MP 28

LAMA aku merenung ke arah skrin telefon bimbit milik Chen. Sudah 20 minit aku membaca info yang dihantar oleh anak buah Chen melalui WhatsApp. Rupa-rupanya Adamo punca semua ni. Dengan anak sendiri pun dia sanggup buat macam ni. Dua tahun yang lalu, Rery balik ke Itali atas beberapa sebab. Satu sebabnya, dia sudah lama tidak balik ke Itali, Adamo dah bising. Dan yang kedua, dia sudah dapat bau yang aku ni Juliana Adra. Dia juga ada mengupah orang untuk mencari Juliana Adra. Bila dia nak balik semula ke sini, dia diculik oleh orang upahan bapa kandungnya sendiri dan menyembunyikannya di dalam hutan tersebut selama dua tahun.

Rery terseksa disebabkan aku. Salah aku ke? Kenapa aku rasa serba-salah sangat sebab dah buruk sangka dekat dia? Betul cakap Chen, yang jahatnya si ayah. Tak semestinya seluruh ahli keluarga dia jahat. Aku pun dah fobia sebenarnya. Sebab tu fikiran aku cepat sangat bersangka buruk. Tak apalah, nanti aku nak minta maaf dekat Rery. Dia juga salah seorang yang prihatin pasal aku.

"Adamo ni iri hati dengan papa, kan? Sebab tu dia buat semua ni. Ni mesti kes harta. Datuk masih ingat Adra tak?" soal aku kepada Chen yang sedang duduk bertentangan aku.

"Ya. Harta. Kalau tak disiasat sekalipun kes ni, Chen dah tahu yang semuanya berkaitan dengan harta. Adra masih ingat lagikan kata-kata Chen? Duit ini mampu menguasai hati manusia sehingga hitam sepenuhnya."

Aku menganggukkan kepala. Ya, semestinya aku masih ingat lagi. Dengar saja pasal duit, secara automatik aku ingat pesanan Chen.

"Mama... Uncle Rery sakit!" jerit Eusoff dari jauh dengan nada cemas. Segera aku berlari ke arah ruang tamu semula bersama Chen.

"Rery..." Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Tubuhnya sedikit menggeletar. Dahinya aku sentuh lembut.

"Awak demam," ujar aku sambil mengusap wajahnya. Spontan weh!

"Jangan tinggalkan aku, Juliana."

Terkejut aku mendengar suara serak garau milik Rery. Akhirnya dia bersuara semula. Perlahan aku menganggukkan kepala. Aku kerling ke arah Chen yang berlari anak ke dapur. Mesti ambil sebesen air dan kain untuk letak dekat dahi Rery.

"Ya awak. Saya dekat sini. Awak okey?"

Rery sekadar menganggukkan kepala. Tiba-tiba saja, tangannya naik menyentuh pipi aku. Apa dia nak buat dengan aku ni? Cuak pula rasanya. Aura dia lain macam.

"Aku rindu kau, Juliana," bisiknya perlahan membuatkan aku terkaku. Sentuhannya seolah-olah ada daya tarikan magnet membuatkan bulu roma aku merinding tinggi.

"Awak ingat saya, Rery? Saya Aara Malika sebelum awak tahu saya Juliana Adra," ujar aku. Tak tahu sebenarnya nak cakap apa dah.

Perlahan dia menganggukkan kepala. Anak matanya yang redup masih lagi merenung ke arah aku. Jarinya yang berada pada kulit wajahku, lembut mengelus pipiku.

"Aku rindu kau. Aku masih ingat lagi kau masa kecil. Aku nak sangat jumpa kau semula. Sebab tu, aku cari kau. Kau tahu tak... kau penghibur hati aku waktu kecil."

Aku tersenyum kecil. Sedih betul yang aku langsung tak ingat apa-apa. Yelah, waktu tu aku baru saja tiga tahun. Dia orang semua dah budak-budak. Memori itu mungkin masih kuat lagi walaupun dah meningkat dewasa.

"Janji jangan tinggalkan aku lagi, budak kecik."

Aku terdiam. Budak kecik? Dia panggil aku budak kecik? Eh, kecik sangat ke aku ni? Haish! Ni boleh cari gaduh.

"Saya dah besarlah. Siapa suruh lambat jumpa saya?"

Rery tersenyum nipis.

"Siapa suruh kau menyorok jauh sangat? Dari Itali ke Malaysia. Kau ingat dekat?"

Eh, mamat ni. Sakit-sakit pun nak cari gaduh dengan aku ke? Haish!

"Mana saya tahu. Entah jebon mana yang campak saya dekat Malaysia. Okey lagi ke Malaysia, kalau saya tercampak dekat Antartica macam mana?"

"Aku cari lepas tu aku mintak lemak daging kau balik supaya aku tak kesejukan."

"Oh, awak biar jelah saya mati kesejukan?" Aku masih tidak mahu mengalah. Kejadian ni pernah terjadi dekat pejabat dua tahun lepas. Dia memang suka cari pasal dengan aku!

Rery tertawa sebelum tawanya mati. Dia meringis kesakitan sambil memegang perutnya yang berbalut. Aduh... lupa pula aku. Aku ni pun satu. Boleh pula melayan!

"Err... sorry. Sakit, ya? Dah dah rehat. Jangan nak ketawa sangat."

Rery diam. Dia memejamkan mata lama. Dahinya berkerut nipis mungkin sedang menahan rasa pedih pada lukanya itu. Serba salah pula aku dibuatnya.

"Sorry, ya?" Aku mengurut lembut dahinya. Mana tahu sakitnya boleh hilang sedikit. Acah aje aku ni.

"Kuat sikit..."

Aku mencebik. Amboi! Sedapnya dia menyuruh aku. Tak apa. Nasib baik kau sakit, Rery. Kalau tidak, lama dah aku sakat kau balik.

"Rae mana? Julian?"

"Rae dengan Julian dekat Malaysia. Julian ada kerja. Rae saya tak pasti sebab dia dah anti dengan saya."

Rery membisu. Langsung tak jawab apa-apa. Dia tak nak pula tanya aku apa yang berlaku dua tahun lepas? Aku ni masih status isteri kepada Ivander pun dia tak tahu lagi. Aku dah minta Ivander ceraikan aku dari dua tahun yang lepas. Tapi, sampai sekarang dia buat tak tahu saja. Surat permohonan banyak kali dia tolak. Macam bodoh aje. Sekarang ni, Julian lah yang tolong aku untuk lepaskan diri daripada Ivander. Tunggu masa saja.

"Baring sebelah aku. Aku tak nak kau pergi mana-mana...," ujar Rery sambil menarik lengan aku supaya rebahkan tubuh di sebelahnya. Dia fikir aku ni single macam dulu ke? Aku ni dahlah masih memegang title Mrs. Princeslon. Isteri kepada Ivander. Ada juga orang cup aku sebagai playgirl.

"Rery, saya dah tak macam dulu. Saya tahu yang awak tak tahu pasal benda ni. Saya dah berkahwin dengan Ivander. Tu anak saya dengan Ivander. Nama dia Noah Al-Qadr."

Rery merenung aku dengan renungan yang suka aku tafsirkan. Dia terkejut ke? Tapi, tak nampak pun reaksi dia macam terkejut. Mungkin tergamam?

"Kau kahwin dengan Ivander? Sebab?"

Aku melepas nafas panjang. Panjang betul aku nak bercerita dekat dia. Nak mula dari mana, ya? Boleh ke aku percaya dekat dia ni?

"Kenapa kau diam? Kau memang ada hati dengan Ivan ke?" teka Rery.

"No way! Saya tak pernah ada hati dekat dia langsung. Saya kena perangkap dengan dia. Dia perkosa saya sampai saya mengandungkan Noah. Lepas tu, mak dan Jess paksa saya kahwin dengan Ivan. Alasan sebab saya dengan Ivan dah bersama." Terpaksalah aku cerita dekat Rery secara terperinci. Aku tak nak dia salah faham macam Rae. Anggap Aara Malika seorang yang pengecut dan lemah!

"Kau... kena perangkap?"

Aku menganggukkan kepala.

"Ivan perangkap kau?"

Angguk lagi.

"Habis semua percayakan dia? Tak ada orang yang percayakan kau?"

"Ada. Julian dengan Melina saja yang percayakan saya. Awak tahukan Ivan tu macam mana. Julian sendiri beritahu saya yang Ivan dengan Jess tu licik. Dia orang sebenarnya perangkap saya sebab nakkan anak. Nak anak untuk mewarisi harta. Saya pun bukan faham sangat bab-bab harta ni. Tapi, semuanya berlaku berpunca kerana harta."

Rery terdiam buat beberapa saat. Aku terdengar nafasnya mendesas-desus. Marah ke?

"Kau kena jumpa dengan datuk. Datuk dah lama tunggu kemunculan kau. Hari-hari dia berharap yang kau masih hidup. Dan doa dia termakbul. Kau pewaris tunggal Handerville masih hidup sampai sekarang."

Aku sekadar menganggukkan kepala.

"Kalaulah ayah awak tu tak buat semua ni, semua ni tak akan terjadi, kan? Kenapa ayah awak tegar buat semua ni? Tak cukup ke dengan harta yang dia ada?" Tanpa sedar, aku melepaskan amarah dekat Rery. Sudahlah dia baru saja nak sihat. Belum sihat sepenuhnya lagi.

"Erm... maaf..."

"Tak apa. Memang patut pun kau marah. Kalau aku jadi kau pun, aku bukan setakat marah saja. Aku balas balik apa yang dia buat. Aku tahu, dia yang culik dan seksa aku selama dua tahun disebabkan aku ugut dia."

Pantas aku merenung wajahnya. Rery ugut ayah dia sendiri?

"Awak ugut apa? Sampai awak sanggup kena seksa. Awak ni Rery memang gilalah."

Rery ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya.

"Memang aku gila, Ju. Kau tahu tak masa tu aku budak-budak. Aku selalu tunggu kau datang untuk bermain bersama-sama. Aku dah janji dengan kau masa tu yang aku akan sayang dan jaga kau sampai aku mati. Tapi, kau tak datang-datang pun. Setiap hari aku tunggu kau, Ju. Aku rindu nak main dengan kau. Aku rindu nak buatkan kau susu. Aku layan je kau main Barbie. Even aku budak lelaki. Sampai Rae sendiri ejek aku, aku main mainan budak perempuan. Aku tak kisah pun semua tu. Sebab aku dah sayang sangat dekat kau, Ju. Pernah dulu aku cakap, yang nanti kita dah besar. Aku nak kahwin dengan kau. Kau ingat aku tak rasa perit ke? Setiap hari tanpa jemu, aku tunggu kau balik. Sampai ayah aku suruh aku lupakan kau. Masa tu aku tak terfikir pun yang ayah aku tu sanggup nak buat semua ni. Dia sanggup bunuh datuk dengan nenek aku, Ju. Dia ugut mak aku. Macam-macamlah dia buat semata-mata demi harta keturunan kita."

Aku terdiam sejuta bahasa. Hati aku tersentuh saat mendengar setiap ayat yang terpacul dari bibir Rery. Dia tunggu aku setiap hari. Dia sayangkan aku. Bahkan, dia dah janji nak kahwin dengan aku? Kenapa aku langsung tak boleh ingat sedikit pun memori kami bersama?

"Rery..."

"Dulu kau suka panggil aku Abang Ayif. Sebab arwah mak kau dululah yang ajar kita orang berdua Bahasa Melayu. Kalau tak, kita orang tak tahu pun nak cakap Melayu macam mana. Boleh dikatakan, aku dah anggap arwah mak dengan ayah kau tu macam keluarga aku sendiri. Agaknya lebih daripada keluarga aku sendiri. Sebab ayah aku sendiri pun tak layan aku macam mana ayah kau layan aku."

"Abang Ayif..."

Rery menganggukkan kepalanya perlahan. Aku nampak air matanya bergenangan di tubir matanya.

"Kau nak tahu apa yang aku ugut dekat ayah aku sendiri?"

Perlahan aku menganggukkan kepala.

"Aku suruh dia ceritakan hal yang sebenar. Dah 20 tahun dia simpan cerita tu. Dan sampai sekarang dia bebas. Aku tak minta ayah aku dipenjarakan tapi dia dah buat banyak kesalahan sepanjang dia bebas. Kau rasa aku tak malu ke dapat ayah macam dia? Aku ugut dia. Kalau dia tak nak bongkarkan sendiri, biar aku yang buat."

Tak dapat aku menahan rasa sebak lagi. Perlahan-lahan aku melepaskan tangisan sambil memeluk tubuh Rery. Walaupun aku tak ingat kenangan kami bersama, apa yang Rery cerita semuanya menusuk ke kalbu aku. Semakin lama hati aku semakin dihurungi dengan perasaan sebak.

"Shuh... jangan menangis, Ju. Aku sayangkan kau. Aku cerita semua ni sebab tak nak kau salah faham. Aku percayakan kau, Ju. Sampai sekarang hati aku hanya untuk kau. Waktu pertama kali kita bertemu, hati aku kuat mengatakan yang kau adalah Juliana Adra yang selama ini aku tunggu dan cari. Rupa-rupanya memang betul itu kau."

Perlahan aku mengangguk. "Maafkan, Ju." Tanpa sedar aku terbiasa pula dengan panggilan Ju. Tak kisahlah Ju atau Adra. Dua-dua sama saja. Ju hanya Rery saja yang panggil. Adra pula Chen dan Julian serta Melina.

"Ju..."

"Ya?" Kami saling bertatapan antara satu sama lain dengan tempoh yang agak lama. Seriau pula aku dibuatnya.

"Kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau. Kau kena bertanggungjawab."

Gulp. Punya payah aku nak telan air liur sendiri. Aku kena bertanggungjawab sebab dah buat dia jatuh cinta dengan aku?

"Ma... mana saya tahu. Saya tak suruh awak jatuh cinta dengan saya pun."

Rery menjegilkan matanya. "Tak suruh kau cakap? Perasaan tu kau rasa boleh sengaja-sengaja ke? Dah 20 tahun tau aku tunggu kau. Kau kenalah bertanggungjawab."

Fuh! Seriusnya muka Tuan Rery ni! Abang, tolong Adra. Mamat dingin nak Adra bertanggungjawab atas perasaan dia! Macam mana ni? Aduh...



Previous: MP 27
Next: MP 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.