MP 30

SELEPAS saja tamat perbincangan bersama nekma dan tokpa, aku dan Rery membawa dua orang cilik itu ke taman tasik yang berdekatan dengan rumah keturunan Handerville. Aku rasa sangat bersyukur yang Eusoff dan Noah disambut baik oleh mereka. Takut-takut juga kalau salah seorang daripada mereka disisihkan. Dia orang budak-budak lagi, tak tahu apa-apa pasal semua yang berlaku dalam dunia ni. Lagi-lagi bab duit dan harta keturunan. Kalau boleh, aku tak nak pun langsung ajar mereka pasal benda semua ni. Aku tak nak, anak-anak aku bila dah besar gila harta macam Si Adamo gila tu. 

"Jauh kau termenung," tegur Rery sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku. 

Pandangan aku tetap pada Eusoff dan Noah yang sedang bermain jongkang-jongket tidak jauh dari kami. Memang aku tak bagi dia orang main jauh-jauh. Orang jahat dahlah ramai sekarang. Sekelip mata saja, anak-anak aku boleh hilang kalau aku salah pandang.

"Fikirkan pasal Adamo. Kenapa dia sanggup buat semua ni? Kalau tak, mesti Ju dapat hidup dalam keluarga yang bahagia. Dengan arwah mama dan papa, kan?" suara aku sedikit bergetar. Menahan sebak yang tiba-tiba saja bertandang tanpa diundang ke dalam hatiku.

"Tak juga, Ju. Kalau arwah mama dengan papa kau masih ada dan juga kau. Ayah aku tu lagi tak akan duduk diam. Entahlah. Mungkin dia dilahirkan untuk menjadi manusia seperti itu. Aku tak mampu nak berbuat apa-apa. Mendengarkan kisah kau dengan Ivander pun dah cukup buat aku runsing."

Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah. Aku memang tengah sakit hati sekarang pasal Adamo. Entah bilalah aku dapat berjumpa dengan dia. Teringin juga aku nak berdepan dengan dia.

"Kau tahu, lepas berita kemalangan dan kehilangan kau disebarkan. Macam-macam yang terjadi. Aku, Rae dengan ibu aku kena kurung selama bertahun-tahun. Makan apa aje yang ada dalam rumah tu. Kadang-kadang ayah aku tu sampai tak beli makanan langsung untuk kita orang. Hanya disebabkan ibu aku cuma tanya kenapa dia buat semua ni? Tak cukup ke lagi dengan harta yang dia ada? Kau rasa?" 

Aku masih lagi terdiam. Lebih kepada terkesima sebenarnya. Ya Allah, tegarnya Adamo buat keluarga dia macam tu? Kalau kawan baik sendiri pun dia sanggup bunuh, apa tah lagi keluarga. Arwah datuk dan nenek Rery dibunuh oleh Adamo sendiri. Anak sendiri bunuh mak dan bapak kerana harta. Allah... betapa hebatnya kuasa harta ini.

"Kau tahu Rae dekat mana sekarang?" soal Rery secara tiba-tiba.

"Dekat Malaysia. Dia uruskan..."

"Tak. Dia dekat sini. Chen sendiri beritahu aku. Yang adik aku sekarang ada dekat Itali. Adik aku tu memang dah gila. Dia ingat ayah aku tu tak ada kumpulan ke? Dia nak serang ayah aku."

Sekali lagi aku membisu. Rae ada dekat sini? Nak serang Adamo? Eh, kejap. Kalau dia serang, peratus untuk Adamo mati boleh tahan juga. Mana boleh! Aku nak jumpa Adamo dalam keadaan masih hidup. Kalau mati, tak puas hatilah aku!

"Eh, abang dapat hubung dia? Jangan dia buat apa-apa. Ju nak jumpa dengan Adamo tu depan mata!" Daripada duduk, aku terus bangkit berdiri dengan wajah marahku.

"Jangan risau. Aku tak sentuh pun lagi. Aku baru aje sampai Itali semalam. Chill babe.

Tertoleh aku terus ke belakang. Rery pula pergi mendapatkan Noah dan Eusoff yang sedang seronok bermain. Aku tercengang melihat gerangan Rae yang berada di hadapan mata aku. Dia ni ada kuasa apa, ya? Sekejap hilang. Sekejap muncul. Suka-suka hati dia saja. 

"Oh, awak ke Rae? Selamat berkenalan." Aku tersenyum sinis. Buat pertama kalinya, Juliana Adra bertemu dengan Rae El-Sharif Princeslon.

"Nice to meet you, Juliana Adra. Aku tak sangka yang kau masih hidup. Aku fikirkan bapak aku tu dah berjaya bunuh kau sekeluarga. Rupanya dia bebal juga orangnya."

Aku tertawa kecil. Selamba saja dia mengutuk bapa kandung sendiri. Haih...

"Awak pun bebal juga. Bapak borek, anak rintik. Percayakan sebelah pihak. Dan juga, merendahkan semangat orang." Sejak bilalah, aku ni pandai nak menyindir orang. Fuh! Sejak dah jadi diri sendiri ni. Aura tu lain macam tau!

Rae merenung aku lama. Anak mata kami saling bertatapan antara satu sama lain.

"Jangan nak renung lama sangat bakal bini aku. Kau tu cari perempuan lain yang sama spesies dengan kau. Suka-suka kau je buat bakal bini aku macam tu." Rery mencelah sebaik saja mengambil Noah dan Eusoff di taman permainan.

"Bakal bini?" soal Rae dengan nada sedikit terkejut. Aku langsung tak terkejut pun. Sebab aku tahu, Rery tak akan mengalah macam tu saja. Lagipun dia suruh aku bertanggungjawab akan perasaan dia.

"Ya," jawab Rery sepatah. 

Aku perhatikan Rae. Lama betul dia membisu. Tak akanlah terkejut sangat yang abang dia nak kahwin? Eh, bukan nak kahwin. Baru ada calon isteri nak berkahwin.

"Tak sangka aku yang kau masih simpan perasaan kau untuk Ju." Rae tersenyum senget ke arah Rery.

"Kau apa tahu? Sudahlah. Kau nak ikut kita orang balik ke apa? Kau stay mana semalam?" 

"Rumah kita." 

Rery yang baru saja ingin melangkah, terus terbantut langkahnya. Laju dia mendongakkan kepala, merenung wajah Rae.

"Kau... kau balik rumah kita?" 

Rae angguk. "Rumah tu dah lama kena tinggal. Saja aku singgah. Lagipun aku rindu dengan suasana rumah tu. Aku rindu ibu..."

Rery terdiam. Aku pun lupa nak tanya yang ibu Rery dan Rae ni dekat mana? Tak ada pula Rery bercerita pasal keberadaan ibu dia dekat aku.

"Ma... mana ibu..."

"Ibu aku dekat Itali juga. Cuma kami tak dapat kesan keberadaan dia. Ayah aku yang sembunyikan dia daripada pengetahuan kami dan juga orang lain. Dia takut yang ibu akan bongkarkan rahsia dekat nekma dan tokpa. Walhal, benda tu dah terjadi pun. Nekma dengan tokpa dah tahu dah semua hal ni. Bapak aku je lembap."

"Kesiannya. Abang tak suruh Chen carikan?" 

Rery menganggukkan kepalanya sekali. "Dah, aku dah suruh dia carikan dan bawa ibu ke rumah kau tu. Boleh, kan?"

"Eh, apa tak bolehnya. Boleh sangat. Ibu abang, ibu Ju juga, kan? Yelah, Ju tak ada..."

"Dah, dah tak payah nak buat ayat sedih sangat. Ibu kita orang, ibu kau juga. Nak anggap Adamo tu bapak kau sekalipun boleh." Rae memerli.

"Eii... tak nak Ju..." Laju aku menggelengkan kepala. Rae selamba saja mentertawakan aku. Rery mendukung kedua-dua orang anakku. Aku hanya mengekori mereka dari belakang saja.

MALAM itu, aku meminta tolong Chen supaya membawa adiknya datang ke rumah untuk menjaga Noah dan Eusoff sepanjang aku keluar nanti bersama Rery dan Rae. Hari ini, kami akan ke satu tempat. Tempat yang agak tersorok dan merupakan port Adamo dan kumpulannya selalu lepak di situ. 

"Dah bersedia nak jumpa bakal ayah mentua?" perli Rae sambil mengilap badan pistol menggunakan kain kecil. 

Aku mencebik. Suka-suka aje nak perli aku. Karang aku smackdown nanti. Tak cukup nafas dibuatnya. 

"Tak payah nak perli dia. Aku pun tak nak mengaku dia ayah aku." Rery yang menjawab bagi pihak aku. Dah banyak kali dah Rery backup, kalau-kalau Si Rae ni cari pasal dengan aku. 

"Tuan, malam ni ngam-ngam Adamo akan datang ke sana bersama kumpulan dia. Tuan yakin nak pergi hanya bertiga? Tidak perlukan backup?" Chen terus memotong percakapan kami. Dia melangkah mendekati Rery untuk menunggu jawapan daripada Rery.

"Hurm... kau boleh cover kami?"

Chen menganggukkan kepalanya. "Boleh. Berapa orang yang tuan perlukan?" 

Rery memejamkan matanya seolah-olah berfikir, berapa bilangan orang yang diperlukan untuk ikut bersama kami. Mungkin diperhatikan secara jarak jauh.

"Aku rasa dalam 10 orang, okey. Pantau dari jauh aje. Jangan masuk campur selagi tak kecoh. Aku berjumpa mungkinlah secara baik. Kalau suasana tu rasa macam dah mula tegang, barulah bersedia untuk tindak balas apa-apa."

Chen menerima arahan. Kepalanya diangguk-angguk beberapa kali. Bibir aku perlahan tersungging sebuah senyuman. Tak sabar aku nak berdepan dengan Adamo. Aku dah bersedia sangat nak hamburkan semua kemarahan aku dekat dia. Mesti dia terkejut yang Juliana Adra Handerville masih hidup.

Rise to shine, Adra.


Previous: MP 29
Next: MP 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.