MP 70

SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.

Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.

"Kejap eh, abang. Rery tengah mandi tu. Dia baru je sampai rumah. Abang dengan Mel dah makan?"

Julian menganggukkan kepalanya. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa bertentangan dengan Eusoff dan Noah. Aku dan Melina mengambil tempat di atas sofa berangkai dua. Sekarang ini, menunggu kemunculan suami aku yang masih lagi tidak turun dari bilik. Mungkin sedang menyiapkan dirinya sebelum turun ke bawah.

"Noah okey? Sakit mana-mana lagi?" soal Julian. Anak matanya ditunakkan ke arah Noah yang baru saja mematikan siaran kaca televisyen menggunakan remote yang berada di tangannya.

"Dah kurang sikit, dady. Mama dah bagi makan ubat."

Julian menganggukkan kepalanya sekali gus tersenyum nipis.

Tak lama itu, aku sudah nampak susuk tubuh tegap milik suamiku sedang menuruni anak tangga. Wajahnya masih kekal dingin seperti tadi. Sudah lama aku tak nampak wajah Rery sedingin itu. Nampak sangat yang dia tengah menahan marah. Dia mengangkat perlahan tubuh Noah lalu melabuhkan punggungnya di tempat duduk Noah tadi. Noah pula didudukkan di atas ribanya. Perlahan dia menyelak baju tidur Noah lalu dibelek-belek seluruh anggota tubuh badan anaknya itu. Aku dan yang lain sekadar memerhati saja. Menunggu Rery bersuara untuk memulakan perbincangan.

"Teruk." Sepatah saja yang terlahir dari mulut Rery sebaik saja dia habis meneliti lebam dan luka yang ada pada tubuh badan Noah.

"Cerita, papa nak dengar. Full story. No cuts," suruh Rery kepada Noah. Tubuh Noah dialihkan sedikit agar dia dapat bertatapan mata dengan anaknya itu.

Noah mula menceritakannya dari A sehingga Z. Seperti yang Rery mahukan. Kadangkala, Eusoff ada mencelah menambah lagi cerita memandangkan dia saksi. Dan sentiasa ada bersama dengan Noah di sekolah. Aku tenung saja wajah suami aku yang sekejap berkerut. Sekejap berdengus. Sekejap menggelengkan kepala. Betul-betul dia tengah marah.

"Cikgu cakap macam tu? Dia betul-betul cikgu ataupun cikgu asal boleh saja? Macam mana cikgu macam dia boleh terlepas mengajar dekat situ?"

Noah menggelengkan kepalanya. Mungkin tiada jawapan untuk soalan Rery.

"Cikgu tu memang macam tu papa. Mulut dia laser. Dia suka cakap main lepas saja. Lepas tu, boleh dikatakan dia pilih kasih. Ada beberapa orang kawan kelas Eusoff yang rapat dengan dia."

Rery menyandarkan belikatnya. Pucuk hidungnya diurut ringan sekali gus matanya dipejamkan buat seketika. Beberapa aku dia menghelakan nafas panjang. "Sebelum ni, cikgu tu pernah cakap apa-apa dekat Noah?"

"Tak. Cikgu tu tak pernah cakap apa-apa dekat Noah. Sebab masa tu, kaki Noah okey lagi. Mungkin sekarang cikgu tu tengok Noah dah lain. Dia layan Noah macam tu saja. Macam terpaksa," jawab Noah dengan nada suaranya perlahan.

"Haih... papa tak sangka wujud cikgu macam ni dekat sekolah. Sepanjang Noah sekolah tahun ni, tak ada apa-apa. Tiba-tiba Noah dah macam ni, dia suka-suka hatilah nak rendahkan semangat Noah. Suka hati nak cakap anak papa macam-macam. Apa dia ingat dia cikgu, dia boleh buat sesuka hati sajalah?" marah Rery. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

"Aku senang cerita je, Ry. Esok kita berdua pergi sekolah. Bawa dia orang ni sekali. Jumpa pengetua dengan cikgu tu. Tanya. Dan mintak dia jawapan, kenapa dia buat Noah macam tu. Eusoff pun tempias sekali. Aku tak boleh duduk diam malam ni. Rasa nak pergi sekolah sekarang aje. Tak tenang aku nak tidur malam ni. Tak patut buat macam ni. Biarkan budak-budak kat padang. Lepas tangan macam tu. Cikgu apa macam tu." Julian sudah mula mencelah setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Memerhatikan Rery dan Noah saja dari tadi.

Rery menganggukkan kepalanya. "Memang. Aku esok masuk lambat. Nanti aku inform dekat PA aku. Esok Noah dengan Eusoff tak perlu pergi sekolah. Pakai baju biasa saja datang ke sana. Honey dengan Mel nak ikut ke?"

Aku dan Melina serentak menganggukkan kepala. Semestinya aku nak ikut. Aku nak tengok juga wajah cikgu yang bercakap tak bertapis dekat anak aku ni.

"Esok pukul sembilan pagi kita pergi. Kita breakfast dekat-dekat dengan sekolah saja. Lepas tu, terus pergi sekolah."

"Okey, biy." Aku menganggukkan kepala.

"Aku dengan Melina tidur dekat sinilah malam ni. Senang esok terus gerak sekali," ujar Julian.

"Boleh. Kau tidurlah dekat bilik tamu tu macam biasa. Eusoff boleh tidur dengan Noah. Ada teman dia malam ni." Rery menganggukkan kepalanya. Noah yang duduk di atas riba hanya menyepikan diri. Dia bersandar pada Rery sambil memeluk leher papa kesayangannya itu.

Tak sampai beberapa minit, Julian dan Melina meminta diri untuk beristirahat di dalam bilik memandangkan sudah larut malam. Aku membawa anak-anak aku masuk tidur. Rery pula aku nampak dia terus masuk ke dalam bilik. Mungkin masih lagi panas dengan cerita tadi. Dia memang pantang kalau sesiapa menyentuh anaknya. Tidak bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi. Tambahan pula, dengan sikap seorang cikgu yang lepas saja mulutnya. Ibu bapa mana saja yang tak sakit hati. Dah macam-macam sekarang yang berlaku, semuanya terpampang dekat dada akhbar. Ada yang ibu bapa serang cikgu. Ada yang cikgu selamba saja pukul anak murid. Haih...

Sesudah memastikan anak-anak sudah tidur dengan nyenyak, aku menyusun langkah masuk ke dalam kamar aku dan Rery. Kelihatan suamiku itu sedang berdiri di balkoni. Perlahan aku mendekatinya. Pinggangnya aku rangkul dari belakang. Rindu.

"Honey... terkejut biy. Dah tidur dah kids?"

"Sudah. Biy termenung apa? Jauh sangat sampai tak sedar honey masuk bilik."

"Pasal Noah. Eusoff. Kenapa cikgu tu buat dekat anak biy macam tu? Biy tahan je marah biy tadi. Tak nak kids takut. Pada masa yang sama, biy sebak tengok lebam dan luka dekat badan Noah macam tu. Teruk tu sayang. Biy pun tak pernah sentuh anak biy sampai macam tu sekali. Marah pun jauh sekali." Ada getaran di hujung nada suara Rery. Aku tahu dia sedih melihat keadaan Noah seperti itu.

"Ya, biy. Honey tahu. Honey sendiri yang ambil dia dekat sekolah tadi. Rasa macam nak pitam saja. Mujur honey gagahkan diri. Masa tu honey tak fikir apa dah. Terus saja bawa pergi klinik. Waktu doktor selak aje baju sekolah dia, lemah satu badan honey masa tu. Kalau ikutkan hati, dah terjatuh dah."

Rery memusingkan tubuhnya menghadapku. Dia menarik aku ke dalam dakapannya. Perlahan aku membalas pelukannya. Tangan kanannya mengusap kepalaku lembut. "Biy tak suka. Tak suka tengok orang yang biy sayang dalam keadaan sakit macam tu. Lagi-lagi anak biy sendiri yang masih kecik. Apa tak ada sifat belas kasihan ke, dalam hati dia orang?"

Aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Suara Rery pun sedih sangat. Mengundang perasaan sebak di dalam hati aku. Aku hanya mampu mengusap belakang tubuhnya. Cuba mengurangkan perasaan sedihnya.

"Tak apalah. Benda dah jadi. Esok kita akan selesaikan kes ni. Dan biy ingat nak tukarkan Noah sekolah. Cari sekolah yang betul-betul sesuai dengan dia. Soal bayaran biy tak kisah. Selagi biy ada. Biy kerja. Biy mampu tanggung honey dengan anak-anak."

Aku menganggukkan kepalaku. Setuju dengan apa yang Rery katakan. Noah sendiri kata yang dia tidak mahu bersekolah di rumah. Dia tetap mahu belajar di sekolah. Jadi, Rery hormat keputusan anaknya itu dan memutuskan untuk memindahkan saja Noah ke sekolah lain. Yang boleh menerima Noah dalam keadaan sekarang ini.

"Ya, biy. Honey ikut saja apa yang biy putuskan. Sekarang ni, jomlah kita berehat. Biy dari balik tadi tak berehat. Terus saja buat perbincangan. Esok kita nak keluar pagi," ajak aku dengan lembut sambil menarik lengannya masuk ke dalam bilik semula. Pintu gelangsar aku tarik kemudian dikunci.

"I love you, honey. I miss you much." Rery mencempung tubuhku dari belakang. Mujur saja aku tak menjerit. Terkejut aku dibuatnya.

"Biy ni, terkejut honey la."

Rery tertawa kecil. Dia menggeselkan hidungnya ke hidungku.

"I miss and love you more, biy. Siapa suruh balik lambat sangat hari ni?" Aku mencebikkan bibir. Dahiku dilekapkan ke dahinya. Wajah kami terlalu dekat sehingga terasa deru nafas hangat masing-masing.

"Sorry, sayang. Biy siapkan semua kerja yang menimbun. Jumpa klien besar hari ini. Esok biy masuk lambat. Tapi biy janji yang esok biy balik awal, okey?"

Aku tersenyum. Kepala diangguk sekali. "Janji okey? Nak manja dengan biy. Rindu sangat."

Rery tersenyum senget. "Sekarang pun boleh manja. Tengok honey manja macam ni. Penat biy pun tiba-tiba lesap."

Aku ketawa. Dadanya aku tampar dengan manja. "Lain macam aje nada suara tu. Tiba-tiba saja meleret. Kenapa? Ni mesti nak request untuk malam ni, kan?"

"Perchè no? Possiamo? (Why not? Can we?)" soal Rery dengan kening kanannya diangkat-angkat beberapa kali.

"Sei così cattivo, maritino. (You're so naughty, biy.)"

Rery melepaskan tawanya. Perlahan dia membaringkan tubuhku di atas katil. Kemudian dia merebahkan dirinya bersebelahan denganku. Tubuhnya mengiring menghadapku sekali gus kepala ditongkat menggunakan tangan. Dia bermain dengan helaian rambutku menggunakan jari telunjuknya.

"Biy kadang-kadang terfikir bila biy termenung sorang diri dekat pejabat. Aku dah kahwin. Dah ada tiga orang anak. Macam tak percaya saja. Dan mungkin anak aku akan bertambah lagi. Kan honey?"

Aku tertawa kecil. Kepala diangguk sekali. "Insya-Allah, biy. Ada rezeki. Janji biy sentiasa ada dengan honey."

"I'm promised, sayang. So, don't worry. Biy dah tak akan jauh dari honey lagi dah. Trust me, okay?"

"Okay. I trusted you, biy. Always." Aku mengucup tangannya berkali-kali lalu dilekapkan pada pipiku.

"Tapi biy perasanlah perubahan biy sendiri."

Aku menjongketkan kening. "Perubahan apa?"

"Biy sekarang kuat sangat makan. Perut ni asyik lapar saja. Lepas tu, hidung ni ada saja tak kena bau. Tekak biy pun rasa macam payau-payau macam tu. Kena makan asam baru hilang rasa tu. Baru biy ingat dekat pejabat tadi, biy pernah kena macam ni waktu honey pregnantkan twins."

Aku terdiam seketika. Perlahan telapak tanganku mendarat pada perutku sendiri. Aku mengandung ke? Kalau dah Rery yang terkena alahan ibu mengandung macam tu. Mesti aku tengah berbadan dua sekarang ni. Aku saja yang tak sedar. Aku pun tak ingat kali terakhir aku period bila. Mungkin dua bulan yang lepas? Kira dah lewat dua bulan.

"Erm... biy dah mengantuk ke?"

"Kenapa?"

"Honey rasa macam nak check sekejaplah. Ada satu pregnancy test yang honey simpan. Bila biy cakap macam tu, macam tergerak hati nak check. Lagipun honey dah dua bulan lewat datang period."

Rery ternganga kecil. "Haa... seriously?"

Aku menganggukkan kepala.

"Pergilah checkBiy tunggu. Cepat, cepat!" Teruja Rery.

"Jangan teruja sangat. Nanti karang kecewa. Tunggu sekejap."

Rery menganggukkan kepalanya. Aku bangun lalu mendekati laci almari. Satu pregnancy test yang masih tidak digunakan lagi diambil. Kemudian aku melangkah masuk ke dalam kamar mandi. Dalam hati, tidak sudah-sudah berdoa keputusan yang diperoleh nanti dapat menggembirakan hati kami berdua.

15 minit sudah berlalu dengan pantas. Mata aku pejamkan seketika. Di tanganku terdapat pregnancy test yang sudah aku gunakan tadi. Fuh! Berdebarnya!

Perlahan-lahan aku mencelikkan mataku. Terkaku aku seketika melihat keputusan yang terpapar pada pregnancy test itu.

Pregnant 3+

Aku pregnant! Memang betullah. Rery yang terkena alahan ibu mengandung sama seperti aku mengandungkan kembar. Tanpa berlengah, aku terus saja melangkah keluar dari kamar mandi. Mendapatkan Rery yang sedang termenung di atas katil.

"Biy, here's the result. Jangan menjerit tau. Dah malam. Nanti kids terbangun."

Rery mengambil pregnant test itu lalu dibawa dekat ke penglihatannya. Lama dia berdiam diri sebelum bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Kepalanya didongakkan ke arah aku. Pantas dia berdiri lalu tubuhku dipeluknya erat. Wajahku dicium-ciumnya beberapa kali.

"Alhamdullilah. Syukur, Ya Allah. Terima kasih, honey. Malam ni, biy dapat berita yang sangat menggembirakan. I'm gonna be a father again!" ujarnya dengan penuh teruja.

Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepala beberapa kali. Tak sabar nak beritahu abang, Melina dan juga anak-anak aku. Ya Allah... terima kasih atas rezeki yang Engkau bagi.

"Lepas balik dari selesaikan kes tu, kita pergi check up. Okey?" beritahu Rery.

"Habis tu, biy masuk lambat sangatlah nampaknya."

"Tak apa. Biy ambil cuti satu hari esok. Sekejap lagi biy inform PA biy. Kerja biy pun dah siap. Cuma kalau esok biy tak sure sangat. Harap tak adalah banyak sangat kerja."

"Yay! Boleh spend time dengan biy, kan?"

"Anything for you, sayang. Nak jalan-jalan pun boleh. As long as you happy. I will happy to for you and kids."

Aku tersenyum lebar. Tubuhnya aku peluk erat. Lama aku merenung wajah Rery. Dalam hati aku berdoa agar Allah terus menjagakan suamiku ini untukku dan anak-anak. Kekalkan hubungan bahagia kami ini sehingga ke jannah kelak. Sungguh aku sangat menyayangi keluarga aku ini. 


Previous: MP 69
Next: MP 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.