MP 20

"SA... SAKIT!" Aku menjerit sekuat hati setiap kali libasan tali pinggang itu mendarat tubuh aku. Sejak rancangan mereka kantoi, Ivander bertukar menjadi lebih buas. Setiap hari aku kena belasah dengan dia. Ada saja yang tak kena pada pandangan matanya. Sepertinya tempat tinggal aku ni berubah menjadi satu penjara penyeksaan. Kandungan aku semakin lama semakin membesar. Macam mana aku nak lindungi anak aku sendiri sedangkan aku sendiri tak mampu nak bebaskan diri aku sendiri?

"Mak! Mak! Tolong Aara..." Dengan kudrat yang masih tersisa, aku menjerit sekuat hati. Aku menyandar pada dinding sambil melindungi perut aku dari terkena libasan tali pinggang Ivander.

"Alahai, minta tolong dekat mak kau yang tak pedulikan kau tu ke? Hmm... kesian dia, ya." Ivander meninggung di hadapan aku. Tangannya naik mengusap pipi aku yang banyak kesan calar dan luka. 

"Jangan sentuh aku!" Aku masih mampu lagi melawan walaupun tubuh aku menyengat sakit. 

Pang! Aku memejamkan mata kala pipiku ditampar oleh Ivander. Tubuhku disepak-terajang olehnya. 

"Ceraikan aku, Ivander!" tempik aku sepuas hati. Saat itu juga, pintu bilik terbuka luas. Muncul susuk tubuh Jessica yang hanya berpakaian seluar pendek paras paha dan singlet tali halus. Dia memandang ke arah aku dengan senyuman senget pada bibirnya.

"Berani kau minta cerai daripada aku, Aara? Kau lupa ke apa yang aku pernah cakap sebelum ni? Kau lupa ke?" tengking Ivander. Dia merentap rambut aku sehingga terangkat kepala aku dibuatnya. Dahi aku berkerut menahan perit pada kepala. 

"Bunuh jelah aku! Sampai bila kau nak seksa aku?" 

Ivander melepaskan tawa besar. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali. Dia memang dah gila! Wayar dalam otak dia dah putus. 

"Kan aku dah cakap dulu... kau lupa ni, kan?" 

Aku menjeling. Tuhan masih lagi memberi aku kekuatan untuk melawan Ivander. Aku berdoa agar ada jalan untuk aku keluar dari rumah ni. Aku selalu berharap agar Julian datang menyelamatkan aku.

"Kau tak boleh lari dari aku, Aara Malika! Tiada siapa yang nakkan kau kalau mereka tahu hal yang sebenar. Kau tu kotor!" herdik Ivander betul-betul depan muka aku. Dia memang manusia yang bersengkokol dengan syaitan sampaikan tiada lagi sifat ihsan dalam diri dia. Semuanya dah kena kawal dengan syaitan yang direjam.

"Aku tak kiralah semua tu! Aku dah penat nak hadap kau. Nak hadap manusia yang bertopengkan syaitan macam kau!" jerit aku sepuas hati. 

"Arrghh!" Ivander jatuh terduduk saat aku menendang alat sulitnya. Dengan tenaga yang masih bersisa, aku terus berlari melepasi Jessica yang berada di muka pintu. 

"Damn it! Aara Malika!" tempik Jessica. 

Dengan keadaan tergopoh-gapah aku menuruni anak tangga. Aku pandang ke arah pintu utama yang terbuka luas. Aku tak fikir apa-apa lagi. Aku kena selamatkan diri aku. Sudah beberapa bulan aku dah bagi mereka peluang untuk menyeksa zahir dan batin aku!

"Aara Malika!" Pergelangan tangan aku direntap oleh mak sehingga aku terdorong ke arahnya. Perut aku mula rasa sakit. Bagaikan ada sesuatu yang menyucuk-nyucuk. 

"Lepaskan Aara, mak! Mak memang tak sayangkan Aara! Mak memang nak tengok Aara mati!" Aku merentap kembali pergelangan tangan aku. Tak... aku tak nak menyerah diri lagi. Cukuplah. Cukuplah dengan semua apa yang berlaku dekat dalam hidup aku. Sumpah... aku dah penat.

"Aara..." 

Aku menolehkan pandangan aku ke kanan. Kelihatan satu susuk tubuh yang sangat aku kenali. Yang selama ini aku tunggu-tunggu, akhirnya muncul jua. Dengan langkah longlai, aku menghampiri dia. 

"Rae... tolong Aara. Aara kena... seksa." Aku hampir saja terkulai tetapi Rae sempat menyambut tubuh aku. 

"What the heck is going on here?" tempik Rae sehingga bergema suasana rumah agam itu. Aku tersandar pada dadanya. Sungguh badan aku lemah sekarang. Perutku yang terasa sakit, aku usap lembut dengan harapan tiada apa-apa yang berlaku pada anak aku ini. Dia saja yang aku ada. Aku dah janji pada diri aku sendiri. Aku janji akan jaga dia dengan baik.

"Rae... sakit..." Aku mengadu kepada Rae. Aku dah tak dapat nak menampung tubuh aku sendiri. Sakit yang semakin menyengat membuatkan aku semakin lemah. 

"Aara, just look at me. Don't close your eyes. Please..." Rae mencempung tubuhku. Wajahku tersembam pada bahunya. Perlahan tangan aku naik merangkul lehernya. 

"Let her go, Rae." Ivander yang baru saja turun, sepantas kilat memberi amaran. Kau akan kalah tak lama lagi, Ivander. Aku akan terlepas dari tempat penyeksaan ni. Tak puas-puas lagi kau nak seksa aku. Selagi aku tak mati, selagi tu dia orang nak seksa aku. Memang liat nyawa aku nak tamat. 

"Sei pazzo! (Kau memang gila!)," maki Rae. Aku nampak nafasnya laju. Dadanya berombak-ombak tak seirama. Kelopak mata aku dah semakin layu. Tak mampu dah nak tahan.

"Rae!" teriak Ivander sambil mengejar langkah Rae yang sudah berlari ke kereta bersama aku. 

"Hidup kau tak akan tenang, Ivan. Kau dah seksa dia!" marah Rae sambil menolak tubuhnya masuk ke dalam kereta. Sepantas kilat dia mengunci keretanya. Ivander menepuk-nepuk cermin tingkap kereta Rae dengan kuat. Aku hanya memandang Ivander dengan pandangan yang berbalam-balam.

"Aara, jangan pengsan Aara. Jangan buat aku takut. Aku minta maaf sebab tak percayakan kau. Aku minta maaf..." Rae mengucup kekura tanganku beberapa kali sebelum digenggam. Aku hanya mampu tersenyum. Tak bertenaga aku nak membalas apa-apa selain senyuman yang semakin pudar.

"UWERKK... uwerkkk!"

Telinga aku menangkap satu suara tangisan yang sayup kedengarannya. Semakin lama tangisan itu semakin kuat dan sepertinya berada dekat dengan aku. Aku menggerak-gerakkan bebola mata aku sebelum mengangkat kelopak mata yang sangat berat. 

"Hmph..." Aku cuba mencari oksigen supaya aku dapat bernafas dengan sempurna. Suara tangisan tadi diselang-seli dengan bunyi seperti mesin hayat. Aku dekat hospital ke? Tangan aku meraba-raba perutku sendiri. Kenapa kempis? Mana anak aku? Tanpa fikir panjang, aku terus bangun mendadak. 

"Sssttt...." Aku terbaring semula saat perutku terasa pedih. Sakit.

"No, Aara. Jangan bangun. Kau baru lepas bersalin secara paksa. Are you not remember?" ujar Rae yang sedang mengendong seorang bayi yang dibedung dengan kain biru. Mungkin bayi lelaki? 

"Baby Aara? Mana baby Aara?" soal aku sambil menarik lengan baju Rae.

"Here is your baby, Aara." Rae menolak bahu aku supaya aku baring dengan sempurna. Bayi yang dibedung dengan kain biru tadi diletakkan di atas lengan aku.

"Dia dilahirkan secara paksa. Tapi, doktor cakap kesihatan dia semua baik-baik saja. Kau kena lahirkan dia awal sebab air ketuban kau semakin berkurangan. Mujur aku bawa kau pergi hospital tepat pada waktunya." 

Air mata aku mengalir dengan sendiri. Jariku mengelus lembut pipi anak aku. Aku dah ada anak. Anak lelaki. Semakin lama air mata aku semakin lebat dan perlahan aku melepaskan esakan.

"Terima kasih, Rae. Terima kasih sebab selamatkan Aara." Aku menggenggam tangan Rae. Dia sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum tipis. Kepalaku diusap perlahan olehnya.

"Aku minta maaf, Aara. Aku bodoh sebab..." 

Jari aku mendarat pada bibirnya membuatkan percakapannya terhenti. Kepala aku geleng perlahan sambil tersenyum kecil.

"No need to sorry, Rae. Awak dah selamatkan Aara tepat pada masanya. Aara tak tahu macam mana nak balas jasa, Rae." 

Rae menggelengkan kepala. Tangan aku digenggam erat.

"No need." 

Krek...

Serentak aku dan Rae menoleh ke arah pintu wad. Kelihatan Julian sedang mendukung seorang budak sambil melangkah masuk bersama Melina. Melina menangis-nangis mendapatkan aku. Tubuhku dipeluk erat. Rae memberi ruang kepada kami berdua. 

"Aara, maafkan saya Aara. Maafkan saya...," ucap Melina beberapa kali.

"Hei awak... kenapa nak minta maaf? Awak tak salah apa-apa pun." Aku sebak. Sebak bila dengar Melina bersungguh-sungguh minta maaf dekat aku. Aku rindu dekat dia sangat. Selepas aku berkahwin dengan Ivander hampir setahun, langsung aku dengan dia tak dapat jumpa.

"Saya rindukan awak, Mel." Aku menarik tubuhnya masuk ke dalam pelukan aku.

"Ivan memang dah gila. Dia orang buat ni sebab harta," ujar Julian. Mukanya dingin. Bibirnya diketap kuat sehingga merah. Seorang kanak-kanak lelaki yang berada di dukungannya hanya memerhatikan kami.

"Tu anak awak, Mel?" soal aku sambil menuding ke arah kanak-kanak lelaki itu. 

"Ya, anak saya. Dah nak dekat setahun. Sekejap je dia dah besar. Tapi..." 

Aku merenung wajah Melina. Kenapa ayat dia terhenti? Ada apa-apa masalah ke?

"Kenapa Mel? Awak buat saya takut." 

Melina memejamkan matanya dengan tempoh yang agak lama sebelum merenung wajah aku. Tangan aku digenggam erat. Air matanya sekali lagi mengalir lebat membuatkan aku semakin risau melihatnya.

"Mel..."

"Aara, saya minta maaf sebab saya rahsiakan perkara ni dekat awak. Sebenarnya anak saya tu anak Ivander. Saya tipu awak. Saya reka cerita je dulu supaya tiada siapa yang tahu. Saya takut waktu tu. Julian yang paksa saya untuk beritahu dia sebab dia dah tahu. Dia siasat semua latar belakang saya. Saya minta maaf, Aara." 

Aku tergamam. Melina mengandungkan anak Ivander?

"Ivan tak tahu?" soal aku.

Melina menggelengkan kepalanya. Laju.

"Tak. Dia tak tahu. Julian tak kasi saya beritahu dia sebab Ivan sekarang tengah gila nakkan anak disebabkan harta. Dia nak bolot semua harta keturunan dia orang." 

Aku menganggukkan kepala. Bermakna anak aku ada seorang abang? Sedarah. Sebapa dan berlainan mak. Sungguh aku tak sangka perkara macam ni boleh berlaku.

"Jangan minta maaf dekat saya, Mel. Awak tak salah. Awak juga mangsa Ivander. Syukurlah awak selamat, Mel." 

"Terima kasih, Aara. Hati saya luluh bila tengok keadaan awak macam ni. Muka awak penuh luka dan lebam. Maafkan saya, Aara. Saya tak ada di samping awak waktu awak perlukan saya."

Bibirku mengukir senyuman. Perlahan aku menggelengkan kepala.

"Jangan cakap macam tu, Mel. Sudahlah. Nama anak awak apa?" 

Melina tersenyum kecil sambil mengalihkan pandangannya ke arah Julian dan anak lelakinya itu. 

"Eusoff Al-Qadr. Julian yang bagi nama tu. Dan, buat pengetahuan awak. Saya dan Julian dah..." 

"Bernikah." Julian mencelah. 

Aku memandang wajah mereka bersilih ganti. Rae pula hanya memerhatikan kami.

"Serius?" 

Melina menganggukkan kepalanya.

"Pernikahan kami hanya keluarga besar Julian saja yang tahu. Kami nak beritahu awak tapi tak berkesempatan sebab Julian banyak kali pergi ke Itali. Katanya ada urusan yang nak diselesaikan." 

"Alhamdullilah. Baguslah macam tu. Gembira saya mendengarnya." 

Melina memeluk tubuhku erat. 

"Awak nak namakan anak awak apa, Aara?" tanya Melina.

Aku menggelengkan kepala. Aku tak terfikir langsung nak namakan anak aku apa. Ya Allah, teruknya aku sebagai seorang ibu. Nama anak pun aku tak ada.

"Noah Al- Qadr." Rae menjawab soalan Melina bagi pihak aku. Pantas aku mendongakkan kepala ke arahnya.

"Nice name. Eusoff and Noah." Julian tersenyum.

"Kau okey ke aku bagi nama tu?" 

Laju aku menganggukkan kepala. Pipi Noah aku usap lembut sebelum melabuhkan ciuman pada dahi luasnya itu. Teringin aku nak tengok dia bila buka mata. Lena betul anak mama ni tidur.

"He got your eyes, Aara. Green hazel." 

Sekali lagi aku memandang Rae tapi kali ni dengan pandangan terkejut. Anak aku mewarisi anak mata aku?

"Iras muka dia banyak kepada Aara." Julian menganggukkan kepalanya sambil merenung wajah bersih Noah.

Aku tersenyum lebar. Aku dah selamat melahirkan anak aku. Dan, nama anak aku Noah Al-Qadr. Tak sangka aku semuanya berlaku sepantas ini. Detik aku hamilkan Noah macam kosong. Aku tak dapat rasa apa-apa. Yang aku tahu hanya satu. Iaitu perasaan sakit. Sakit zahir dan batin. Mujur Noah selamat dalam kandungan aku. Itu pun dah cukup buat aku rasa lega.

Aku harap sangat penderitaan aku habis dekat sini. Aku dah tak mampu nak hadap manusia yang bertopengkan syaitan lagi. Lelah....


Previous: MP 19
Next: MP 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.