MP 54

BAJU kemeja kesukaan Rery, aku genggam dengan rapat ke dada. Rindu aku kepadanya semakin membuak-buak. Begitu juga dengan anak-anakku. Aku memang dah tekad untuk ke Itali. Mahu memulakan misi pencarian dia di sana tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Melina. Dia saja yang aku boleh harapkan. Hanya dia saja yang aku percaya. Yang boleh jaga anak-anak aku sewaktu ketiadaan aku.

"Mama... mama nak tinggalkan Noah dengan adik-adik ke? Why?"

Aku tersentak sebelum memalingkan tubuhku ke belakang. Macam mana Noah tahu sebelum aku menceritakan kepadanya? Dia curi-curi dengarkah?

"Noah..."

Noah melangkah ke arah aku dengan air matanya yang sudah gugur ke pipi. Semakin menggunung perasaan serba-salah aku di dalam hati. Aku tak ada niat pun nak tinggalkan dia. Hati aku pun berat hendak meninggalkan anak-anak aku di sini. Ikutkan hati memang aku akan bawa semua anak aku. Tapi, siapa yang nak jaga mereka bila aku keluar mencari Rery?

"Mama, jangan tinggalkan Noah. Noah takut mama tinggalkan Noah macam papa tinggalkan Noah."

"Hey, no. I will never leave you, sayang. Don't talk like that. Please..." Aku terus menarik tubuh kecilnya masuk ke dalam dakapanku.

"I want go with you, mama. I don't want you to leave me. Please, I'm begging you." Noah memeluk tubuhku erat. Wajahnya disembamkan rapat ke dadaku. Ini yang membuatkan terperangkap dengan perasaan dilema. Patutkah aku bawa Noah sekali?

"Please, mama. Noah tak nak berjauhan dengan mama. Noah tak nak..." Teresak-esak Noah menangis. Ah, sudah.... Apa yang aku kena buat sekarang ni? Aku yang buat anak aku menangis.

"Okay, but first. Stop crying. My heart hurts if seeing you crying like this. Please, stop."

Tersedu-sedan Noah cuba menghentikan tangisannya. Kepalanya diangguk-angguk beberapa kali tanda akur dengan permintaanku.

"Bagi mama berbincang dengan mummy dulu. Sebab mama tak boleh nak bawa Ana dengan Yan sekali. Dia orang masih kecil."

"Noah faham, mama. Noah akan jadi good boy bila mama bawa Noah. Noah tak bagi tahu sesiapa pun."

"But, how about your school? Mamalah ni kena tulis surat kebenaran cuti?"

Noah menggaru belakang kepalanya dengan sisa air matanya masih melekat pada wajah putihnya itu. Buntulah tu tak tahu nak beri jawapan apa kepada aku.

"Tak apa. Mama akan selesaikan nanti. Right now, go to your bedroom and have a sleep, okay? Mama nak turun bawah. Nak bincang dengan mummy sebelum daddy Noah tu balik. You get it?"

Laju Noah menganggukkan kepalanya. Bersungguh-sungguh wajahnya menerima arahan aku. "Okay, mama. Good night. I love you." Pipiku dikucupnya lama sebelum melangkah keluar dari bilikku.

"I love you more." Nafas aku lepas perlahan. Haih... macam-macam dugaan aku nak pergi ke Itali. Tajam betul akal anak aku ni. Tahu-tahu aje dia dah dapat tahu yang aku nak gerak ke Itali. Pintar sungguh anak aku yang seorang ini. Mujur dia tak ajak Eusoff sekali. Sudahlah itu anak kesayangan Julian. Mahu jenuh aku nak bawa dia sekali. Mati, mati....

Tanpa membuang masa lagi, aku bangun dari duduk sekali gus menarik dan menghembus nafasku supaya dapat menenangkan diri sebelum berbincang dengan Melina. Aku kena cepat sebelum Julian sampai ke rumah aku. Kalau tak habis rancangan aku semuanya.

"Hah, Ju. Awak tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 malam dah. Tak boleh tidur?" tegur Melina sebaik saja aku melangkah ke dapur.

Kelihatan dia sedang mencuci pinggan-mangkuk yang diguna ketika waktu makan malam tadi. Rajin betul kakak ipar merangkap sahabat aku seorang ini. Malam-malam pun rajin mengemas dapur. Kalau aku dah masuk tidur dulu dah. Kadang-kadang tengok esok semuanya dah siap dicuci. Siapa lagi yang terlebih rajin kalau tak bukan suami kesayangan aku. Rindunya dekat dia....

"Saya tak boleh tidur. Entahlah kepala ni. Fikir apa pun Ju tak tahu. Haih...."

"Sabarlah. Mel tahu awak rindu dan fikirkan Rery dekat sana. Jangan macam ni. Nanti awak boleh jatuh sakit. Ingat sikit yang awak tu ada anak-anak yang nak kena jaga."

Aku senyum. Kepala dibawa angguk sekali. Aku tahu yang Melina turut risau melihat aku dalam keadaan begini. Nak buat macam mana, kejadian macam ni terjadi sekali lagi dalam hidup aku. Siapa saja yang tak senang duduk?

"Mel, saya ada nak bincang sikit dengan awak. Nak minta tolong Mel. Saya harap sangat awak akan setuju dengan cadangan saya ni. Saya betul-betul merayu dekat awak."

Melina mengelap tangannya pada sehelai kain yang berada di atas kabinet dapur sekali gus dahinya berkerut halus. Mesti pelik dengan permintaan aku sebentar tadi. Belum lagi beritahu hasrat aku apa, dah merayu macam apa.

"Kenapa? Sampai merayu macam ni. Nak saya tolong apa?" Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan aku.

"Sebelum tu, saya nak awak janji yang awak tak akan beritahu abang apa yang saya cakap dekat awak ni."

Melina kelihatan seperti serba-salah. Biasalah kalau isteri nak berahsia dengan suami. Mestilah berbelah bahagi hati tu. Aku pernah rasa semua tu. Tapi, aku tak ada pilihan lain. Hanya dia saja yang aku harap sekarang ni.

"Erm, baiklah. Mel janji. Saya harap benda ni taklah seberat yang saya sangka."

"Tolong jaga Ana dengan Yan untuk Ju. Ju nak pergi Itali. Nak cari Rery dekat sana."

Sepi.

"Saya tahu awak mungkin susah nak terima permintaan saya ni. Tapi sungguh, saya dah tak boleh nak hidup dalam keadaan macam ni. Rery langsung tak bertanya khabar tentang kami. Dia menghilang macam tu saja. Kalau awak ada dekat tempat saya, mesti awak akan rasa betapa peritnya hati setiap hari menanggung rindu dan perasaan risau semakin membuak-buak pada masa yang sama."

Aku dengar Melina menghelakan nafasnya panjang sebelum kepalanya dibawa angguk sekali. Tandanya dia faham akan perasaan aku kini dan sebelum-sebelum ini. Sangat perit. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa resah dan gelisahnya hati ini memikirkan suami yang mungkin dalam kesusahan atau bahaya dekat sana.

"Tapi, macam mana dengan Ian? Kalau dia tahu, saya takut dia dah tak percayakan saya. Dia paling pantang kalau saya tipu dia. Saya tak berani. Kalau soal jaga anak tu, saya tak ada masalah. Ana dengan Yan dah macam anak saya sendiri."

Aku angguk. Faham dengan perasaannya yang takut Julian tahu akan perkara sebenar. Aku pun dah masak macam mana perangai Julian. Dia memang pantang kalau ada orang mempermainkan dan menipu dia. Sama seperti Rery.

"Tak apa. Awak cakap aje yang saya suruh awak jaga anak-anak saya. Kononnya saya nak keluar beli barang. Tapi sampai malam pun saya tak balik-balik. Awak diam saja. Hanya jagakan Ana dan Yan untuk saya. Risiko ni biar saya yang pegang sorang. Awak tak perlu takut." Aku mengusap bahu Melina agar dia bersetuju dengan cadangan aku.

"Macam mana dengan Noah?"

"Dia dah tahu dulu saya nak ke Itali. Mungkin dia dengar percakapan saya sendiri. Saya pun tak perasan. Dia nak sangat ikut saya sampai menangis-nangis. Dia siap janji yang dia tak akan beritahu sesiapa pasal perkara ni. Noah akan ikut dengan saya. Dia pun dah besar. Dah boleh kawal. Jadi, saya rasa tak ada masalah untuk saya bawa dia ikut sekali. Kami nak cari Rery saja bukan nak buat apa pun."

"Awak serius, Ju?" soal Melina dengan reaksi wajahnya seolah-olah tidak percaya.

"Ya, saya serius Mel. Saya tak main-main. Benda ni antara hidup dengan mati. Saya kena tahu apa jadi dengan Rery dekat sana sebab saya banyak kali mimpi buruk pasal dia. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Walaupun abang janji nak suruh anak-anak buah dia carikan, saya tetap nak cari sendiri. Saya nak tahu dulu apa yang terjadi."

Melina angguk sekali. Syukur dia faham kondisi aku ketika ini. Terima kasih, Ya Allah. Engkau kurniakan seorang sahabat yang boleh membantuku di saat aku dalam keadaan susah begini.

"Terima kasih, Mel. Jasa awak tak dapat saya nak balas. Awak sahabat saya dunia dan akhirat." Tubuhnya aku peluk erat. Wajahku sembam di atas bahunya.

"Tapi awak kena janji dengan saya yang awak akan balik dengan selamat bersama Rery dan Noah. Jangan buat saya risau. Fikir baik-baik sebelum bertindak, Ju. Saya sayang awak. Awak sahabat dunia dan akhirat saya juga." Melina membalas pelukanku dengan erat sekali.

Aku tahu yang dia risau dengan keadaan aku ketika tiba di sana nanti. Tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku bila aku dah sampai sana. Syukur, sekarang ni aku dah boleh tempah tiket penerbangan aku dan Noah untuk ke Itali dalam dua hari lagi.

Satu hal lagi, nak mengarang surat untuk aku hantar kepada guru kelas sekolah Noah bahawa anak lelaki aku seorang ini tidak dapat hadir ke sekolah atas urusan keluarga. Harap guru kelas Noah dapat mempertimbangkan cuti sekolah Noah yang aku sendiri tak tahu berapa hari dia akan bercuti.

Reda sajalah....


Previous: MP 53
Next: MP 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.