Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 68

Tak lama selepas peristiwa itu, mama datang lagi kerumah, bercerita mengenai pertengkaran antara Izha dan Faizah. Faizah menuduh Izha masih tergila-gila kan Min. Penafian dari Izha menyebabkan mereka bertengkar lebih dasyat. Tak berlarutan kerana Izha terus keluar dari rumah dan hanya pulang pagi esoknya.

Min mendengar cerita mama tanpa emosi. Hazidi yang lena di katil kecil di sudut ruang memberikan masa untuk Min menghadam cerita itu. Tetapi Min tidak jumpa rasional gelagat Izha. Mama kasihan dengan Faizah yang sedang menunggu hari, tapi Izha sentiasa tidak peka. Tak menolong jauh sekali nak bermanja anak-beranak. Si kembar berdua itu memang 100% membesar dengan bibik sahaja. Nak anak dah dapat pun, tapi tak hargai. Ingin saja Min mengiyakan. Memanglah begitu perangai Izha. Lelaki itu memang tidak pandai menghargai apa di depan mata. Tetapi kata-kata itu tersangkut di kerongkong. 

Min mengerling Danny yang berteleku sambil menggosok-gosok hidungnya. Tiada kata-kata yang keluar dari Danny sepanjang mama bercerita. Dia hanya tunduk dan dengar.

Malam itu Danny menyuarakan isi hatinya. Danny rasa terganggu dengan Izha. Risau dengan Min. Min rasa sayu kerana sejak pernikahan mereka, ini pertama kali Danny mengeluarkan perasaannya yang tersentuh. Tersentuh dengan abang sendiri.

Adakah dia menyesal menikahi aku? Min terdetik didalam hati.

“I am happy that you are with me. I love you so much, I don’t want to loose you,” Danny tiba-tiba bersuara seraya memandangnya. Macam tau-tau.

Hazidi tiba-tiba merengek perlahan di sudut katil. Danny bingkas bangun namun sempat mengucup pipi Min yang memandang tepat kewajah sang suami.

Text dari Izha terus diterima sepanjang beberapa hari kemudiannya. Menunjukkan perhatian yang tak semena-mena. Berulangkali soalan yang sama diaju.

Min semakin rimas dan berkesudahannya, nombor telefon ditukar.

Kini dia sedikit lega.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 67
Next: Bab 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu