MP 24

APA yang Julian beritahu bagaikan masuk telinga kanan kemudian keluar melalui telinga kiri. Dalam pemikiran aku hanya memikirkan tentang Noah. Julian beritahu aku yang Noah sekarang berada di Itali bersama Ivander dan Jessica. Macam mana dia orang boleh bawa anak aku sejauh itu? Dengan keadaan anak aku yang masih menyusu. Memang dia orang dah gila. Selfish!

"Adra..."

"Aara... Adra nak ubah kehidupan Adra. Abang kena tolong Adra. Adra nak tengok sejauh mana dia orang boleh bergembira atas kebahagiaan orang lain. Adra tak akan biarkan Noah selamanya di tangan dia orang. Adra akan bangkit demi Noah cepat atau lambat. Abang kena tolong Adra. Abang saja harapan Adra."

"Baik. Kalau itu keputusan Adra, abang akan bantu Adra sebaik mungkin. Adra jangan risau tentang Noah. Dia akan baik-baik saja. Kita tak boleh main serbu dengan orang yang licik macam dia orang tu. Bahaya. Silap-silap ada nyawa yang menjadi taruhan."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Bibir aku ketap perlahan. Tak apa. Noah tetap anak aku. Darah daging aku. Buat masa ni kau menang, Ivander. Aku mengalah tak bermakna aku kalah. Kau silap mainkan oranglah, Ivan. Aku akan pasang strategi untuk aku rampas hak aku yang korang dah bolot. Orang macam korang ni tak selalunya mendongak ke atas, satu hari mesti akan tertunduk sampai tersungkur nanti.

"Adra nak abang matikan Aara Malika. Hidupkan Juliana Adra. Abang beritahu media sosial tentang kemunculan Juliana Adra. Adra nak pergi Itali. Mulakan hidup baru dekat sana, sambil tu Adra nak perhatikan anak Adra."

Julian tersenyum. Aku tahu dia berpuas hati dengan tindakan aku sekarang ni. Aku bukan nak biarkan Noah selamanya di tangan Ivander dan Jessica. Jangan harap aku akan lepaskan dia orang lepas apa yang dia orang dah buat dekat aku. Mak? Aku tak nak ambil tahu buat masa ni. Dia pun dah tak pedulikan aku. Buat apa aku nak pedulikan dia lagi? Dia bukannya mak kandung aku. Mama dengan papa dah lama meninggal dunia kerana kemalangan 20 tahun lepas. Hati kuat mengatakan yang kemalangan aku tu bukan sebarang kemalangan. Kemalangan yang sudah dirancang. Dan aku perlukan jawapan, macam mana aku boleh tercampak di Malaysia. Tak semudah itu, aku nak berdiam diri lagi.

Aku bukan lagi Aara Malika. Aara Malika dah mati. Sekarang, muncul Juliana Adra yang selama ini menjadi pencarian orang. Terutamanya di Itali.

"Abang dah minta tolong kawan abang. Dalam masa terdekat ni, kita akan berangkat ke Itali. Tapi, sebelum tu abang nak beritahu Adra. Penampilan Adra..."

"Adra tahu. Adra akan ubah penampilan Adra. Jangan risau. Bukan lagi gaya kampung yang selalu Aara Malika bawa." Bibirku tersungging sebuah senyuman penuh tersirat. Aku dapat rasa Julian tahu apa maksud di sebalik senyuman aku.

"I love your new edition, Adra. My little sister is comeback."

MATAKU meliar melihat suasana Leonardo Da Vinci International Airport. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Itali. Tak sangka yang aku sekarang berada di Itali. Negara kelahiran aku sendiri.

"Adra, are you ready?"

Aku tersenyum kecil. Misi aku sebaik saja sampai di Itali adalah untuk mencari Noah. Julian ada beritahu aku yang Ivander dan Jessica sekarang berada di rumah keluarga Princeslon. Bercakap pasal keluarga Princeslon, aku tertanya-tanya tentang Rery. Ke mana dia menghilang setelah sekian lama?

"Abang, mana Rery pergi ya?"

Air muka Julian berubah saat nama Rery disebut. Kenapa dengan Rery? Dia orang bergaduh ke?

"Dia... dia sibuk kerja. Uruskan syarikat. Adra lapar tak? Need something to eat?"

Aku sekadar menganggukkan kepala. Pelik dengan tingkah laku Julian. Kenapa bila aku tanya pasal Rery, dia macam nak tak nak jawab? Ada apa-apa jadi dengan Rery ke? Kalau Rae tu, aku dah tahulah dia dekat mana. Semestinya dia sibuk dengan syarikat keluarga dia dekat Malaysia tu. Aku pun dah malas nak ambil tahu pasal dia.

"KERJA dekat pusat asuhan?" soal aku dengan kerutan di dahi. Sampai-sampai Itali saja terus kena kerja. Wah! Aku fikir baru aje nak berehat.

Julian menganggukkan kepalanya. Melina hanya memerhatikan kami manakala Eusoff tidur di dalam bilik. Kami sekarang berada di rumah persendirian milik Julian. Julian ni memang kaya dengan harta daripada arwah ayahnya sendiri.

"Sampai bila Adra nak tengok Noah secara tersembunyi macam tadi? Macam penjenayah nak merompak rumah orang. Better, Adra kerja di pusat asuhan. Abang dapat info dari orang upahan abang. Ivan dengan Jess akan hantar Noah dekat nursery tu. Dia orang tak adanya nak jaga Noah tu. Inilah masanya, Adra rapatkan diri Adra dengan Noah. Biar Noah dapat rasa Adra tu ibu kandung dia sendiri. Tanpa sedar, kita tarik semula Noah secara halus."

Aku terdiam sejenak. Kenapalah otak abang aku ni geliga sangat, ya? Aku pun tak pernah terfikir sampai ke situ.

"Ivan dan Jess akan upah seseorang untuk tengokkan Noah. Orang tu juga akan hantar Noah ke nursery. Yang paling menggembirakan Adra, orang yang abang maksudkan tu adalah orang upahan abang sendiri yang menyamar."

Aku bangun dari duduk sambil menepuk tanganku.

"Abang, otak abang memang bijak! Adra suka sangat dengan rancangan halus abang ni. Adra harap sangat Noah tak akan diapa-apakan oleh dia orang. Jangan harap dia orang akan selalu berada di atas. Satu hari nanti, giliran dia orang pula berada di bawah. Biar dia orang rasa apa yang Adra rasa selama ni."

Julian menganggukkan kepalanya. Ibu jarinya diangkat. Aku tersengih. Tak sabar nak jumpa Noah esok. Aku akan jumpa anak aku balik. Dan tanpa dia orang sedar, aku yang jaga anak aku. Dia orang tu semua bodoh. Nak mempergunakan anak aku tapi tak jaga betul-betul.

"Adra kena pandai berlakon. Jangan sampai terkantoi dengan sesiapa. Even Adra rapat dengan sesiapa pun, please jangan mudah letak kepercayaan dekat orang tu. Just be friend, not more than that."

Aku mengangguk-anggukkan kepalaku.

"Don't worry, abang. They will see a Juliana Adra so soon. And Noah will come back to me," ujarku sambil bibir tersungging sebuah senyuman penuh makna.


Previous: MP 23
Next: MP 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.