MP 11

TANGAN aku dan Melina saling berjabat. Senyuman kecil aku hulurkan kepadanya. Sampai-sampai saja di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat, Julian menyuruh aku berjumpa dengan Melina. Dianya entah pergi ke mana pun aku tak tahu.

"Aara, kan? Saya Melina. Boleh je panggil Mel. Ian dah beritahu saya. Saya harap awak selesa dengan suasana rumah saya. Kebetulan saya mencari housemate. Takut pula kan duduk sorang diri di rumah ni. Boleh tahan besar," ramah Melina.

Aku menganggukkan kepala. Dia cakap housemate. Bermakna aku kena menyewa dengan dia? Deposit aje dah berapa. Duit simpanan aku bukannya banyak. Ada berapa aje.

"Erm... Mel. Kiranya saya menyewa dengan awaklah, kan? Deposit berapa saya kena bayar? Saya sekarang tak ada cash. Semua dalam bank."

Melina tersenyum seraya menggelengkan kepala. Bahu aku dipeluk mesra. Seronok dapat kawan macam ni. Langsung tak kekok nak berkawan dengan aku.

"Taklah, awak. Saya menyewa dengan Ian. Ni rumah persendirian Ian. Dia kadangkala datang ke sini dengan kawan-kawan dia yang lain. Jangan risau, kami tak pernah berdua-duaan dalam rumah. Biasanya rumah ini akan meriah sekiranya Ian bawa kawan setiap kali dia cuti. "

Aku tersenyum. Kepala diangguk sekali.

"Uwerk." Melina menekup mulutnya. Sepertinya cuba menahan isi perutnya daripada terkeluar.

"Mel, awak kenapa?" Belakang tubuhnya aku usap lembut. Dia mengandung ke? Baru aku perasan yang perutnya sedikit membonjol. Seriuslah dia mengandung?

"Sorry. Saya..."

"Alahan mengandung?" teka aku.

Dia menundukkan wajahnya sebelum kepala dianggukkan sekali. Kesiannya...

"Eh, marilah. Awak kena rehat," ajak aku sambil memimpin dia masuk ke dalam rumah.

"Mesti awak pelik kan, kenapa saya menyewa dekat sini dalam keadaan mengandung tanpa suami," ujar Melina sebaik saja kami berdua melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu.

"Eh, kenapa awak cakap macam tu. Saya tak ada fikir apa-apa pun. Saya cuma kesian awak berdiri tadi. Muka awak pucat. Takut awak pengsan," jujur aku. Ya, aku mana ada fikir yang bukan-bukan. Takut aje dia tumbang dekat depan rumah tu macam mana aku nak angkat. Badan aku dahlah genit. Tak tergerak aku rasa bila aku angkat orang.

"Kalau saya cerita, awak sudi ke berkawan dengan saya. Kawan-kawan yang pernah rapat dengan saya, semuanya tinggalkan saya macam tu aje. Dengan alasan, dia orang jijik dengan saya."

Aku tersenyum kecil. Setiap manusia ada kebaikan dan keburukan sendiri. Aku pun bukannya baik sangat.

"Kalau awak rasa selesa dengan saya, ceritalah. Saya tak paksa. Saya pun bukannya sempurna. Ada aje dosa yang saya buat." Aku tersenyum sambil mengusap bahunya. Konon-konon mahu tenangkan orang. Begitu...

"Saya mengandung tanpa berkahwin. Lelaki yang saya percaya tinggalkan saya macam tu aje. Curang dengan perempuan lain. Masa saya nak beritahu dia yang saya pregnant, masa tu juga dia kantoi dengan saya yang dia ada perempuan lain. Berdua-duaan dalam rumah dia. Jadi, dia tak tahu pun saya mengandung. "

Aku terdiam seketika. Jatuh kasihan pada Melina. Sungguh berat dugaan dia. Macam manalah kalau kena dekat aku sendiri? Apa nasib aku masa tu?

"Mujur ada orang sudi bantu saya. Ian majikan saya. Saya bekerja sebagai admin di Davinson Holdings. Kebetulan malam tu, saya baru aje lepas kena halau dengan keluarga. Kawan-kawan semua pinggirkan saya. Sedangkan kami rapat sangat dulu." Air mata Melina mengalir dari tubir matanya. Kesian aku lihat nasibnya.

"Mel, sabar ya. Saya kan ada? Saya cuba jadi kawan awak yang terbaik. Anak dalam perut awak tu tak bersalah. Ada sebab kenapa dia hadir dalam hidup awak. Sebab dia adalah untuk mengisi kekosongan dalam diri awak supaya awak tak sunyi," pujuk aku lembut.

Melina mendongakkan kepalanya ke arah aku dengan riak wajah terkejut. Tanpa berkata apa-apa, dia menarik aku ke dalam dakapannya. Dia menghamburkan tangisannya teresak-esak.

"Allah dah makbulkan doa saya. Saya dah jumpa kawan yang sudi ada bersama dengan saya." Terhinjut-hinjut bahu dia menangis. Aku hanya mampu mengusap belakang tubuhnya. Cuba menenangkan.

"Insya-Allah, saya akan setia jadi kawan awak, ya. Jangan sedih-sedih lagi. Awak kena banyak berehat. Awak nak makan? Saya boleh masakkan."

Melina tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Jom masak sama-sama. Saya baru aje keluarkan ayam dari dalam peti sejuk."

Aku mengangguk. Serentak kami bangkit berdiri sebelum bersama-sama melangkah ke dapur. Setelah 10 minit berbincang, kami berpakat mahu memasak nasi berlaukkan ayam sambal hijau dan sayur goreng kangkung ikan masin. Simple tapi mengenyangkan.

TAK sangka aku malam ini, Julian akan datang bersama dengan Rery dan Rae. Berselera sungguh mereka bertiga makan masakan aku dan Melina. Mujur cili kali ni tidak terlalu pedas. Syok betul dia orang bertiga makan. Sampai bertambah-tambah. Terutamanya Rae. Bukan main selera dia.

"Sedap ke?" soal aku sambil memandang ke arah Rae yang sedang menyuap gumpalan nasi yang sudah digaul bersama lauk ke dalam mulutnya.

Beria-ria dia mengangkat ibu jari kirinya tanda begitu sedap sekali. Fuh! Nak kembang kejap boleh tak? Jarang-jarang orang nak puji masakan aku ni.

"Makanlah, ya. Kebetulan kami masak banyak. Tak cakap korang pun ada. Nasib baik ada masak lebih."

Julian tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

"Sorry. Dia orang ni memang. Main menjelma aje. Macam hantu. Julian baru je keluar dari pintu utama pejabat, tengok-tengok dia orang berdua dah terpacak dekat depan bangunan syarikat. Nasib tak melatah," cerita Julian.

Rery hanya kekal beriak kosong. Rae pula tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Alah, macam kau tak kenal aku ni yang kacak lagikan segak ni. Sememangnya main menjelma saja kalau dah nama pun kawan rapat daripada kecil."

Julian mencebik.

"Julian, boleh Aara tanya?" Aku berkira-kira mahu mengajukan soalan yang dari pagi tadi bermain dalam fikiran aku.

"Apa dia, Aara?" Julian tersenyum.

"Aara nak kerja dekat mana? Aara tak nak duduk rumah tanpa bekerja. Aara tak selesa."

Julian menganggukkan kepalanya.

"Aara ada dua pilihan. Aara nak kerja dengan Julian atau dua beradik ni? Lagipun syarikat Julian dengan dia orang memang dari dulu dah jadi partnership. Aara pilihlah. Cumanya nama syarikat Julian, Davinson Holdings dan Julian sendiri menjadi pengurus. Kalau dua beradik ni, nama syarikat dia orang, Princeville Holdings. Rery jadi CEO dan Rae menjadi pembantu kepada CEO. "

Beberapa kali aku menganggukkan kepala. Kiranya sekarang ni aku akan bekerja di dalam suasana pejabat. Wah, layak ke aku kerja dalam pejabat orang kaya macam dia orang ni?

"Tapi, Aara tak habis sekolah. Aara sekolah sampai tingkatan dua saja. Aara tak ada kelulusan."

Rae tersenyum.

"Kenapanya? Aku yakin kau seorang yang cepat tangkap bila sesiapa yang mengajar kau. Kau mula dari bawah. Tak ada masalahnya. Aku boleh bantu kau. Jangan takut. Kan, Re?"

Rery merenung aku lama sebelum kepalanya dibawa jatuh sekali.

"Seriuslah. Selama ni yang Aara tahu, kerja semua kena temu duga. Kena ada kelulusan. Paling bawah pun SPM, kan?"

Julian tersenyum. Rae menganggukkan kepala. Rery pula hanya membisu.

"Yes, Aara. Memang tapi Aara dah rapat dengan kami. Tak akan kami nak biar saja Aara bersendirian. Apa gunanya kita sebagai kawan? Dah semakin rapat dah. Walaupun baru aje beberapa bulan," ujar Rae.

Aku tersenyum. Malu sebenarnya. Pelbagai perasaan menjadi satu. Bersyukur betul aku dapat kawan macam dia orang. Terima kasih, Ya Allah.

"Terima kasih korang," ucap aku. Segan-silu.

Mereka bertiga menganggukkan kepala. Melina tersenyum ke arah aku.

AKU termenung di atas katil. Melina yang sudah nyenyak, aku kerling seketika. Hari ni dia mahu tidur sebilik dengan aku. Katanya seronok tidur ada kawan. Aku pun on saja. Tapi, sekarang ni aku yang tak dapat nak lelapkan mata. Jantung aku berdegup kencang sampai sakit dada aku dibuatnya. Sebut perut. Ada benda yang tak baik berlaku ke? Mak kat sana macam mana, ya?

Dzzttt.... Dzzzttt....

Berkerut dahi aku mendengar getaran telefon bimbit. Siapa pula yang rajin sangat call tengah malam macam ni?

"Hello?" sapa aku sebaik saja menekan butang hijau.

"Sayang..."

Aku terkedu. Itu suara Ivander. Dia guna nombor yang mana satu ni? Berapa banyak nombor dia ada? Yang aku simpan cuma satu aje.

"Ivan, awak nak apa?" soal aku dengan nada tenang.

"I want you, sayang. Where did you go? Are you run away from me, huh?"

Kenapa dengan Ivander ni? Dia mabuk ke? Suara dia terlalu meleret-leret membuatkan bulu roma aku tegak berdiri.

"Kalau tak ada apa-apa, saya matikan talian dulu."

"Don't. Don't you dare, Aara. Kau tahu tak yang kau dah cabar aku. Kau ikut Julian, ya? Tak apa. Aku bagi kau bebas buat seketika. Jangan haraplah selamanya aku akan bebaskan kau. Kau milik aku. Selamanya milik aku. Ingat tu."

Tut.

Gila. Sah Ivander dah gila. Kenapa dia boleh angau dengan aku? Jessica kan isteri dia. Sentiasa cantik daripada aku. Kenapa dengan aku juga dia nak? Makin seram aku dengan dia ni. Patut ke aku beritahu mereka bertiga? Sungguh, aku rasa takut sekarang ni.

"Aara... awak tak tidur?" soal Melina sambil mengusap tanganku lembut.

"Ya, Mel. Saya nak tidur." Aku merebahkan diri di sebelahnya. Terus saja Melina terlena semula.

Sekarang ni apa aku nak buat? Kenapa Ivander ugut aku macam tu? Aku tak nak diapa-apakan. Tolonglah, aku tak nak.


Previous: MP 10
Next: MP 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.