Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 66

Text masuk ucap tahniah bagai peluru, lepas satu– satu. Tak berhenti. Terpaksa Danny senyapkan handphone mereka, tidak mahu ia mengganggu. Min sedang lena setelah berhempas pulas malam tadi. Melahirkan anakanda tersayang -  Hazidi.

Min terbangun melihat Danny disebelah. Danny suruh Min berehat. Danny kucup rambut dan bahu Min perlahan, tetapi Min tetap mahu berbual dengan sang suami. Seketika mereka saling bertukar cerita tentang perasaan berhadapan kelahiran itu. Tentang airmata yang berjuraian sewaktu sikecil itu meluncur keluar. Masing-masing berbalasan senyum dan tawa kecil. Min genggam tangan Danny erat. Danny ucap terima kasih dengan genangan air mata yang tidak mampu disorokkan.

Dikala itu juga si kecil terjaga lantas merengek manja. Danny pantas bergerak dan menyentuh si kecil di dalam katil kecilnya. Mengusap-usap perlahan dan mengalun zikir paling indah supaya anak itu lena semula. Mata kecil itu terpejam seakan mengerti. Ini adalah saat paling indah untuk mereka.

Kini, mereka sudah berkembang. Danny sudah naik setakuk lagi dari suami kepada bapa. Min berharap Danny tidak mensia-siakan peluang yang diberikan. Min memandang Danny yang masih membuai diri bersama sikecil dodoian yang sudah pun terlena. Perlahan Danny berjalan menghampirinya semula, ditarik katil sikecil itu hampir.

Danny akhirnya duduk di kerusi rehat tersedia di bilik itu. Meletakkan tangan kanannya di sisi Min dan di kirinya memegang katil si anak. Min sempat memandang wajah Danny yang bersedia menyandarkan kepala. Min pasti Danny juga kepenatan. Entahkan bila Min terlena, dia tidak sedar. Mereka berdengkur di dalam bilik hospital itu bersama-sama.

Impian Min akhirnya jadi nyata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 65
Next: Bab 67

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu