MP 52

DADAKU berombak laju. Badanku sudah lencun dengan peluh sendiri. Kepala dari tadi tidak berhenti menoleh ke kanan dan ke kiri. Aku sendiri pun tak tahu aku dekat mana sekarang. Cahaya di sekeliling aku langsung tidak membantu. Malap. Sedaya-upaya aku mengawal pernafasanku agar dapat menenangkan sedikit diri.

"Hello, anyone here?" soal aku dengan nada suara separa tinggi sehingga membuatkan suasana di sekelilingku bergema-gema.

"Hello...." Sekali lagi aku bersuara namun hanya sia-sia. Langsung tiada siapa yang menyahut.

Dap. Tap. Dap. Tap.

Dahiku berkerut nipis lantas tubuh dibawa paling ke belakang. Telingaku dapat menangkap bunyi derapan kasut seseorang dari belakangku.

"Who's there?" Aku melangkah setapak demi setapak. Mata membelingas mencari seseorang yang sepertinya berada dekat denganku.

"Argh!" Terundur setapak langkahku kala seseorang melangkah keluar di sebalik kegelapan.

"Biy? Is that really you?"

"Who are you?"

Saat itu juga, langkahku terhenti secara mendadak. Kerutan pada dahi semakin berlapis-lapis. Masakan Rery tak kenal aku? Kenapa dia boleh soal aku dengan soalan macam tu?

"I am Juliana Adra. Your wife."

Jelas kelihatan, dahinya seperti berkerut. Mungkin tidak dapat menerima jawapan yang aku berikan sebentar tadi.

"Don't fool me."

Terasa pedih hatiku tatkala mendengar omongannya itu. Dengan keberanian yang ada, aku melangkah perlahan mendekatinya. Aku cuba meraih tangannya. Namun, dia lebih pantas mengelak daripada terkena sentuhan tanganku.

"I don't know you," katanya lagi.

Dan ketika itu juga, air mataku mengalir perlahan ke pipi. Kalau ini semuanya mimpi, janganlah terjadi di dalam realiti. Sungguh aku tak mampu nak berdepan dengan situasi seperti ini.

"Mama, wake up. Azan subuh dah nak berkumandang tak lama lagi."

Terpisat-pisat aku mahu membuka mata. Terasa mataku basah. Daripada baring, perlahan aku mengubah posisiku kepada duduk.

"Mama, are you crying? Mama got a nightmare?" soal Ryan sambil jarinya mengusap sisa air mataku yang melekat pada pipi. Ryana yang berada di sebelahnya hanya memandang kosong ke arah aku.

"Ya, maybe. It's okay. Tu cuma mimpi. Terima kasih sebab kejutkan mama." Dahi Ryan dan Ryana aku kucup lama sebelum tubuh mereka aku tarik ke dalam dakapanku. Tidak dapat aku nafikan soal mimpi aku tadi. Sepertinya realiti. Membuatkan jantung aku berdegup tidak tentu arah.

Ryan sekadar menganggukkan kepalanya. Rajin betul anak kembar aku ni bangun awal daripada mamanya sendiri. Ya Allah.... Tak susahlah aku nak kejut dia orang bangun pagi. Memang sangat mudah.

LANGKAH disusun masuk ke dalam bangunan megah Princeville Holdings. Nafas ditarik kemudian dihembus dengan panjang. Setelah menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus ke sini untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Julian dan juga seorang lagi rakan koporat yang bekerjasama dengan Princeville.

"Ju."

Kepala aku tolak ke sisi. Kelihatan satu susuk tubuh yang sangat aku kenali sedang melangkah menghampiriku. Nampak saja dia, bibirku langsung tersenyum.

"Abang. Lama ke dah sampai? Sorry la, lambat sikit. Hantar dia orang pergi sekolah dulu tadi."

Julian menggelengkan kepalanya. "Tak adalah. Abang saja datang awal. Eusoff okey stay dengan Ju?"

"Okey saja. Tiada masalah. Dialah yang paling behave sekali sejak dah jadi abang, kan?"

Serentak Julian dan aku tertawa. Sama-sama kami mengorak langkah masuk ke dalam private lift. Private lift yang memerlukan passcode untuk melepasi ke tingkat atas. Hanya orang yang tertentu saja yang boleh menggunakan lif ini.

"Lukas dah sampai ke?"

"Erm, rasanya belum sebab masa abang sampai tadi. Tak nampak pula batang hidung dia tu. Dia tu susah sikit nak menepati masa."

Aku tertawa kecil. Kepala diangguk sekali.

Ting! Pintu lif terbuka lalu kami melangkah keluar dari kotak lif. Suasana di tingkat 47 ini agak sunyi memandangkan hanya pegawai yang mempunyai jawatan tinggi saja dapat menjejakkan kaki di atas sini.

"Hah, sampai pun!" tegur Lukas yang sedang menikmati kopi panas yang disediakan oleh seorang tea lady.

"Eh, Luk. Sejak bila kau sampai?" Julian berjabat tangan dengan Lukas.

"Dalam 15 minit yang lalu. Hari ni aku tersedar awal, jadinya aku dapatlah datang awal hari ini. Rery belum balik lagi ke?"

Aku sekadar menggelengkan kepala.

"Belumlah. Dia ada lagi dekat Venice tu. Tak habis-habis kerja dia tu." Julian mencelah.

Lukas mengusap dagunya sambil anak mata dipakukan ke arah aku. "Hari ini genap setahun tiga bulan dia dah dekat sana. Aku rasa dia dah boleh balik. Semalam aku baru aje terima e-mel daripada PA Rery dekat sana. Katanya dia orang dah jumpa wakil yang boleh dipercayai."

Aku tersentak. Tak semena-mena jantungku berdegup kencang. Teringat kali terakhir Rery membuat panggilan video bersama dengan aku dua bulan yang lepas. Ini bermakna, dah dua bulan Rery tak bertanya khabar tentang aku. Ke mana dia pergi? Tak pernah selewat ini, dia tidak membuat panggilan khabar. Paling lama aku pernah tunggu pun dua minggu saja. Ini dah dua bulan!

"Ju...."

"Juliana Adra."

Aku tersedar daripada lamunanku sendiri. Kepala aku dongak perlahan. "Sorry, abang cakap apa tadi?"

"Are you okay? Anything wrong?"

Aku geleng sekali. Tak mahu memberitahu perkara yang sebenar. Takut aku yang bertindak melulu. Mungkin Rery masih menguruskan kerjanya yang masih belum siap.

"Tak ada apa. Okey je. Cuma terkejut je tadi. Sebab Rery dah lama tak call Ju."

"Biasalah Rery tu. Busy sangat." Julian sepertinya mahu menyedapkan hati aku.

"Betul. Aku setuju apa yang Ian cakap. Macam kau tak kenal Si Rery tu. Suami kau sendiri. Workholic sangat walaupun umur dah nak masuk 40 series ni."

Aku buat-buat ketawa supaya dapat menutup keresahan yang terpancar pada wajah.

"Jomlah, kita bincang. Lepas tu, kita boleh lunch sama-sama." Lukas memberi cadangan.

Dan, jawapan yang kami berikan dengan anggukkan kepala. Bermaksud kami setuju dengan cadangannya. Sepanjang berbincang, aku lebih banyak mendiamkan diri dan kepala aku saja yang banyak bergerak. Sekejap angguk. Sekejap geleng. Selebihnya fikiranku melayang memikirkan keadaan Rery di Venice.

"Biybiy dah janji nak jaga diri, kan? Jangan buat honey risau dekat biy." 


Previous: MP 51
Next: MP 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.