MP 43

AKU menoleh ke kiri. Nampaknya kami sudah sampai di hadapan rumah mak. Di sinilah tempat aku membesar suatu ketika dulu. Di hadapan halaman rumah itu adalah tempat selalu aku bermain. Tiba-tiba rindu pula dengan kenangan aku sewaktu kecil. Lebih-lebih lagi dengan arwah ayah. Arwah ayah rajin melayan aku waktu kecil berbanding dengan mak. Waktu dia menghembuskan nafas yang terakhir, bagaikan separuh nyawa aku hilang terbang entah ke mana. Semangat aku ketika itu terkubur bersama jasad arwah ayah. Setiap hari, aku tak pernah lupa untuk menziarahi kubur ayah.

"Honey, are you okay?" soal Rery kepada aku.

"Ya, biyI am okay. Sorry, did you ask me anything?"

Rery menggelengkan kepalanya. Noah yang berada di tempat duduk belakang, sibuk bermain dengan permainan legonya. Dari bandar hendak ke kampung ini, mengambil masa dua jam untuk sampai. Mak tak tahu pun yang aku datang hari ini. Sengaja aku mahu buat kejutan. Aku berharap sangat mak terima kedatangan aku ni.

"Jom, biy. Noah sayang mama, jom. Kita dah sampai rumah nenek," ujar aku sambil tersenyum lalu melangkah keluar dari perut kereta. Noah didukung oleh Rery sebelum kami beriringan jalan menuju ke pintu pagar rumah.

"Assalamualaikum, mak! Ni Aara ni..." Terpaksalah guna nama lama. Kalau guna nama baru karang, mak tak kenal pula. Dah satu kerja nak menceritakan pula. Lainlah kalau mak memang tahu nama sebenar aku.

"Waalaikumussalam... sia..." Percakapan mak terhenti tatkala matanya dan mata aku bertembung dengan tempoh yang agak lama.

"Aara?"

Aku hanya mengukirkan senyuman kecil sebelum menganggukkan kepalaku. "Ya, mak. Ni Aara..."

"Ke... kenapa Aara datang sini? Aara nak bawa mak pergi balai polis ke?"

Soalan mak agak mengejutkan aku. Lantas aku menoleh ke sisi. Merenung ke arah Rery. Kenapa mak boleh tanya soalan macam tu?

"Tak, mak. Kenapa mak tanya macam tu? Aara datang sini sebab nak tengok mak. Nak melawat mak. Mak sihat ke tidak?" Sepantas kilat, aku menjawab soalan mak. Aku tak nak mak takut dengan aku disebabkan identiti aku yang sebenar.

"Mak takut Aara nak serahkan mak ke pihak polis. Mak mintak ampun, Aara. Mak sedar kesilapan mak. Mak banyak salah. Mak bukan..."

Aku terus mendakap tubuh mak tanpa mendengar percakapan mak yang seterusnya. Air mata aku mengalir perlahan. "Mak tak ada salah dengan Aara. Mak dengan arwah ayah yang dah bersusah-payah membesarkan Aara walaupun Aara bukan anak kandung mak. Aara yang patut minta maaf dengan mak." 

Mak berhenti daripada bercakap. Lambat-lambat dia membalas pelukan aku sebelum telinga aku terdengar bunyi tangisannya.

"Ampunkan Aara, mak. Terima kasih sebab sudi jaga dan didik Aara menjadi seorang gadis yang kuat." Aku tersenyum kecil. Air mata mak aku seka perlahan. Semakin ketat dada aku kala melihat air mata mak yang berjuraian membasahi pipinya.

"Maafkan mak juga, Aara. Mak tak patut biarkan kamu macam tu. Mak sepatutnya selamatkan kamu. Mak bodoh. Kesal, nak. Mesti arwah ayah kecewa dengan mak. Mak dah pernah janji dengan dia untuk jaga dan lindungi Aara daripada sesiapa pun. Tapi, mak tak tunaikan janji dia. Mak biarkan saja Aara kena seksa dulu." Terhinjut-hinjut bahu mak menangis. Dia mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju.

"Mak, jangan cakap macam tu. Aara dah lama maafkan mak. Mak jangan macam ni, ya. Aara sayangkan mak. Walau apa pun, mak tetap mak Aara sampai bila-bila. Mak sudikan jadi mak Aara lagi?"

Mak mengangguk-anggukkan kepalanya sambil teresak-esak. "Sudi, nak. Lebih daripada sudi." 

"Jangan menangis lagi, mak. Kami datang ni nak ajak mak duduk dengan kami. Mak nak tak?" 

"Bukan mak tak nak, Aara. Mak nak duduk dekat rumah ni sampai akhir nafas mak. Mak dah tak nak tinggalkan rumah ni lagi. Rumah ni kan rumah peninggalan arwah ayah. Mak tak nak rumah ni terbiar lagi. Aara boleh je kan balik sini sekali-sekala." Mak cuba untuk mengukirkan senyuman. Tangisannya masih tidak lagi berhenti. Air mata mengalir deras ke pipi.

Aku memandang ke arah Rery yang hanya mendiamkan diri sambil mendukung Noah. Noah pula hanya memerhatikan babak drama di hadapannya ini. Nasib baik tak meragam budak ni. Dia perhatikan saja aku dengan mak yang sedang menangis.

"Kami tak kisah. Itu keputusan mak. Tapi, mak jangan risau. Rery akan selalu bawa anak dan cucu mak balik sini. Seminggu sekali pasti kami akan datang." Rery menjawab soalan mak bagi pihak aku. Aku hanya tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala.

"Terima kasih, Rery. Mak harap kamu dapat jaga dan lindungi Aara. Jangan pernah sesekali pun kamu sakiti dia. Dia dah banyak menderita sepanjang duduk dengan mak. Mak tak nak perkara tu berulang lagi."

"Mak..." 

Mak tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Betul apa yang mak cakap, Aara. Kamu lebih banyak menderita sepanjang mak jaga kamu. Kali ni, dengan hati yang terbuka. Mak lepaskan kamu dekat lelaki yang kamu gelar dia suami. Seorang suami yang sepatutnya menjaga dan melindunginya isterinya."

Aku terdiam. Rery mengangggukkan kepalanya. 

"Mak jangan risau. Rery akan jaga anak dan cucu mak. Dia orang berdua nyawa Rery. Terima kasih kepada mak juga sebab jaga isteri Rery dari dia kecil sampai meningkat dewasa." 

Mak sekadar mengangguk saja. Dia mempelawa kami untuk makan bersama. Mak juga mengajak kami untuk bermalam di sini. Dah lama tak tidur dalam suasana kampung. Noah pun pertama kali tidur dekat kampung. Tak tahulah boleh biasakan diri ke tidak budak tu.

"HONEY..."

Aku agak terkejut tatkala sepasang tangan melingkari pinggang aku dari belakang. Nasib baiklah aku tak melatah. Kalau tak, jatuh saham aku. Buat malu aje. Aku rasa, aku belum pernah lagi melatah depan Rery sepanjang kami berkahwin. Melina dengan Julian sajalah yang selalu dengar aku melatah.

"Biy, terkejut honey la. Kenapa ni? Ingatkan dah tidur..." Aku membiarkan saja dia memeluk tubuh aku dari belakang dengan erat. Siap sembamkan muka dia lagi dekat belakang badan aku. Tak semena-mena, bulu roma aku dengan spontannya merinding tinggi. Haih...

"Biy yang sepatutnya tanya honey soalan tu. Kenapa honey tak tidur lagi? Termenung dekat belakang rumah macam ni. Kan dah malam. Tak elok tau." 

Aku tertawa kecil. Sejak bila suami aku ni pandai membebel? 

"Hmm... malam ni tak boleh nak tidur pula. Mata ni tak nak pejam. Tak tahulah kenapa. Lagipun, dah lama tak ambil angin malam macam ni dekat suasana kampung. Nyaman sangat. Suasana pun tenang aje." 

Rery menarik lenganku dari belakang supaya menghadap di hadapan matanya. Aku turutkan saja. Riak wajahnya seperti biasa. Beku. Dingin. Tapi dalam kedinginannya ada juga romantisnya. Hihi...

"Honey tahukan yang biy sangat sayangkan honeyBiy happy sangat yang akhirnya honey jadi milik biy." Pipi aku dielusnya lembut dengan ibu jari besarnya itu. 

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. "Kalau biy happy, honey lagi berganda-ganda happy. Noah pun happy." 

Bibir Rery tergaris sebuah senyuman tipis. Kepalanya dibawa angguk sekali. "Biy tak akan biarkan sesiapa pun sakiti honey lagi. Siapa yang berani sentuh, sampai lubang arnab sekalipun biy cari."

"Pfft... biy. Kenapa lubang arnab? Bukan lubang cacing ke?"

Rery menggaru belakang kepalanya. Bingung ke tu?

"Erm... lubang cacing bukan kecik sangat ke?"

Ya Allah, suami aku. Dia buat lawak pula tengah-tengah malam macam ni. Macam mana aku nak tahan ketawa aku daripada meletus ni? Kalau aku lepas nanti, ada karang jiran ingat pontianak mana yang mengilai tengah malam macam ni. Allahu...

"Biy, stop it. Jangan nak buat lawak. Kram perut tau tak!" marah aku sambil menampar dadanya manja.

Rery tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. "Okey, okey. Biy minta maaf. Saja nak buat lawak. Bukan selalu, idea lawak tu nak muncul. Sekali-sekala, kan?"

Aku mencebik. "Biy tahu tak? Biy ni tak sesuai bila buat lawak. Sebab apa tau? Sebab muka biy tak ada reaksi apa-apa bila buat lawak. Can you imagine that? Heartless.

Sekali lagi Rery melepaskan tawanya. "Kan rare tu? Biasanya orang yang buat lawak, muka dia ceriakan? Kalau biy dengan gaya biy tersendirilah. Tak naklah tiru orang lain. Itu satu keunikan yang orang lain tak boleh buat."

Sekali lagi aku mencebik. Banyak pula jawapan dia ni. Ni tak lain tak bukan, mesti nak menyakat aku ni. Haish!

"Yelah. Nak menang dia saja. Merajuk karang..." Sengaja aku mengugut dia. Jarang-jarang aku nak merajuk dengan suami aku sendiri ni.

"Eh, biy rasa honey tak akan jadi merajuk punya kalau biy goda sikit."

Terjegil biji mata aku mendengar perkataan 'goda'. Amboi... sejak bila dia pandai nak menggoda aku ni? Dalam diam, dia mempelajari perkara demi perkara yang aku tak tahu. Bahaya ni!

"Eh, sejak bila pandai nak goda ni?" soal aku dengan kening terjongket sebelah.

"I am a man, honey. Of course, I know. Cuma selama ni biy pendamkan bakat biy yang paling mahal tu." Bibir Rery tersungging sebuah senyuman. Sinis? Aku rasa macam senyuman nakal saja.

"Ah, biy. Pandai eh nak pancing orang. Ni rumah mak. Noah tidur atas katil kita. Jangan nak macam-macam..." Aku menjeling manja ke arahnya. Mana boleh biarkan perangai miang dia ni berleluasa!

"Siapa cakap malam ni? Biy tak cakap apa-apa pun. Honey yang fikir macam tu. Mestilah dekat rumah kita nanti. Barulah syok..." Rery tertawa kecil lalu menarik aku ke dalam dakapannya.

"Biy ni, nakal eh! Biasa dia..." 

Rery mengucup pelipisku lama. "Nakal dengan isteri sendiri je, honey. Bukan dengan sesiapa pun. Honey sajalah pengarang jantung biy."

Tahan. Tahan. Jangan nak tersengih. Kacau betullah. Pandai pula Rery ni nak bagi ayat bunga-bunga. Fuh, jangan sengih!

"Ye ke? Honey pengarang jantung biy?

Rery menundukkan sedikit tubuhnya sehingga dahi kami bersentuhan. Perlahan dia menganggukkan kepala. Lama-kelamaan, hidung kami pula bersentuhan. Aku rasa dada aku nak meletup dah ni. Apa Rery nak buat ni? Betul-betul ke dia nak goda aku?

"Honey selamanya milik biy. Nobody else. Dan perasaan cinta, sayang dan rindu biy sepenuhnya hanya untuk honey. Selepas biy lafazkan akad dulu, secara rasminya apa yang ada dekat biy sepenuhnya milik honey sampai biy mati."

Terharunya dengar kata-kata dia. Suami aku ni, pandai betul buat ayat dah sekarang. Cakap Melayu pun makin lama makin fasih. Kadang-kadang mengalahkan aku ilmu Bahasa Melayu dia. 

"Terima kasih, biyI love you more. Honey pun macam tu juga. Hanya biy saja dalam hati honey." 

Rery tersenyum kecil. Bibirku diusapnya lembut sebelum dia mendaratkan bibirnya pada bibirku. Aku sedikit tergamam sebelum kucupannya aku balas dengan penuh kasih dan sayang. Tiada siapa yang boleh pisahkan kami kecuali ajal. Dalam hati aku, hanya ada nama suami aku.

Rery El-Sharif Princeslon.


Previous: MP 42
Next: MP 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.