MP 46

BAJU kurta berwarna maroon aku sarungkan pada tubuh Noah sebaik saja memakaikannya seluar jeans biru gelap. Malam ni, Rery mengajak kami makan malam bersama-sama. Katanya dia pulang awal ke rumah, kerjanya sudah siap. Jarang-jarang kerjanya dia nak siap awal macam ni. Biasanya pukul sembilan malam, barulah nampak batang hidung. Paling lambat pun, jam sebelas malam.

"Mama, where are we going?" soal Noah sambil menundukkan wajah untuk melihat penampilannya pada malam ini.

"Papa ajak kita dinner dekat luar. Noah kata rindu papa, kan? Papa selalu balik lambat. Jadi hari ni, papa balik awal."

Noah mendongakkan wajahnya seraya tersenyum lebar. "Lepas makan, boyeh tak kita jalan-jalan?"

Aku tertawa kecil. "Ask your papa, Noah. Mesti papa bawa punya." 

"Horeyy!" Noah melompat-lompat kecil sebelum merangkul leherku. 

Tubuh kecil Noah aku angkat ke dukungan lalu menuruni anak tangga. Jam di dinding aku pandang sekilas. Jarum pendek sudah berhenti tepat pada angka lapan. Tetapi, batang hidung Rery masih belum nampak lagi. Dia janji pukul lapan malam. Dia seorang yang tepati masa. Biasanya sebelum jam lapan lagi dia dah sampai.

"Lambat pula papa Noah. Tak akan mama nak call pula." Aku mendudukkan tubuh Noah di atas sofa. Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar aku keluarkan. Kosong. Tiada sebarang notifikasi daripada Rery. Jantung aku mulai berdetak tidak seirama. Tubuh aku terasa seram sejuk. Ada apa-apa benda yang tak baik berlaku dekat Rery ke?

Aku semak perbualan terakhir kami di WhatsApp. Jam lima petang. Rery kali terakhir online WhatsApp pun pada jam 5:30 petang dan sehingga sekarang dia tak online. Dah lebih dua jam dia tiada dalam talian. Hairan.

Ting! Ting!

Dahi aku berkerut seribu. Ada satu nombor yang tidak dikenali menghantar perbualan dalam WhatsApp aku. Dari mana pula dia dapat nombor aku ni? 

"Mama... lamanya...," rengek Noah dengan wajahnya bertukar cemberut. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya sendiri.

"Kejap, ya sayang. Mama cuba contact papa." 

Perbualan daripada nombor yang tidak dikenali itu aku buka dengan penuh debaran. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati sangat. Takut pun ada. 

"Ya Allah, biy!" Aku menjerit kecil tatkala melihat sekeping gambar yang dihantar oleh gerangan yang tidak aku kenal. Dalam gambar itu, sebuah kenderaan yang cukup aku kenal hampir terjunam ke dalam sungai yang berdekatan dengan jalan raya. Divider jalan pun remuk. 

"Mama..." 

Aku jatuh terduduk secara bersimpuh di atas lantai ruang tamu. Tangan naik menekup mulutku. Kepala dibawa geleng beberapa kali. 

"Mama, are you crying?" Noah melompat turun dari sofa lalu memeluk aku dari depan. 

Aku tidak menjawab sebaliknya menarik Noah ke dalam dakapan. Tidak dapat menahan lagi sebak di dada, aku melepaskan tangisanku teresak-esak. 

"Mama..."

"Sayang, papa tak akan tinggalkan mama kan?" soal aku kepada Noah.

Noah menggelengkan kepalanya. "No, papa always with us mama..." 

Ting! Tong!

Mendengarkan bunyi loceng rumah membuatkan tubuh aku menggeletar hebat. Tubuh Noah aku peluk erat. Aku tahu ini semua angkara Arif. Mimpi aku tempoh hari bakal menjadi realiti. Tapi, tak mungkin. Rery tak mungkin mati. Dia ada... dia masih ada...

Ting! Tong!

"Blahlah! Jangan ganggu aku!" jerit aku yang sudah berdiri di hadapan pintu utama. Dada aku berombak laju. Aku tak mampu nak mengawal pernafasan aku. Noah hanya membisu di dalam dakapan aku. Dia faham keadaan aku yang sedang ketakutan. Dia turut memeluk erat tubuhku.

"Adra, are you in there? Ni saya, Chen." 

Aku terkaku sejenak. Itu suara Chen. Bukan Arif. Aku memang cam sangat suara Chen. Dia dah sampai ke? Siapa yang jemput dia dekat KLIA? Tak silap aku, tempoh hari Rery ada beritahu yang dia akan ambil Chen sekiranya Chen dah sampai ke Malaysia.

"Adra?" Chen mengimbas aku dari bawah sehingga atas sebaik saja aku membuka pintu utama. Chen tidak keseorangan. Dia bersama Julian, Melina dan Eusoff.

"Abang... hisk..." Aku terus berlari ke arah Julian lalu memeluk tubuhnya erat. Terasa tangan kekarnya mengusap kepalaku.

"Kenapa ni, Adra? Ada apa-apa yang berlaku lagi?" 

"Abang, suami Adra abang..." Teresak-esak aku menangis. Telefon bimbit aku berikan kepada Julian.

"Ya Allah, ni kereta Rery. Betul ke Rery kemalangan? Siapa yang hantar gambar ni?" 

"Adra tak tahu. Tapi, Adra yakin sangat yang Arif dalang semua ni. Sejak akhir-akhir ni, Adra asyik mimpi buruk. Arif tekad nakkan Adra. Dia taksub dekat Adra. Dia pernah cakap yang dia akan buat apa saja untuk rampas Adra daripada Rery." 

Julian menggelengkan kepalanya. "Melampau jantan ni. Dia dah silap sebab cari pasal dengan kita. Chen, macam biasa. Bawa anak-anak buah kau cari Rery. Bawa mamat nama Arif tu jumpa aku."

Chen menerima arahan tersebut. Sampai-sampai saja Malaysia, sudah diterima satu tugasan kecemasan. Kasihan dia... 

"Abang, Adra takut Rery..."

"Shh... tak ada apa yang Adra nak takutkan. Abang kenal Rery macam mana. Adra tak ingat? Dua tahun dia kena seksa dekat Itali. Dia boleh survive. Setakat macam ni, abang yakin dia selamat. Gambar tu pun tak berapa jelas. Sekadar gambar kereta. Rery pun tak ada dekat situ." 

Aku terdiam sebelum menganggukkan kepala. Walau apa pun, aku tetap takut ada perkara buruk terjadi pada Rery. Aku tak nak terjadi apa-apa pada dia. 

PUNGGUNG Noah aku tepuk-tepuk lembut sehingga dia terlena tidak sedarkan diri. Bantal guling kepunyaannya, aku letakkan di dalam dakapannya. Kucupan sayang aku labuhkan pada dahinya sebelum aku mengubah posisiku daripada baring kepada duduk. Pihak polis sudah menghubungi aku sebentar tadi. Memang betul Rery terlibat dalam kemalangan tetapi mereka gagal menjumpai Rery. Yang ada hanya kereta dan juga telefon bimbit saja. 

Perlahan-lahan aku turun dari katil agar tidak menghasilkan apa-apa bunyi yang boleh menyedarkan Noah daripada tidurnya. Semua pergerakanku menjadi perlahan sehingga aku dapat memboloskan diri keluar dari bilik. Pintu aku tidak tutup rapat. Aku mahu turun ke dapur untuk menghilangkan dahaga. 

"Sepuluh orang jaga rumah ni. Jaga dia orang berempat. Aku tak nak sorang pun terlepas pandang. Kalau tak, sekor-sekor aku belasah. Kau ingat." 

Langkah aku terhenti di anak tangga yang terakhir tatkala mendengar suara garau Julian yang sedang memberikan arahan kepada Chen. Ada beberapa orang anak buah Chen juga sedang berdiri di belakangnya. 

"Baik, tuan. Ada apa-apa lagi?"

"Aku turun dengan kau sekali. Aku nak jumpa manusia yang dah berani sentuh adik aku. Dapat lepaskan tumbukan dekat muka dia pun, aku dah puas hati. Berani dia sentuh keluarga adik aku."

Chen menganggukkan kepalanya. 

"Abang, Adra nak ikut." 

Chen dan Julian memalingkan wajah mereka ke arah aku dengan reaksi terkejut. Laju saja Julian menggelengkan kepala. Chen hanya mendiamkan diri. 

"No, you can't. I am sorry, Adra." 

Aku tersenyum kecil. "Abang kena bagi juga. Sebab ni urusan Adra. Arif tu kenalan Adra. Adra yang buat Arif jadi macam tu. Jadi bagi Adra selesaikan masalah ni. Biar Adra selamatkan suami Adra sendiri. Suami Adra dalam bahaya disebabkan Adra sendiri. Abang tak boleh nak halang," ujar aku dengan suara mendatar. 

"Tapi, Adra..."

Laju aku memintas percakapannya dengan gelengan. Aku tekad nak selesaikan masalah Arif ni sendiri. Aku kena berdepan dengan Arif. Dia nakkan aku.

"Noah?" 

"Abang jagakan Noah untuk Adra. Biar Adra yang turun dengan Chen." 

"Tapi kalau ada apa-apa terjadi pada Adra..."

"Abang cukup! Please, jangan pandang Adra lemah. Bagi Adra peluang. Semua yang terjadi dari mula sampai sekarang adalah berpunca daripada Adra. Biar Adra yang selesaikan sendiri! Please!" Suara aku sudah naik seoktaf. Aku tak nak Julian pandang aku seperti seorang perempuan yang lemah. Yang awal-awal sudah menyerah kalah sedangkan nyawa suami sendiri dalam bahaya.

"Adra, abang tak bermaksud nak pandang Adra lemah. Tak sama sekali. Adra tahukan Rery dah amanahkan abang untuk jaga Adra sekiranya ketiadaan dia. Abang sayangkan Adra. Abang tak nak Adra diapa-apakan." 

"Adra faham, abang. Kali ni sahaja. Adra akan pastikan Rery tak serang abang. Adra akan handle nanti. Sekarang ni, bagi Adra ikut Chen dengan yang lain. Abang duduk rumah ni jagakan Melina, Eusoff dan Noah. Sama ada Adra atau Chen yang akan hantar lokasi dekat abang melalui WhatsApp. Please..." Sedaya-upaya aku merayu supaya mendapat lampu hijau daripada Julian.

Julian dan Chen saling berbalas pandangan sebelum mereka memaku pandangan ke arah aku. Julian melepaskan keluhan panjang. Tak sampai beberapa saat, dia menganggukkan kepalanya perlahan.

"Okay. But you have to promise me. Take care of yourself. Please, I am begging you. Remember, Noah needs you." 

Bersungguh-sungguh aku menganggukkan kepala. Senyuman tipis terbit pada bibirku. Kau tunggu Arif. Kononnya, aku cabar kau. Sekarang ni biar aku yang sahut cabaran kau. Kita tengok nanti sama ada kau berjaya ke tidak memilik aku? Atau sebaliknya...

Biy, tunggu honey okey? Biy dah janjikan untuk sentiasa ada dengan honey. Please wait for me...


Previous: MP 45
Next: MP 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.