MP 18

AKU mengigit bibir. Berkira-kira mahu memberitahu tentang kandungan aku atau tidak. Takut perkara yang aku tak ingini berlaku. Macam mana kalau anak aku kena ambil dengan dia orang? Yelah, Jessica mandul. Tak boleh ada zuriat dengan Ivander. Kalau dia orang mempergunakan aku, macam mana? Pisahkan aku dengan anak  aku? Ya Allah, tolonglah jauhkan.

"Baby, jauh termenung." Ivander memeluk pinggang aku dari belakang. Aku hanya membiarkan saja. Lama-kelamaan aku sudah biasa dengan kelakuan dia yang miang keladi. Harap-harap tiada siapalah yang teropong melihat adegan yang tak berapa romantis atas balkoni ni.

"Tak ada apa. Awak nak makan?"

Ivander menggelengkan kepala saat dia menarik pinggang aku pusing menghadapnya. Aku hanya tersenyum kecil.

"Hug me please," pintanya sambil tersenyum. Aku turuti saja. Tubuhnya aku dakap perlahan. Sisi kepala aku sandarkan pada dadanya.

"I love you so much, Aara Malika. I can't imagine if I losing you."

Aku terdiam. Kepala otak lebih memikirkan kandunganku daripada kata-kata pujangga Ivander. Aku biarkan kata-katanya bagaikan angin lalu.

"Aduhh!" Aku meringis kesakitan. Ivander sekali lagi berkasar dengan aku. Suka sangat rentap rambut aku. Aku rasa suatu hari nanti tercabut juga rambut aku nanti.

"Aku cakap tu kau dengar tak? Kau khayal apa sampai aku cakap kau langsung tak bagi respons!" Nada suara Ivander sudah naik seoktaf. Tiada lagi suara ala-ala romantiknya itu.

"Maaf... sakit..."

"Kau memang nak kena dengan aku hari ni? Sebelum-sebelum ni elok je layan aku, hari ni kau nak tunjuk moody kau pulak!" Ivander mengheret aku masuk ke dalam bilik. Sliding door ditolak kasar sehingga bergema suasana bilik.

"Awak, jangan tolak saya. Saya mengandung!" Aku terpaksa beritahu dia supaya dapat menghentikan amukan dia. Itu saja yang aku mampu buat untuk selamatkan diri dan kandungan aku. Lama dia merenung ke arah aku.

"Kau mengandung?"

Aku mengetap bibir. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala.

"Bila?"

Aku mendongakkan kepala menghadapnya.

"Baru je. Saya uji guna alat yang awak beli tu. Sebab period saya dah lewat sebulan. Badan saya pun lesu tak bermaya. Jadi saya uji dan keputusannya positif."

Perlahan-lahan bibir Ivander terjongket naik. Senyum lebar. Pantas dia menarik aku ke dalam dakapan tubuh tegapnya itu. Terkejut aku dibuatnya. Selamat. Aku menghela nafas lega.

"Aku... aku speechless. Seriously? Kau mengandung anak aku! Berita yang selama ni aku tunggu-tunggu. Akhirnya... akhirnya aku dapat juga merasa nak jadi ayah!" Dia mencempung tubuhku. Secara spontan aku memaut lehernya supaya tidak jatuh. Dia ni nak gugur jantung aku dibuatnya. Main dukung aje aku. Tak berat ke?

"Thanks, Aara. I love you. I'm sorry. Aku hilang kawalan sekali lagi. Aku tak ada niat. Aku cuma... aku tak suka kau abaikan aku."

Aku tersenyum kecil.

"Saya minta maaf. Saya yang salah. Silap saya terlalu fikirkan kandungan ni. Saya takut..."

Ivander mengerutkan dahi saat percakapan aku terhenti. Patut ke aku berterus-terang akan perasaan takut aku ni?

"Takut apa?"

Aku mengemamkan bibir. Perlahan Ivander menurunkan tubuhku.

"Saya..."

"Kau takut apa, Aara? Kau cakap? Apa yang kau takutkan? Sebab tu ke kau takut nak beritahu aku yang kau mengandung?"

Aku menganggukkan kepala sekali. Takut-takut aku mahu memandang riak wajahnya yang bertukar dingin. Dia ni memang senang bertukar air muka. Sekejap okey, sekejap dingin, sekejap nak mengamuk. Haih...

"Saya takut yang awak akan pisahkan saya dengan anak ni. Saya takut."

Ivander menggelengkan kepala beberapa kali. Kedua-dua belah bahu aku dipegang lembut. Jarak kami dekat dan saling berbalas pandangan dengan tempoh masa yang agak lama. Tak lama itu, pipiku dielus lembut oleh Ivander.

"No, dear. I will never do that. We will raise our kid together. Why should I do that to you?"

Aku mengangguk. Lega hati bila Ivander cakap macam tu. Lebih dari rasa lega. Aku boleh bernafas dengan tenang.

"Terima kasih, awak. Saya tak minta banyak. Saya akan cuba terima awak sebagai suami saya dalam hidup saya. Jangan sakiti saya lagi. Jangan pisahkan saya dengan anak saya. Saya ada awak dengan dia je. Mak dah tak pedulikan saya. Jess bencikan saya." Tanpa sengaja, air mataku tumpah ke pipi. Dia mengusap belakang tubuhku perlahan. Dagunya diletakkan di atas kepalaku.

"Tak. Aku janji akan jaga kau. Aku minta maaf. Tolong, maafkan aku. Aku cuba kawal diri aku lepas ni. Kau saja yang boleh layan aku. Jess tak pernah layan aku bila aku perlukan dia. Dia banyak habiskan duit aku daripada layan aku."

Aku terdiam. Boleh ke aku terima Ivander dalam hidup aku? Demi anak? Aku cuba...

PEJAM celik, pejam celik. Kandungan aku sudah berusia lima bulan. Perutku sudah memboyot besar. Kadangkala kau boleh rasakan tendangan aktif hasil daripada anak aku. Comel sangat.

"Hoi! Kau buat apa? Curi tulang? Aku suruh kau basuh baju tu, kan?" tengking Jessica sambil memukul-mukul bahuku dengan menggunakan hanger baju.

"Aduh... sakit..." Aku cuba menghalang diriku dari terus dipukul olehnya.

"Kau basuh baju ke tak?"

Dia ni buta ke apa? Tak nampak ke aku tengah masukkan baju dalam mesin basuh? Tak reti nak sabar dah ke?

"Saya tengah masukkan..."

"Ada aku suruh kau basuh baju guna mesin ke? Guna tangan lah bodoh. Guna tangan! Dasar pemalas! Alasan perut dah besar, tak boleh nak buat kerja?"

Aku terdiam. Nak basuh baju guna tangan? Ada tiga bakul baju yang dah macam Gunung Kinabalu. Boleh terberanak aku macam ni.

"Jessica!"

Serentak aku dan Jessica terkejut sehingga terhinjut bahu kami berdua. Kelihatan Ivander sudah berdiri di tepi meja makan sambil meleraikan ikatan tali lehernya.

"Non andare agli estremi. (Jangan melampau.)"

Jessica memutarkan bebola matanya. Sempat lagi dia menolak bahuku sehingga aku tersandar pada mesin basuh.

"Jessica!" tengking Ivander. Segera dia mendekati aku. Tangan aku ditariknya ke belakang tubuhnya.

"What?" Jessica tayang wajah tidak bersalah sambil membelek-belek kuku tangannya.

"Vai a lavare quella camicia. (Pergi cuci baju itu.)"

Jessica membulatkan matanya. Lama dia merenung ke arah Ivander dengan renungan tidak puas hati.

"Siapa yang mengandung sekarang ni? Dia atau you? Jangan buat malu perangai tu. You yang tak mengandung sepatutnya buat kerja bukan dia. You tu yang pemalas." Ivander menengking Jessica sambil jari naik menuding di hadapan wajah isteri pertamanya itu.

"Oh, sejak dia mengandung. You buat I macam tak ada nilai. Sebab I tak boleh mengandung. I rasa you dah lupa apa janji you dekat I, kan? You dah lupa semua janji kita masa sebelum kahwin sejak betina ni mengandung. Am I right, Ahmed Ivander?"

Air muka Ivander berubah keruh. Perlahan-lahan dia menjatuhkan jarinya ke bawah. Tiada lagi suara tengkingannya pada Jessica. Janji apa yang mereka buat sampaikan Ivander boleh terdiam sampai macam tu sekali?

"Jess! Jess!"

Jessica langsung tak hiraukan panggilan Ivander. Dia menonong mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Bam! Terpejam mata aku akibat terkejut mendengar bunyi hempasan pintu bilik Jessica dari tingkat atas.

"Dear, aku naik dulu. Kau pergi berehat. Nanti aku datang."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Terkocoh-kocoh Ivander mendaki tangga. Nak juga tahu, janji apa yang dia orang buat? Patut ke aku curi-curi dengar?

Tanpa berfikir panjang, aku terus naik ke tingkat atas. Kaki mengorak langkah menghampiri pintu bilik Jessica dan Ivander.

"Hahaha... pandailah you ni."

Aku terkesima. Tu bunyi suara orang ketawa. Ivander dan Jessica ketawa. Tadi bukan dia orang bergaduh ke? Tak semena-mena jantung aku berdegup kencang. Ada sesuatu yang dia orang rancang ke? Nak kenakan aku? Perut aku sentuh perlahan. Aku tak akan lepaskan anak aku pada orang lain. Walaupun ini anak dengan Ivander. Tak semudah itu, aku nak serahkan pada sesiapa. Termasuk mak.

"Hahaha..."

Sekali lagi aku dengar bunyi mereka berdua ketawa berdekit-dekit. Perasaan ingin tahu aku semakin membuak-buak. Aku mendekati telingaku pada dedaun pintu bilik mereka.

Aku kena cari tahu apa rancangan mereka supaya aku boleh buat persediaan awal untuk lindungi anak aku ni.


Previous: MP 17
Next: MP 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.