Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 56

Kenduri aqiqah untuk sikembar selesai sudah. Danny mengingatkan Min berulangkali supaya tidak membuat kerja-kerja berat kerana tempoh sebulan yang diberikan doktor masih berjalan.

“do NOT try anything,” Danny mengulang, kerap dan tegas. Sekali dengan renungan tajam dan menikam. 

Min cuma tersengih dan membuat sedikit memek muka mengusik sang suami, yang berakhir dengan cubitan di hidung.

Sepanjang majlis, Min melihat Faizah huru-hara menguruskan kedua bayinya. Izha cuma sibuk bersembang dan melayan tetamu, membiarkan isterinya terkontang-kanting melayan kerenah dua bayi comel mungil yang kelihatan tidak selesa dan sentiasa meragam. Maka bergilir-gilirlah mama dan Faizah memujuk dan mententeramkan sikecil berdua tersebut. Setiap kali Min cuba menolong, jelingan Faizah menunjukkan yang dia sangat tidak merelakan. Danny turut cuba mendodoikan salah seorang dari kembar itu dan membawanya kepada Min bila sekonyong-konyong itu pula Izha muncul. Sentiasa mengucapkan kata-kata yang tajam dan mencakar hati.

“kau tak cuba ubat bini kau ke dik? Dia ni memang masalah sikit.”

“bila kau agak bini kau ni nak mengandung? Jangan sikembar ni nanti tak ada sepupu sudahlah.”

Min mula rasa geram. Macam tak ada kena mengena dengan anak kau yang meragam! Macam lah kau tahu sangat masalah aku!?

Danny hanya senyum seraya menjeling tajam pada Min dengan isyarat – jangan peduli! 

Beberapa kali disindir begitu, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak cuba memegang anak-anak kecil itu lagi. Hanya memerhati dari jauh kegelisahan Faizah dan mama yang turut sibuk dengan tetamu dan cucu-cucunya!

Izha? Sentiasa sibuk dengan hal sendiri. 

Rakan-rakan Izha yang lingkungan umur rata-rata daripada tamat sekolah menengah sehinggalah ke hujung usia remaja yang masih belum berfikir tentang komitmen. 

Yang masih tinggal dengan keluarga, yang hanya tahu menghabiskan duit di kedai motor, atau kedai alatan sukan dan tidak pernah fikir akan kos barang dapur. Yang bujang telajak dan tidak ada perancangan masa depan.

Mujur. Min tidak perlu hadapi lelaki itu lagi. 

Mujur. Bukan itu ayah kepada bakal anaknya.

Sekali lagi Min memerhati Faizah dari jauh. Tudung yang senget tidak bergosok. Baju yang ada colour run, baju anak yang tidak berbutang penuh, kain yang melambak tidak berlipat di dalam bakul besar dibawah tangga. Ada rasa kasihan dan simpati di hujung hati.

Min menarik nafas perlahan. Mencari jemari Danny yang duduk membelek handphone di sebelahnya. Mata bertentangan. Min menghadiahkan senyuman paling manis untuk sang suami. Mengeratkan genggaman, dan kembali memandang sibiras di hujung sana.

Tiba-tiba Min teringat saat berada di majlis kenduri kahwin sepupu mereka suatu ketika dulu. Di mana Danny hanya memerhati Min dari jauh dan bagaimana Min sepenuh bosan dengan renungan tajam dari Danny.

Ketawa besar Danny mendengar ulasan sejarah silam itu. Mereka bertukar kata, bersulam ketawa. Min sudah lupakan ayat sinis Izha dan jelingan maut si Faizah. Mereka semua sedang bahagia dengan cara masing-masing. Umumnya.

Apapun, Min bersyukur bukan dia di tempat Faizah.

Sesungguh segala perancangan Allah swt itu sangat indah.

 

Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu