MP 59

KESEORANGANLAH aku dekat taman permainan yang terletak di tengah bandar ni. Semasa melangkah masuk ke dalam taman ini pun, memang dah tak ada siapa dekat sini. Mungkin sudah malam. Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa. Duduk sajalah di atas bangku coklat yang berhadapan dengan permainan kanak-kanak. Ke manalah Rery bawa Noah pergi?

Aku ni ego ke? Salah aku ke? Tapi dia yang mulakan dulu. Aku tak ada paksa dia suruh ingat aku. Soalan-soalan dia yang buat aku tersentap. Dia anggap aku macam aku ni orang gila yang tiba-tiba saja mengaku yang aku ini isteri kepada dia. Susah-payah aku nak merentas ke sini, bukannya dia tahu. Tup-tup tanya aku macam-macam soalan.

"Ju..."

Aku terkaku saat ada satu suara garau menyapa gegendang telingaku. Lantas aku mengangkat muka mahu melihat gerangan yang menyeru aku itu. Dengar dari suaranya, sebenarnya aku sudah tahu siapa yang panggil aku.

"Hmm... kenapa ikut saya sampai ke sini? Mana Noah?" Mata aku meliar mencari Noah yang tidak ada di dukungannya. Mana anak aku pergi? Tak akan dia sorang saja?

"Gavino dengan Fazio bawa dia jalan-jalan dekat mall depan sana. Jangan risau."

Aku mencebik kecil. Nak saja aku ajuk cakap dia. Jangan risau konon. Main bagi saja anak aku dekat orang lain. Buatnya orang tu pengkhianat. Siapa yang susah?

"Asal bagi dekat dia orang? Kalau tak nak bawa, cakap awal-awal tadi. Tak adalah saya beria sangat nak ikut awak."

Rery diam. Dia hanya berdiri di sisiku sambil tangan dibawa bersilang ke dada. Mukanya macam biasalah. Beku.

"Aku tahu kau marahkan aku pasal soalan aku tadi. Aku tahu aku silap. Tapi aku betul-betul tak ingat sikit pun momen kita bersama. Sebab tu aku curious. Mungkin aku silap cipta soalan."

"Tak apalah. Awak dah soal dah pun. Nak buat macam mana? Tak akan saya nak paksa awak ingat saya. Tatap muka saya ni lama-lama sampai awak ingat. Itu pun belum tentu menjadi."

"Kau jangan balik Malaysia dulu. Aku tak izinkan. Aku nak kau dengan aku sampai aku betul-betul ingat."

Aku menoleh ke sisi. Kepala didongakkan sedikit ke arah wajahnya yang sedang merenung ke arah permainan kanak-kanak itu. "Berapa lama saya nak kena stay sini? Saya ada anak kembar yang masih memerlukan saya. Apa pula kata dia orang kalau saya tak balik?"

"Buat masa ni saja. Aku yakin aku boleh ingat sikit-sikit kalau sentiasa ada dengan aku. Kalau kau risaukan pasal dia orang, aku boleh mintak tolong Rae hantar dia orang ke sini. Dia orang pun anak aku, kan? Tak ada masalah."

Aku terdiam. Malas nak berbahas dengan suami aku ni. Nanti aku pula yang jatuh dosa sebab membantah cakap dia. Betullah apa dia cakap. Ryana dengan Ryan anak dia. Dia ada hak nak buat apa-apa pun.

"Ikut awaklah. Saya malas nak cakap banyak. Saya penat."

"Nak balik?"

Aku angguk sekali. "Noah mana? Saya nak balik sekali dengan Noah."

"Aku suruh dia orang bawa balik nanti sekali lepas Noah habis main dekat indoor playground tu."

"Tak nak. Saya nak balik dengan Noah. Saya tak tenang bila dia tak ada depan mata saya. Awak pun cepat sangat percaya orang. Dahlah ramai musuh dalam selimut. Susah saya nak percayalah." Aku mengangkat punggungku dengan penuh perasaan sebal. Aku suruh dia luangkan masa dengan Noah. Dia boleh pulak bagi dekat orang lain. Entah apa anak aku buat dengan dia orang berdua tu.

"Trust me, Ju. I know them well. Sebelum kau muncul, dia oranglah yang banyak bantu aku. Kalau tak, aku sendiri lost. Aku tak ingat apa-apa."

Aku diam. Tanpa memberi apa-apa respons, aku terus saja mengorak langkah meninggalkan Rery begitu saja. Pandai-pandai dialah. Dengan Gavino dan Fazio bukan main percaya. Tapi dengan aku? Bukan main banyak soalan dia.

"Juliana!"

Bang!

Tubuhku dipeluk oleh Rery sehingga kami berdua terjatuh di atas lantai taman. Jantung aku ketika itu berdetak dengan sangat laju. Sampai sesak dada aku dibuatnya. Telinga aku tadi dipalu dengan bunyi sedas tembakan. Tapi... kenapa aku tak rasa apa-apa?

"Ju... are you... are you okay?"

Aku mendongakkan perlahan kepalaku menghadap wajah Rery yang betul-betul berada di hadapanku. Dahinya berkerut-kerut seperti menahan sakit. Aku masih lagi dalam dakapannya. Tak lama itu, aku terasa telapak tanganku basah. Basah dengan cecair berwarna merah.

"Biy... darah..." Laju aku mengubah posisiku kepada duduk manakala tubuh Rery aku sandarkan pada bahuku. Belakang tubuhnya dibasahi dengan darah. Ini bermakna, peluru tadi berjaya menembusi dia, bukan aku.

"Ya Allah, I am sorry. This is all my fault." Lebat air mataku mengalir sehingga tergeleng-geleng kepala aku melihat Rery yang menahan sakit.

"Not this time, Ju. We need to go. Someone followed us. Please help me." Tersekat-sekat Rery menyuruh aku membantu dirinya untuk bangun.

Dengan menggunakan kudrat kewanitaan aku, aku memapah tubuh tegap Rery dan melangkah laju bersama-sama ke kereta. Nak tak nak, aku yang kena pandu kereta tu. Sesekali anak mataku meliar melihat suasana sekeliling. Takut-takut ada yang nak melepaskan peluru mereka lagi.

Bang!

"Argh!" Aku terjerit kecil apabila ada lagi tembakan yang dilepaskan dari pihak musuh. Namun peluru itu tersasar dan terkena badan kereta.

"Come on, Ju. Faster!" marah Rery apabila dia melihat aku yang masih tercegat di luar kereta.

"Ya, ya!" Segera aku masuk ke bahagian pemandu lalu enjin kereta dihidupkan. Aku terdengar Rery sepertinya sedang menghubungi seseorang. Bercakap dengan orang di hujung talian menggunakan bahasa Itali. Adalah yang aku faham sikit sebab dia cakap laju sangat. Aku ada dengar juga dia sebut nama Noah. Mungkin dia suruh dia orang bawa Noah balik sekali.

"Ssttt...."

"Biy, I am sorry," ucapku sambil tangan kiriku menggenggam tangannya. Salah aku ke semua yang jadi ni? Ya Allah...

"Shhh... I am okay. Just focus. I can handle it. Don't worry."

Aku hanya diam dan sesekali mengerling ke arahnya yang tersandar sambil memejamkan mata. Masih lagi terbias kerut-kerutan pada dahinya itu. Semakin serba salah aku dibuatnya.

"Biy... ada orang follow kita dari belakang. Dua buah kereta warna hitam," beritahu aku kepadanya. Pada masa yang sama, aku cuak bila tengok dari cermin sisi. Kereta tu mengikut saja ke mana aku pergi. Aku ke kanan, dia pun ke kanan.

"Ceit!" Rery berdecit kuat. Dia bangun perlahan sambil sebelah tangannya memegang belakang bahunya yang tercedera.

"Drive and focus. Do a zig-zag road until they lost us."

Aku angguk sekali. Sempat lagi aku mengerling ke arah Rery yang sedang membuka dashboard. Terkejut aku dibuatnya apabila dia mengeluarkan sepucuk pistol kemudian menurunkan tingkap bahagian sebelahnya.

"Biy, are you really gonna shoot them?" Entah kenapa mulut aku boleh lagi menyoal soalan macam tu.

"I said just drive and focus, Juliana!" marah Rery.

Aku terus membisu. Kecut perut aku bila Rery tinggikan suara dekat aku sekali lagi. Dah dua kali dia tengking aku. Rasa macam nak menangis aje sekarang ni. Fikiran aku melayang teringatkan Noah. Macam mana keadaan dia? Semoga anak aku baik-baik saja dengan mereka.

Bang! Bang! Bang!

Rery dan pihak musuh saling berbalas tembakan dari dalam kereta. Aku pula jadi tak fokus nak memandu bila dengar bunyi tembakan yang dilepaskan secara bertubi-tubi. Mahunya terkena tayar, macam mana aku nak kawal kereta ni?

"Turn right," arah Rery.

Aku hanya akur tanpa banyak soal. Takut kena marah lagi.

"They lost us."

Aku mengerling ke arah cermin sisi. Betul cakap Rery. Dia orang dah hilang jejak aku selepas saja aku belok ke kanan dengan sepantas kilat. Dah macam berlumba dekat litar Sepang. Jantung aku ni pun tak boleh bawa berbincang. Laju betul berdegup. Sampai naik sejuk hujung jari tangan dan kaki aku.

"Noah dah balik dengan dia orang. Jangan risau. Kita balik. Aku dah tak tahan sakit. Peluru ni makin ke dalam."

"Should we go to...."

"No. Head back home. I don't want to stay at hospital. Please hear me out."

"Err... okay..." Aku cuma risau aje bila dia cakap peluru tu macam makin ke dalam. Siapa aje yang pakar nak keluarkan peluru dari badan dia tu? Aku kalau setakat cedera yang tidak melibatkan peluru, bolehlah buat lagi. Aduh....

AKU menarik nafas lega apabila kami selamat sampai di rumah. Kelihatan Gavino sedang menunggu kami di hadapan pintu utama rumah. Segera aku menolak diri keluar dari dalam kereta dan mendapatkan Rery. Tubuhnya aku papah dengan penuh berhati-hati sehingga masuk ke dalam biliknya dengan bantuan Gavino.

"Gav, call Pablo for me. I'm injured with bullet," arah Rery.

Gavino menganggukkan kepalanya. Segera dia meminta diri keluar dari bilik, mungkin mahu menghubungi lelaki yang bernama Pablo tadi.

"Sementara tunggu kawan awak tu datang, saya tolong awak hentikan pendarahan tu dulu. Baju awak habis basah dengan darah." Aku ni pun dah keliru sebenarnya. Sekejap bersaya-awak. Sekejap panggil dia 'biy'. Ah, tak apalah. Janji gelaran yang aku guna tu masih lembut.

"Hurm."

Rery akur dengan arahan aku. Aku membantu dia membuka t-shirtnya kemudian diletakkan di atas lantai. Sehelai kain yang diambil dari dalam almari ditekap perlahan ke belakang bahunya. Kalau tekan kuat-kuat, makin ke dalam peluru tu. Matilah aku.

"Argh!" Rery meringis kesakitan sehinggakan tangannya menggenggam tangan kananku erat.

"So... sorry," ucapku dengan nada serba-salah.

"Rery?"

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Gavino bersama dengan seorang lelaki tinggi melampai dan berkulit putih seperti tiada darah. Keturunan vampire ke apa dia ni? Seram aku melihatnya.

"Pablo, please hurry."

Aku nak bangun supaya dapat memberikan ruang kepada Pablo untuk merawat Rery. Akan tetapi, Si Rery ni tak nak lepaskan tangan aku. Dia duk genggam saja tangan aku ni sampai naik berpeluh.

"Just stay here. Don't go anywhere," pesan Rery kepada aku.

Aku hanya angguk kecil. Dalam hati, sedikit terharu dengan ucapannya. Walaupun tak ingat aku, dia masih nak aku duduk dekat dengan dia. Aduh... janganlah hati tisu sangat. Aku kena kuat untuk dia. Aku kena berusaha sampai dia ingat dekat aku dan anak-anak. Boleh kami balik Malaysia bersama-sama.

Dalam masa 45 minit, Pablo merawat Rery. Syukur, peluru dapat dikeluarkan dari belakang bahu Rery. Boleh dikatakan banyak juga darah yang mengalir. Sampaikan air mata aku pun turut mengalir sekali apabila melihat Rery yang berkerut-kerut menahan sakit sehinggakan merah padam mukanya.

"Done, Rery. You need more rest. Kau jangan nak buat nak tunjuk kebal sangat. Banyak darah kau hilang. Hari tu, kau dah cedera dekat bahagian perut. Ini bahu pulak. Berapa banyak tanda yang kau nak hasilkan dekat badan kau tu."

Aku tercengang. Mujur mulut tak melongo. Maknanya sebelum ni, Rery pernah kena tembak? Dekat bahagian perut. Like seriously? Suami aku ni, kenapalah dia kebal sangat?

"Ya, ya. Just shut your mouth. Kau tak nampak ke, ada orang lain selain kita?" marah Rery. Berkerut-kerut dahinya.

"Oh, sorry. Aku tak perasan. Isteri kau ada dekat sini. Sorry, Ju."

Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Mulut aku terkunci. Pablo kenal aku, tapi aku tak kenal dia. Macam mana tu?

"Dah siap, kan? Terima kasih dan sila keluar. Leave us alone."

Kasar juga Si Rery ni. Pablo punyalah bersungguh-sungguh rawat dia. Dia boleh halau kawan dia macam tu saja. Haih....

"Ya, ya. Sama-sama kasih. Kau kalau tak menghalau aku, tak sah. Nasib baik aku dekat-dekat sini saja." Pablo menggelengkan kepalanya. Dia mengekori langkah Gavino sehingga keluar dari dalam bilik.

"Are you okay?"

"Awak ni berapa kali nak tanya? Awak tu yang cedera bukan saya. Saya tak ada luka apa-apa pun dan saya okey."

"Come here." Rery menarik tanganku sehingga aku terbaring di atas lengannya.

Aku terkedu dengan perbuatan Rery. Dia ni dah kenapa? Kata tak ingat aku. Curious dengan aku. Tapi ni boleh pulak dia tarik aku dan peluk aku?

"I am sorry for asking you that dumb questions. Aku sedar yang aku tak boleh tengok kau dalam keadaan macam tadi. Bila aku nampak ada orang nak tembak kau, aku jadi tak keruan. Dan pada masa yang sama, aku dah dapat sikit bayangan tapi masih kabur."

Sepi. Aku dengar saja luahan yang keluar dari mulutnya. Biar dia jelaskan apa yang dia rasa waktu itu.

"Bila aku tengok kau, hati aku berkocak. Fikiran aku bercelaru. Aku nak sangat ingat kau tapi kabur. Bila aku paksa, terus lenyap gambaran tu. Tu sebab aku tak nak kau tinggalkan aku dan balik ke Malaysia. Tinggal dengan aku sebab aku tahu yang aku boleh ingat kau, kalau kau terus bersama dengan aku."

Aku mengigit bibirku. Sekali lagi air mata aku menitis ke pipi. Sedih aku dengar luahan suami aku ini. Aku rindu sangat dekat dia. Aku nak dia macam dulu lagi. Bahagia dengan aku dan anak-anak.

"Don't force yourself. Saya tak paksa awak untuk ingat saya. Saya faham kondisi awak sekarang. Cuma saya terkilan dengan soalan-soalan awak. Meskipun awak tak ingat saya, jangan tanya soalan-soalan macam tu. Saya sedih."

"Shhh... I am so sorry. I didn't mean too." Rery menolak lembut kepalaku sehingga tersembam ke dadanya. Belakang tubuhku diusapnya lembut. Dakapan inilah yang selalu aku nanti-nantikan setiap hari. Aku rindu kasih sayang daripada dia.

"I promise to you. Aku akan cuba ingat kau dan anak-anak kita. Our family. Please help me?" Dia menolak daguku lembut agar mata kami saling bertatapan antara satu sama lain. Air mataku yang masih mengalir, diseka dengan ibu jarinya.

Aku menganggukkan kepalaku perlahan. "I will help you. And I always wait for you to remember me as your wife. I miss you, biy."

Rery senyum kecil. Dia mengetatkan lagi pelukan kami. Kepalaku kembali bersandar pada dadanya itu dengan mata dipejamkan rapat. Badan aku pun terasa penat. Mengawal kereta supaya dapat hilang jejak daripada musuh.

Dalam tak sedar, aku terus hanyut dibuai mimpi di dalam kehangatan dakapan suamiku ini.


Previous: MP 58
Next: MP 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.