewaktu majlis harijadi Si kembar Danish, Izha sibuk bercerita tentang kandungan Faizah.

“4 bulan, mungkin kembar lagi ni,”

Ungkapan dari mulut Izha seakan nak menyatakan betapa hebatnya dia kerana berjaya mendapat anak kembar. Kalau berderet lagi mungkin akan jadi terhebat di zaman ini! Walaubagaimanapun, strategi Izha seakan tidak berjaya. Saudara mara yang hadir kelihatan lebih teruja dengan kandungan Min. Lebih seronok mengusik Danny yang sentiasa berada di sebelah Min macam takut sangat isterinya nak dibawa lari.

Danny pula hanya tersenyum, melayan usikan saudara-mara yang galak. Tanpa silu memeluk bahu Min dan menggenggam jemari Min, tidak meninggalkan Min seinci pun. Izha tidak pernah memperlakukan sebegitu kepada Faizah, mahupun waktu dulu dengan Min.

Sepanjang majlis, Izha sering menjarakkan diri, Faizah? Hanya mampu memanjang muncung. Sambil menggendong anak kecil, membawa perut dan menguruskan majlis tersebut.

Mama ternyata tidak boleh disalahkan. Siapa lah yang tidak teruja bila menantu yang disayangi sekian lama tersiksa dan dikatakan tidak boleh mengandung, tiba-tiba muncul dengan kandungan yang sarat? Tidak mungkin lah mama akan mengabaikan cucu dan menantu yang sedia ada, tapi kala itu, mama betul-betul mengadap Min. Sangat jelas tumpuan sang nenek teralih kepada bakal cucu baru yang masih bersembunyi di dalam perut. Walaupun cucu yang sedia ada sentiasa menagih manjaan. 

Mama sangat excited!

Min rasa keterujaan mama melebihi ibu, Danny dan dirinya sendiri!

Mama macam kagum sangat Danny telah prepare semua. Disitu juga mama soal Min tentang perbelanjaan, persiapan dan macam-macam lagi. Sungguh mama tak percaya anak lelakinya yang satu ini boleh menjadi sematang itu. Jauh lebih matang dari yang seorang lagi.

Mama kata, Izha; tidak pernah ambik tahu pasal stok pampers, susu dan makanan dalam rumah. Bila tak ada, cerita kuat-kuat…supaya mama terdengar dan sudah tentu lah mama akan beli kan.

Itu cerita dari mulut mama, bukan dari orang gaji sebelah rumah, atau pakcik potong rumput tepi jalan.

Setiap kali mama bercerita, Danny hanya tunduk dan dengar, seterusnya, menghulurkan duit kepada mama untuk menampung belanja anak-anak saudaranya itu. Min tiada halangan, kerana masing-masing mengetahui bahawasanya Izha memang tidak berkemampuan untuk menanggung keluarga besar tersebut.

Bibik tu pun mama yang bayar! …dan mama sempat menuturkan betapa mama bersyukur kerana bukan Min yang menghadapinya. 

Ironik.

Previous: Bab 59
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu