Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 76

Ulangtahun ketiga mereka kali ini, Min fikir mahu beri Danny beberapa kejutan. Min tidak tahu reaksi Danny tapi harap ianya berbaloi. Mereka cuma duduk berdua di balkoni malam itu, menghirup kopi dan koko panas. Mengunyah nachos dicicah sos merah, dan semangkuk besar wine-grape. No fancy dinner at any fancy restaurant. Sambil sibuk meneropong angkasa dengan teleskop baru hadiah dari Jeremy.

Malam itu bulan gerhana.

Hazidi mengikut ibu bersama pakcik Hasbi sekeluarga mengunjungi sanak saudara yang lain. Cuti musim panas di Australia telah memanggil Pakcik Hasbi bercuti lama ke Malaysia. Seluruh Kuala Lumpur dijelajah bersama ibu untuk berjumpa sanak saudara.

Mereka jadi asyik bersembang mengomel apa ada di ruang angkasa sana. Cerobong kecil itu kelihatannya sangat mengujakan.

Min menaip text di handphone tatkala sang suami tidak memandang.

Handphone Danny berbunyi. Text masuk. Danny buat tak tahu namun Min segera menarik lengan Danny untuk mencapainya.

“perlu ke?” soal Danny sambil mencemik memandang handphone sendiri.

Min angguk.

"Mungkin emergency," Min bersuara sambil tersenyum penuh makna.

Danny mengeluh sedikit. Memang sedari tadi Danny tidak beri tumpuan kepada handphone nya yang berbunyi-bunyi sepanjang masa. Danny kata dia pasti itu cuma notification facebook atau twitter atau Instagram sempena anniversary mereka. Dia tidak mahu check sekarang, tetapi terpaksa sebab Min beriya-iya.

Min mengamati dan menanti perubahan wajah sang suami, Danny membaca laju setiap text dan tertancap pandangannya pada nan satu. Wajah yang kini sentiasa berjambang nipis dan kemas itu menjadi pujaan selalu, teruja untuk dipandang.

Wajah lelaki yang dicintainya itu tiba-tiba berubah. Min dipandang separuh terkejut dan Danny bersuara tersekat-sekat…

“are-you.......sure?” kelihatan gugup.

Danny macam terpaku memandang Min dan kembali kepada text itu.

Min senyum. Angguk berulangkali. Menghulurkan tangan dan disambut dengan pelukan penuh perasaan.

“sayang, jangan paksa diri you…,” Danny terus mengungkap kata.

Min senyum dengan mata berkaca. Memandang sang suami yang rupanya- ah! bergenang juga...

"Happy anniversary abang. I love you with all my heart,"

Danny merangkul Min. Erat. Dikucup wajah itu berulangkali. Danny tiada kata-kata, tetapi rangkulan itu sudah cukup menceritakan emosi masing-masing.

Min tidak sangka suaminya akan bereaksi seperti itu. Dia cuma fikir panggilan ‘abang’ itu sudah tiba masanya. Its not a a big deal, tetapi ada kejutan seterusnya dan ini mungkin quite something.

Min menarik keluar satu batang putih selebar sebatang jari dari poket seluarnya. Mengunjuk kepada Danny dengan senyuman paling comel yang mungkin.

Danny membeliakkan mata.

“are you pregnant….. again?” sepantas kilat dicapai pregnancy test kit ditangan Min. Min tergelak kecil.

"Dah nak masuk 12 minggu," Min memberitahu perlahan. Kembali menanti reaksi wajah sang suami. 

“ya Allah Min, tak perasan langsung lah… Min tak sibuk mengemas pun?!”

Min gelak besar. Memang kali ini dia tidak mengemas macam sebelumnya. Min cuma suka benda-benda wangi sahaja. Jadi, setiap inci benda dalam rumah dan penghuninya sentiasa wangi, sepanjang hari.

Jangan tanya berapa banyak koleksi minyak wangi yang telah Min beli sepanjang 12 minggu itu. Mama dapat satu, ibu dapat satu, Tina dapat satu, Danny lagi lah banyak. Tuan punya badan bertambah hebatlah!

Danny ucap terima kasih berulangkali. Dirangkul Min lagi dengan penuh rasa cinta yang sarat di dalam jiwa dan bersyukur terus-terusan atas rahmat yang diberi.

Min menjadi wanita yang telah merubah segala yang gelap menjadi cerah, yang hambar menjadi gembira, yang duka menjadi ceria, kata Danny.

Danny ulang lagi saat dia mula mencintai Min kala diri menginjak remaja. Mencintai dalam jarak yang jauh sebegitu lama sebelum direstui Allah swt untuk menjadi yang sah dan kini…..

Gerhana yang diatas sana seakan bergemerlapan indah digilap kasih mereka berdua.

Sesungguhnya, kurnian yang paling indah adalah, apabila kita bersabar.

 

--- text mula---

Happy anniversary abang, Min seronok tengok abang malam ni. Min bahagia bersama abang tidak kira tika mana pun kita atau susah mana pun kita. Min hanya untuk abang, dan Min tahu abang tak akan sia-siakan Min. 

Macam drama tak wordings ni?

Can I call you that sayang? It’s about time. I love you with all my heart. I hope this gonna last forever darling. Love you!

 

To you hubby, from me your wife.

--- text tamat -

 

TAMAT

Previous: Bab 75
Next: Nota

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu