Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 49

Danny telah pun beritahu mama perihal Izha, Faizah dan texts. Danny kata dia tidak mahu perkara terus diluar kawalan.

Rupanya, mama memang mengetahui akan kehadiran Faizah dalam hidup Izha. Itu sebabnya mama beriya pujuk Izha untuk melepaskan Min sewaktu proses bicara dulu. Mama tidak mahu perihal Faizah dikaitkan kerana ia akan hanya melambatkan proses penceraian itu. 

Mama kasihan pada Min. 

Mama memang sudah tau lama bahawasanya Min itu isteri yang didera. Mama memang pernah nampak luka di tangan Min satu ketika dulu. Cuma mama tidak mahu masuk campur dan Min pula tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Terkedu Min mendengar berita ini. Tidak ada sedikit pun perasaan marah dalam dirinya untuk mama. Dia lebih faham bagaimana sedih dan pilunya hati seorang ibu bila anak yang dilahir dan dibesarkan berlaku kejam kepada seorang wanita yang lain. 

Mama tidak pernah minta untuk Izha menyeksa Min. Langsung tidak. Penderaan itu hanya diketahui jelas bila Min buka mulut dalam proses bicara. Mama kata dia sedar Min sudah tidak tertanggung. Mama merelakan, cuma mama tidak pernah mengiyakan secara zahir.

Begitupun mama turut hairan kenapa Izha tiba-tiba meninggalkan Faizah kerana katanya mahu kembali pada Min. Faizah turut kata, Izha asyik bertangguh untuk bernikah dengannya. Mula-mula kata nak tunggu edah habis, kemudian katanya nak balik pada Min. Semuanya tidak jelas.

Berkali-kali mama meminta Faizah bersabar, mama suruh Faizah beri ruang. Kalau dah jodoh ia akan muncul jua...tetapi gadis itu seolah-olah terdesak sangat untuk bersama Izha sehingga Izha mula bosan dan kembali tercari-cari Min. Izha pernah beritahu Faizah yang Min tidak bahagia dengan Danny. Izha kata Min dah beritahu dalam text. Izha memang telah mengelirukan dirinya sendiri.

Mama cerita lagi yang saat dalam edah tersebut pernah disoalnya Izha, yang mana satu dia mahu? Min atau Faizah. 

Izha tidak pernah serius, tetapi terus bersama Faizah. Jadi dalam fikiran mama, Izha tidak akan peduli Min lagi. Hingga habis edah pun Izha tidak pernah sebut nak rujuk dengan Min. Lagi lah bila Izha cerita semua perihal buruk tentang Min pada keluarga besar mereka. Seakan mendabik dada kata penceraian itu adalah berpunca dari Min.

Itu lah sebabnya kenapa saat diketahui Danny ada hati dan meminang Min, mama setuju terus. Mama harap Danny akan menebus setiap kesalahan Izha pada Min...

Min tiba-tiba teringat kisah di pulau.

“gila…,” Danny menyimpulkan semua.

Kisah sewaktu di pulau diceritakan kembali kepada Min.

Danny kata, dia hanya berbual dengan mama. Kebetulan, aunty Aida- mak saudaranya yang selama ini menyenangi Min terdengar dan jadi excited. Aunty Aida telah mencanang cerita itu sehingga menarik minat Izha.

Oleh kerana Danny adalah anak saudara yang paling senyap dan paling low-profile, maka cerita bagaimana Danny pinang Min menjadi bualan. Jadi hot.

 

Apa je yang kau pandai dik!? – ayat itu ayat yang mula-mula terpacul dari mulut Izha sewaktu mendengar tentang perihal peminangan Danny yang sangat bidan terjun. Izha gelakkan kononnya macam terdesak sangat sampai buat perkara yang memalukan. Mula-mula memang Izha tidak tahu wanita yang dipinang Danny itu adalah Min.

“memalukan ke?” Min pintas bertanya.

Danny gelak kecil. Geleng.

“for you my darling?,” pipi Min diusap lembut. “daripada terlepas lagi, memalukan macamana pun I sanggup,”

Min sengih. Kalau Danny tidak cuba untuk berkeras dan tegas sewaktu proses melamar itu, memang Min akan bolos. Bukankah Min memang hendak buat Danny bosan dan mengalah?

“tetapi sebenarnya memang kena terima kasih dengan ibu, she helps you a lot,” Min menutur perlahan, sambil menguntum senyum paling comel yang mungkin.

Danny senyum terus. Angguk setuju.

“sebab itu I tak mahu berhubung banyak dengan you, you….memang nak tolak saja, benci sangat kan masa tu…?” Min segera tutup mulut Danny dengan telapak tangannya dari berkata terus. Geleng-geleng mohon Danny tidak meneruskan kata-kata.

Danny gelak kecil dan mengusap jemari Min perlahan. Dikucupnya jemari itu.

Izha sambung cerita pasal kejadian di pulau.

Perempuan mana yang kau gilakan ni dik? -saat Izha tanya begitu dia dah banyak kali berzikir di dalam hati. Ni kalau sebut nama Jasmin kang, pasti lain yang jadi.

Betul.

Saat Aunty Aida baca nama Min yang Danny tunjukkan didalam contact handphone, mama jelas tersenyum lebar. Mama pantas approved dan suruh Danny percepatkan majlis nikahnya.

Saat itu juga, Izha yang masih sibuk memasang telinga terbeliak biji mata menyedari yang nombor telefon dan nama Min yang diunjuk kepada mama.

Selebihnya sudah sejarah. Bagaimana Izha kata dia kurang ajar, memaki hamunnya dan berkata yang tidak-tidak, Izha sudah tidak mahu berkata apa-apa.

Itu lah yang Min dan Tina nampak waktu tiba di rumahitu.

Bagaimana Izha ditenangkan dan bagaimana semua orang terkejut Izha mengaku dia masih mencintai Min dan hendak bersama semula.

Bagaimana semua orang sebelum itu telah disumbatkan oleh Izha tentang cerita perceraian dan penyebabnya adalah Min, namun telah bertukar corak tidak semena-mena.

Saat semua orang sangka Izha benar-benar sudah move on dan membenci Min kerana kecurangan yang dikatakan, tiba-tiba jilat semua pertuduhan semula dan mengamuk marahkan Danny kerana Danny kononnya telah merampas kebahagiaannya.

Tatkala Danny kongsi kegembiraannya untuk menanti detik waktu bersama Min- yang tidak dimahukan oleh Izha, Izha kata dia telah memberitahu Min untuk rujuk semula.

Izha tidak pernah cuba rujuk.

Danny tidak pernah cuba menggoda Min sepanjang perkahwinannya.

…dan Izha sudah ada kekasih gelap. Curang!

Jadi sekarang siapa sebenarnya yang menyesal?

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu