MP 60

PERLAHAN aku mencelikkan mata tatkala terasa tangan kekar membelai rambut panjangku. Kedua-dua belah biji mata aku ganyah perlahan agar penglihatan aku jelas untuk memandang suasana sekeliling. Aku memakukan pandanganku pada wajah Rery yang betul-betul di hadapanku. Deru nafas hangatnya menampar-nampar wajahku.

"Good morning, mia bella," ucap Rery sekali gus mengucup dahiku. Morning kiss!

"Morning, biy. Dah lama ke biy bangun?"

Dia menggelengkan kepalanya. "About 10 minutes ago."

"Biy dah okey ke? Ada sakit dekat mana-mana?"

Sekali lagi dia menggelengkan kepala. Tubuhnya dibangunkan perlahan sebelum bersandar pada kepala katil. Kemudian dia menarik tubuhku masuk ke dalam dakapannya yang hangat itu. Lagi-lagi bila dia tidak berbaju. Tubuhnya yang berbalut itu aku peluk dengan penuh berhati-hati.

"I still cannot remember any of our memories. But I feel that you are really near to me."

Aku hanya menganggukkan kepalanya sekali gus tersenyum kecil. "Tak apa, biySlowly okay? Jangan paksa-paksa nanti biy sakit."

Rery senyum. Kepala dibawa angguk sekali. Aku memandang sekeliling suasana bilikku. Malap saja ruangan bilik kerana langsir tidak diselak. Jadinya tiada cahaya matahari yang dapat menembusi ruangan bilik ini.

"Saya nak pergi mandi dulu. Lepas tu, nak buatkan breakfast untuk biy dan Noah."

Rery menggelengkan kepalanya. Semakin erat dia memeluk tubuhku tanpa ada niat mahu melepaskan. Wajahnya disembamkan pada bahuku. Sejak bila pula Rery ni jadi kucing miang? Sabar sajalah nak melayan perangai manja dia pagi-pagi ni. Mujur Noah tidak tidur sebilik. Kalau tidak, depan mata dia si papa kesayangannya ini menunjukkan bakat menjadi seekor kucing miang.

"No need. Kita breakfast dekat luar. Aku nak kita cari udara pagi."

"Eh, bukan ke semalam Pablo kata biy kena banyakkan berehat. Hari ni dah ajak orang pergi breakfast dekat luar. Mana boleh. Nanti bising dia. Lagipun musuh ramai dekat luar sana tu. Baru aje nak cari ketenangan dah kena kacau."

Rery melepaskan dengusan kasar. Perlahan dia meleraikan pelukan kami. Kedua-dua belah kakinya diturunkan ke lantai. Memang degil sungguh suami aku seorang ini. Nak ikut kepala dia saja. Belum sihat sepenuhnya dah nak aktif semula.

"Kalau tak nak, tak apa. I will go by myself. Aku tak suka duduk terperap dalam rumah ni. Rimas. Tak akan disebabkan musuh, kita nak kena bersembunyi aje duduk dalam rumah. Nampak sangat kita pengecut."

Aku mencebikkan bibirku. Ada saja alasan dia tu. Cuba kalau aku, bertuahlah dia nak lepaskan aku selagi aku tak sihat. Dia semuanya boleh. Memang menguji kesabaran betul Rery El-Sharif ni.

"Yalah. Biy semuanya betul. Dulu masa saya sakit, biy larang saya pergi mana-mana selagi saya belum sihat. Ini biy belum sihat sepenuhnya, kaki tu dah nak merayap aje kerjanya. Potong kaki tu baru tahu," bebel aku. Punggung aku angkat kemudian menarik sehelai tuala yang disidai pada rak penyangkut.

"Biy jangan nak keluar selagi saya belum siap. Kalau tak, saya cari biy sampai ke lubang arnab sekalipun." Sengaja aku mengajuk semula ayatnya dulu. Nak tak nak, aku kena tahan ketawa. Nanti tak nampak kegarangan aku pulak.

"Huh?"

Rery dan aku saling berbalas pandangan. Aku nampak dahinya berkerut-kerut. Tak lama itu, tangannya naik memegang kepalanya. Ai! Aku ajuk ayat dia dulu tu terus sakit kepala ke? Kuat betul penangan ayat dia tu sampai boleh gegarkan otak dia tu.

"Biybiy okey tak ni?" soal aku yang sudah melabuhkan punggungnya menghadapnya. Risau pula aku melihat dia berkerut-kerut macam tu. Berlapis-lapis dah macam kuih lapis.

"Ya... ya. Pergilah mandi. Aku tunggu," suruhnya sambil kepala diangguk sekali.

Aku mengusap rambutnya sebelum berlalu masuk ke dalam kamar mandi. Kasihan pula melihat dahinya berkerut-kerut tadi. Macam tulah keadaan bila seseorang tak dapat nak mengingati apa yang terjadi dalam kisah hidupnya sebelum-sebelum ni.

Perlahan aku melepaskan keluhan panjang. Mata aku bawa pejam buat seketika. Tubuh aku berdiri tegak menghadap cermin yang tergantung pada dinding. Paip singki aku putar sehingga air mengalir deras. Aku mencuci wajahku beberapa kali. Dalam kepala menerewang mengingatkan peristiwa semalam.

Soalan demi soalan bermain dalam minda aku. Siapa musuh kami kali ni? Tak akan kaum-kerabat Adamo pulak? Aku rasa musuh kali ni tak ada kena mengena dengan ahli keluarga aku ataupun Rery. Hatiku kuat mengatakan kemunculan musuh kali ini ada kaitan dengan orang terdekat dengan kami. Yang sememangnya dengki dari dulu.

Haih... bilalah aku boleh hidup bahagia. Berapa ramai musuh lagi yang aku nak kena hadap? Sampai bila?

RERY memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran makan yang tidak terlalu jauh dari kediaman rumah kami. Serentak kami meloloskan tubuh keluar dari dalam perut kereta. Noah dipimpin oleh Rery manakala aku hanya mengekori langkah mereka dari belakang.

Sesekali mataku memerhatikan suasana sekeliling. Aku tak boleh leka kali ni. Waktu cerah atau gelap. Tidak kira waktu. Musuh akan muncul bila-bila masa saja. Sudahlah Noah ada bersama dengan kami. Memang tak tenang aku dekat luar macam ni.

Rery mendudukkan Noah di atas kerusi bersebelahan dengannya manakala aku duduk bertentangan dengannya. Seorang pelayan yang fasih berbahasa Itali datang menyapa untuk mengambil oder kami. Hanya Rery seorang saja yang bersuara untuk memesan santapan untuk pagi ini. Aku tak kisah pun nak makan apa, janji perut aku kenyang.

"Are you okay, Ju?" soal Rery sambil melipatkan lengannya di atas meja. Noah yang berada di sebelah hanya memerhatikan suasana sekeliling restoran itu.

"Ya. I am okay." Aku ukirkan senyuman kecil. Tak akan nak cakap tak okey pulak? Nanti dia kata aku ni overthinking. Aku lihat dia pun macam biasa aje. Memang tak kisah kalau ada musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba.

"Takut ada musuh datang serang ke?" teka Rery. Belikatnya sudah pun disandarkan pada kerusi. Jari-jemarinya bertaut sesama sendiri.

"Erm... ya..." Aku menganggukkan kepalaku sekali. Dia dah dapat agak isi hati aku, terpaksalah aku mengeyakan saja. Memang betul pun. Tak tenang aku nak makan dekat luar macam ni.

"Kalau aku cakap, sebelum kedatangan kau ke rumah tu. Dah memang ada musuh yang berani serang rumah tu. Kau nak cakap apa?"

Aku menghentikan bebola mataku betul-betul pada wajah Rery. Maksud dia sekarang ni, rumah tu pun dah pernah kena serang dengan para musuh. Erti sekarang ni, dekat mana-mana pun kita orang berada tak akan selamat selama sekali? Nampaknya musuh kali ni memang tekad betul.

"Serius?"

Rery angguk sekali. Dia mengusap dagunya lembut. "Dah banyak kali dia orang serang. Kalau kau dengar apa yang Pablo cakap tu, sebab tulah aku banyak kali tercedera. Sampaikan Rae cakap nyawa aku terlalu liat untuk dimatikan. Musuh tak akan pernah berhenti memburu keturunan kita sampai pupus dari muka bumi."

Aku terdiam seketika. Masaklah macam ni. Hidup aku dikepung dengan musuh-musuh yang entah dari mana datangnya. Skil lama yang diajar oleh Chen dulu pun, aku tak pasti boleh gunakan lagi atau tidak. Badan ni dah lama tak buat warm up selepas melahirkan si kembar tu.

"Kau jangan risau. Keselamatan kau dan Noah akan aku jaga. Tiada siapa yang berani sentuh kau. Aku jamin."

"Tak nak. Cukuplah biy dah kemalangan sampai hilang ingatan macam ni. Ingat senang ke nak terima? Bagi keizinan dekat saya. Saya nak praktis balik skil saya yang dulu."

Rery mengerutkan dahinya. "Skil? Skil apa?"

"Kalau saya cakap pun, biy tak akan ingat. Saya ada skil yang diajar oleh Chen dulu. Jangan ingat saya nak lemah tak mampu nak melawan musuh, ya. Cuma dah lama tak warm up aje badan ni."

Bibir Rery ternaik sebelah. Dia nak tunjukkan ekspresi mengejek ke apa sebenarnya ni? Lain macam aje reaksi muka dia tu.

"Kenapa pandang macam tu?"

"Tak sangka kau ada skil terpendam. Apa kata kau warm up dengan aku je? Balik ni kita berlatih sama-sama."

Giliran bibir aku pula ternaik sedikit. Wah, wah... suami aku kali ni lainlah. Menggalakkan isteri dia buat sesuatu aktiviti yang ekstrem. Suka pula aku dengan sikapnya kali ini. Open minded!

"Serius? Nak warm up sama-sama? Tak sakit ke bekas tikaman semalam tu?"

"This is Rery. Perkataan sakit tu tak akan pernah selamanya dalam dirinya."

Aku mencebikkan bibir. Berlagaknya nada dia bercakap. Menyampah pula aku mendengarnya. Naik berbulu telinga ni.

"So?" Rery menjongket kening sebelahnya tinggi.

"Okey. Balik nanti kita warm up. Make sure ada yang boleh jaga Noah. Kalau tak, tak tenang saya kalau tak ada siapa yang jaga dia."

"Gavino dengan Fazio ada dekat rumah tu. 24 jam. Rae saja yang tak reti nak duduk diam. Tak tahulah dia tu merayap ke mana. Susah nak nampak batang hidung dia dekat rumah tu. Sesekali pun Pablo akan datang. Jadi, jangan risau."

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mataku beralih ke arah Noah yang sedang memerhatikan kami. Sekali gus memasang telinga mendengar perbualan kami. Aku hanya mengukirkan senyuman buat anak bujangku itu.

"Noah nak ikut papa. Noah tak nak tinggal dengan uncle-uncle tu."

Aku tertawa kecil. Habislah... Noah macam nak buat permintaan saja tu. Aku dah agak mesti dia nak ikut aku turun padang untuk warm up skil aku tu.

"Noah nak ikut sekali? Noah nak belajar juga ke?"

"Belajar apa, papa?" soal Noah dengan dahinya yang sudah berkerut seribu. Belum pernah lagi Rery nak mengajar dia skil-skil ala mafia semua tu. Walaupun Noah didaftarkan masuk ke dalam kelas taekwando di sekolahnya.

"Kita main lawan-lawan, nak?" Rery senyum. Rambut Noah dibelainya mesra.

"Nak! Noah dah lama tak main lawan-lawan dengan papa. Kelas taekwando pun dah lama tak pergi sebab Noah dekat sini."

Rery kelihatan terkejut lantas memandang ke arah aku dengan dahinya berkerut. Aku pula hanya tersengih seperti kerang busuk. Lupa pula yang suami aku ni tak ingat apa-apa pasal kami.

"Anak-anak biy, semuanya biy hantar masuk kelas taekwando dekat sekolah."

Rery terdiam seketika sebelum kepalanya dibawa angguk sekali. "Oh."

Tak lama itu, pesanan kami pun sudah terhidang di atas meja. Masih lagi berasap. Sedap ni kalau makan panas-panas memandangkan cuaca dekat Venice sekarang ni boleh dikatakan dingin.

"Nak papa suap?"

Noah bersungguh-sungguh menganggukkan kepalanya. Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua beranak itu saling bersuapan. Aku rindu momen-momen itu.

"Makanan yang aku oder tu, okey tak?" Suara Rery menyedarkan aku dari lamunan.

"Okey saja. Saya tak cerewet pasal makanan. Janji halal." Aku senyum.

Rery sekadar menganggukkan kepalanya.

Mataku meliar melihat suasana restoran. Belum pernah Rery membawa aku ke restoran ini. Inilah kali pertama. Makanannya boleh tahan sedap.

Sedang aku asyik mengunyah makanan, mataku dapat menangkap satu susuk tubuh yang duduk tidak jauh dari kami. Hanya selang tiga buah meja saja. Aku perasan sebenarnya dari tadi dia mencuri-curi pandang ke arah aku. Wajahnya aku tak berapa nak cam dengan jelas sebab dia pakai topi sehingga menutupi dahinya.

Kenapa jantung aku berdetak laju bila anak mata kami saling bertembung walaupun hanya beberapa saat? Siapa dia? Ataupun aku terlalu overthinking sehingga menganggap orang sekeliling aku semuanya musuh?

Aku tak nak serapkan aura negatif dalam diriku. Anggap itu hanya perasaan aku sendiri. Mungkin orang tu saja nak lihat aku. Lagipun bukan aku seorang yang dia lihat. Ramai lagi orang lain di sekeliling aku. Positif, Juliana Adra....


Previous: MP 59
Next: MP 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.