MP 63

KAKI aku sudah melecet dek berjalan jauh. Berhenti pun hanya makan beberapa minit saja. Noah juga sudah mengadu padaku yang kakinya sudah terasa lenguh. Seharian berjalan sehingga larut malam. Sekarang ini, kami berada di tengah bandar Venice. Hampir berjam-jam kami berjalan menyusuri jalan yang penuh semak-samun itu. Aku sendiri tidak tahu di mana hala tuju kami sekarang ini. Telefon bimbit pun tak ada dengan aku.

Macam mana aku nak contact Rery?

"Mama... Noah tak boleh jalan dah. Penat..." Noah terduduk di atas rumput sambil mengusap-usap kakinya dengan dahinya berkerut-kerut.

"Mama sorry, sayang. Kita tak boleh berhenti. Mama takut ada orang jahat kejar kita lagi. Mama dukung Noah dari belakang, ya." Perlahan aku menarik pergelangan tangan anakku itu. Kemudian menyuruh dia untuk naik ke belakang tubuhku.

Noah hanya akur. Dia sudah pun berada di belakang tubuhku. Lembik saja anak aku ini. Ya Allah... kesiannya...

Perut pun sudah berlagu-lagu minta diisi. Nak makan tapi nak bayar guna apa? Satu sen pun tak ada dekat aku sekarang ni. Aduh... sakitnya perut aku. Noah pun mesti lapar sangat sekarang ni.

Fikiran yang serabut aku cuba untuk tolak ke tepi dulu. Berharap akan ada orang yang sudi membantu aku nanti. Mana tahu waktu-waktu macam ni dia orang ada dekat bandar? Tengah cari aku.

"Noah bertahan ya, sayang. Mama cari pertolongan dekat orang lain. Nanti kita makan, ya?"

"Baik, mama," jawab Noah dengan nada perlahan. Lemah saja suaranya.

Minta-mintalah ada orang yang sudi nak hulurkan bantuan dekat aku. Kepala aku toleh beberapa kali. Ke kanan kemudian ke kiri. Kenderaan dekat lebuh raya ni tak banyak pula pada waktu-waktu macam ni. Nak merentas masuk ke pekarangan bandar sana boleh dikatakan jauh juga. Nak tak nak, kenalah gagahkan juga untuk ke sana.

Pinnnn!

Langkah aku terhenti dek bunyi hon yang nyaring melekat di pendengaran aku. Tubuh aku serasa terkaku. Perlahan aku memalingkan wajah ke arah kenderaan yang sedang memecut laju ke arah kami. Masa-masa macam ni, otak aku langsung tak berfungsi. Tak ada tanda-tanda nak mengelak dari kecelakaan berlaku.

"Juliana!"

Mataku terpejam rapat. Fikirkan yang aku dan Noah akan kemalangan. Rasa macam dah putus asa nak teruskan hidup. Tapi, telinga aku terdengar seseorang menyeru aku.

"Are you okay?"

Perlahan aku mencelikkan mata semula. Diriku kini bukan lagi di tengah jalan. Tetapi dalam dakapan seseorang. Dakapan yang sentiasa aku rindui. Dakapan yang cukup selamat setiap kali aku rasa dalam keadaan bahaya.

"Ju, please answer me!"

"Ya... ya..." Perlahan tapi aku rasa cukup sekadar dia saja yang dengar sahutan aku. Entah kenapa tubuhku serasa lemah secara tiba-tiba. Peluh mula merenik ke seluruh wajah. Dukungan Noah semakin lama semakin kendur.

"Juliana!"

"Rae! Fazio! Help me!"

Jeritan dia hanya sayup-sayup saja pada pendengaran aku. Pandangan aku sudah berbalam-balam. Kelabu. Aku dalam keadaan separuh sedar dalam dakapannya. Noah pun aku tak tahu dia dengan siapa sekarang ni. Aku berharap anak aku baik-baik saja.

"MEMANG tak guna. Kalau aku dapat, memang habis aku kerjakan!"

"Sabar, Rae. Kalau kau mengamuk macam ni, tak akan selesaikan masalah."

Suara-suara itu bermain-main di pendengaranku. Sakit pada tubuh masih lagi terasa. Perut pun terasa pedih. Lemahnya aku nak celikkan mata aku waktu ini. Tapi keadaan memaksa aku untuk bangun. Aku kena pastikan yang Noah berada dalam keadaan selamat. Kalau apa-apa jadi pada anak aku, sama sekali aku tak dapat nak maafkan diri sendiri.

"Ju..."

Terasa tangan kekar seseorang mengusap lembut kepalaku. Manakala tangan kiriku terasa digenggam erat. Dengan kudrat yang masih tersisa, aku mencelikkan mataku beberapa kali sehingga penglihatan aku kelihatan jelas. Tidak lagi kabur.

"Biy..." Buka saja mata, wajah risau milik Rery menyapa penuh kornea mataku.

"I'm sorry, sayang," ucapnya sekali gus kekura tanganku dikucupnya lembut. Dan ketika itu juga, aku nampak kepalanya berbalut. Dah kenapa pula dengan suami aku ini?

"B... biy..."

"Ya. I'm here, honey. Biy dah ingat honey. Maafkan biy sebab gagal lindungi honey daripada musuh kita."

Hati aku dihimpit dengan perasaan sebak. Suami aku dah ingat aku? Aku tak bermimpikan sekarang ni. Ada sesuatu yang berlakukah sehingga dia boleh ingat aku semula? Pasti ada kaitan dengan balutan pada kepalanya itu.

"I miss you so much, biy." Air mataku mengalir tanpa dapat aku tahan lagi. Sungguh dada aku sesak ketika ini. Sebak yang amat.

"Ya, sayang. I miss you more. I was worried about you and Noah. Biy tak sangka Lukas seorang yang makan kawan. Gavino pun khianat biy sendiri. Sedangkan dia rapat dengan Rae," ujar Rery dengan nada suaranya seperti sangat kecewa.

"Ya, biy. Honey pun terkejut. Honey tak sangka dia macam tu. Sanggup khianat biy. Khianat persahabatan korang berdua sendiri hanya kerana mahukan harta kita."

Rery dan aku saling bertatapan mata dengan tempoh masa yang agak lama. Perlahan jari telunjukku naik menyentuh wajahnya. Rindu.

"Noah mana?"

"He's sleeping. Biy suap dia makan tadi. Lepas tu, biy suruh dia tidur. Muka dia pucat sangat. Kaki dia pun melecet dan bengkak. Pablo dah rawatkan dah. Pablo dah keluar semula dengan Fazio tak tahu ke mana. Ada kerja mungkin."

Aku hanya angguk sekali. Kasihan Noah terpaksa terkena tempias ini semua. Tak sepatutnya aku heret dia dalam dunia yang penuh dengan hasad dengki ini. Mujur dia tak diapa-apakan.

"Honey rehat, okey. Air dalam badan honey berkurangan. Tekanan darah pun tinggi sedikit Pablo kata."

"Honey nak biy teman. Jangan jauh dari honey lagi, please."

Rery senyum kecil. Kepala diangguk sekali. Perlahan dia membaringkan tubuhnya bersebelahan denganku. Pinggangku dirangkulnya rapat sehingga ke tubuhnya.

"I am sorry. Biy tak dapat nak bayangkan kalau apa-apa jadi pada honeyBiy rindu sangat."

Aku memejamkan mata seraya wajahku sembam pada dadanya. Dakapan kami semakin erat. Terasa hangat yang dihasilkan dari tubuh masing-masing. Baru sekarang aku dapat bernafas dengan sempurna tika suami aku berada dekat denganku. Sekali gus, dia sendiri sudah mengingatiku.

"Biy tak akan lepaskan Lukas dengan apa yang dia dah buat dekat honey dan Noah. Jangan harap nyawa dia terasa masih lagi panjang."

Dengar dari suara Rery, aku tahu yang dia sedang memendam kemarahannya dari terhambur. Dari dulu lagi, dia sudah beritahu aku. Sesiapa yang berani menyentuh keluarganya tak kira sesiapa pun. Pasti akan mendapat balasan semula.

"Mama! Papa!"

Bang! Bang! Bang!

Suara jeritan Noah diselang-seli dengan bunyi tembakan yang dilepaskan bergema-gema di suasana ruang tamu. Segera aku dan Rery bangun lalu berlari keluar dari bilik. Kelihatan beberapa orang anak buah Rery dan Rae sedang membalas serangan dari pihak musuh. Tidak jauh dari situ, aku ternampak satu susuk tubuh yang sangat aku kenali sedang mendukung tubuh Noah.

"Noah..." Langkahku terhenti di tengah ruang tamu. Menggeletar tanganku melihat Noah berada dalam dukungan Lukas.

"Mama..." Noah menangis teresak-esak. Berjuraian air matanya.

"Lascialo andare. (Let him go.)" ujar Rery dengan suaranya tertahan-tahan. Kedua-dua belah tangannya digenggam sehingga urat menimbul.

"Inutile! (Tak guna!)" jerit Rae. Dia mengacukan Glock 19 ke arah Lukas.

Lukas melepaskan tawa seraya menggelengkan kepala. "Lembiklah korang ni. Tak ada persediaan langsung. Lemah," ejeknya.

"Lepaskan anak aku!" tengking Rery.

"Jangan risau. Dia akan mati juga dengan korang semua ni nanti. Senang aku nak rampas harta korang. Aku boleh jadi kaya secara ekspres!" Lukas menyambung sisa tawanya dengan kepalanya tergeleng-geleng. Lucu sangat baginya situasi ketika ini.

Mata aku tak lepas dari memandang seraut wajah Noah yang sudah basah dengan air matanya. Jantung aku masa ni memang dah nak meletup. Tunggu masa saja. Sakit pada tubuh aku serta-merta hilang.

"Lukas, aku merayu lepaskan anak aku." Air mata aku jatuh ke pipi. Sungguh aku takut ketika ini. Takut Noah diapa-apakan.

"Tahu takut. Siapa suruh lari daripada aku? Kau fikir kau kuat sangat, Juliana." Sinis nada suaranya memerli aku. Aku tak kisah semua tu. Yang penting sekarang ni anak aku berada dalam tangan dia. Aku kena selamatkan Noah.

"Aku minta maaf. Aku janji aku tak lari lagi. Aku akan ikut saja apa kehendak kau. Noah tak tahu apa-apa. Tolong lepaskan dia dan ambil aku. Kau cakap je kau nak apa. Aku turutkan. Please..."

Lukas tersengih seperti kerang busuk. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Rery yang sudah merah padam wajahnya menahan marah. Begitu juga dengan Rae.

"Rery, kau sebagai suami beri keizinan tak aku nak merasa tubuh isteri kau?"

Rery hanya membisu. Soalan Lukas dibiarkan sepi.

"Kalau diam, maknanya lampu hijaulah kan? Baik betul kau ni, Rery. Macam nilah... makin sayang dekat kau." Sengih Lukas.

"Turunkan dia," pinta aku.

Lukas menganggukkan kepala. Perlahan dia menurunkan tubuh Noah ke lantai. Laju saja Noah berlari ke arah aku dan Rery.

"Shoot!"

Aku mengangkat pandanganku tatkala terdengar Lukas seperti menjerit. Jantung aku berkocak kuat sehingga dadaku terasa sesak.

Bang!

"Ahhhhh!" Bergema suasana ruang tamu dengan jeritan sakit Noah apabila peluru yang dibebaskan tadi menembusi betisnya.

"Noah!" jerit aku lalu berlari mendapatkan anakku yang sudah terbaring di atas lantai ruang tamu.

"Lukas!" amuk Rery.

"Bodoh!" Rae terus menyerang Lukas dengan melepaskan beberapa tumbukan dan tendangan pada tubuh lelaki itu.

"Sayang, pandang mama. Bertahan, okey. Kita pergi hospital." Aku mengusap-usap kepala Noah. Jaket yang berada pada tubuhku, aku tanggal kemudian diikat pada betis Noah agar dapat mengurangkan pendarahan.

"Herk... herk... sakit...," adu Noah.

"Ya, sayang. Mama minta maaf." Tubuhnya aku cempung. Nafas aku sudah tidak keruan. Kepala aku bertambah serabut. Melihatkan mereka yang sedang berbalas serangan menambahkan lagi kekusutan pada kepala otak aku.

Tanpa berlengah, aku mencapai pistol yang berada di atas lantai. Tidak tahu kepunyaan siapa. Aku terus berlari keluar dari rumah. Kepalaku tertoleh ke kiri kemudian ke kanan.

Bang! Bang! Bang!

Semakin galak bunyi tembakan yang kedengaran dari dalam rumah. Aku berdoa agar Rery dan Rae selamat. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Ditambah lagi Noah dalam keadaan seperti ini. Mahu pecah jantung aku dibuatnya.

"Ju?"

Aku menoleh ke sisi. Kelihatan Pablo dan Fazio baru saja keluar dari dalam perut kereta. Tanpa berfikir lagi, aku terus berlari ke arah mereka dengan nafasku tercungap-cungap.

"Tolong anak saya. Dia kena tembak dekat kaki. Tolong...," rayu aku bersungguh-sungguh pada Pablo. Dia seorang doktor, pasti dia pakar dalam hal kecemasan begini.

"Oh god." Pablo mengambil Noah dari dukunganku lalu dibawa masuk ke dalam kereta.

"Tolong jaga anak saya. Saya merayu sangat. Saya nak selamatkan Rery dengan Rae dekat dalam," pintaku. Mataku mengerling ke arah Noah yang berada di dalam kereta. Dengan harapan Pablo dan Fazio boleh dipercayai. Aku dah buntu sekarang ni.

"Tapi, Ju. Bahaya..."

Aku menggelengkan kepala. "Tolong..."

Teragak-agak Pablo mahu menganggukkan kepalanya. Aku terus mengucapkan terima kasih lalu berlari masuk ke dalam rumah semula bersama pistol di tangan.

Bang! Aku melepaskan tembakan secara rawak agar pergelutan di antara mereka terhenti. Laju dada aku berombak ketika ini. Aku memang nak lepaskan segala kemarahan yang terbuku dalam hati aku sekarang ni. Terutamanya Lukas.

"Fermare! (Berhenti!)" jerit aku sekuat hati. Hampir saja anak tekak aku mahu terkeluar. Namun, aku tak peduli.

Mereka semua mengalihkan pandangan ke arah aku.

"Honey just go," suruh Rery. Habis wajahnya dibasahi dengan darah. Balutannya juga sudah tertanggal dari kepala. Terserlah parut panjang pada dahinya yang masih belum kering lukanya.

Aku menggelengkan kepala sekali. Memang taklah aku nak lepaskan musuh yang sudah ada depan mata. Lagi-lagi yang dah berani menyentuh Noah sehingga anak aku tercedera. Sama sekali aku tak boleh terima. Dan aku tak boleh nak maafkan!

"Aku tak akan lepaskan orang yang dah sentuh anak aku sampai berdarah. Kau hadap aku!" tengking aku sekuat hati. Kaki mula mengorak langkah mendekati Lukas yang baru saja bangun dari terduduk di atas lantai.

"Non muoverti! (Don't move!)" Laju saja Gavino berdiri di hadapan aku. Menghalang aku dari mendekati ketuanya itu.

Bibir aku terherot ke tepi. Kening dijongket tinggi. "Non ti voglio. (Aku tak nak kau.)" Muncung pistol betul-betul aku lekapkan di dadanya. Bila-bila masa saja aku boleh tarik picu pistol dan lepaskan tembakan.

Gavino memandang aku dengan pandangan sedikit terkejut. Mungkin tak sangka yang aku boleh bertindak seperti ini. Masa ni aku tak fikir apa dah. Ketakutan aku pun semua sudah terbang bagai ditiup angin. Kepala aku masih terngiang-ngiang wajah Noah mengerang kesakitan.

"Ju."

Panggilan Rery langsung aku tak sahut. Anak mataku menikam anak mata Gavino. Wajahku sudah berkerut-kerut mahu melepaskan kemarahan.

"Aku dah mintak baik-baik tapi korang semua buat pekak. Berani tembak anak aku. Sekarang hadap aku!"

Bang! Aku melepaskan tembakan tepat mengenai perut Gavino tanpa sempat dia berbuat apa-apa. Dia sendiri pun tak jangka yang aku akan tembak dia.

"Arghh!" Gavino meringis kesakitan. Tubuhnya sudah tersembam di atas lantai.

"Stai lontano! (Stay away!)" Lukas mengacukan pistol ke arah aku. Cuak.

"Jangan takutlah, Lukas. Kau nak sangat harta kita orang, kan? No problem. Boleh aje. Tapi bagi aku lepaskan kemarahan aku dulu. Baru kau akan dapat semua tu. Dalam dunia ni tiada yang percuma. Semuanya berbayar." Aku tersenyum sinis. Entah apa yang merasuk fikiranku ketika ini, aku sendiri pun tak tahu.

"Juliana, stop!" Rery memeluk tubuhku dari belakang. Menghalang aku melepaskan tembakan ke arah Lukas.

"Do not stop me, biy! He shooted Noah!" tempik aku sekuat hati.

Rery diam. Dia cuba merampas senjata dari tangan aku. Tapi cepat aku mengelak.

Bang! Tanpa sengaja, aku melepaskan tembakan ke arah Lukas. Tepat mengenai kakinya.

"Enough! Biy tak nak honey diapa-apakan nanti! Why don't you follow Noah to the hospital? This is too dangerous for you!" marah Rery kepada aku.

Aku menggelengkan kepala. "Biy tak rasa apa yang honey rasa! Noah kena tembak! Dia sakit, biy. Dia sakit!"

Rery diam. Matanya terpaku pada Lukas yang terbaring di atas lantai. Darah sudah membanjiri lantai. Rae dan anak-anak buah yang lain sudah berjaya menumpaskan anak-anak buah Lukas.

"Aku ingat kuat sangatlah tadi. Rupanya lemah nak mati," sindir Rae sambil mengelap wajahnya dengan menggunakan hujung lengan bajunya.

"Aku malas nak gaduh banyak dengan kaulah, Lukas. Kita cerita dekat balai polis sajalah. Cun, eh?" Rae merentap kolar baju Lukas sehingga lelaki itu berdiri dalam keterpaksaan. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

"Kau tu sebenarnya yang lembik. Salah cari pasal dengan orang. Kau dah sentuh anak saudara aku. Jangan harap kau terlepas. Lepas ni, kau mengadulah dekat polis tu supaya dapat buat pemindahan harta tu sepanjang kau duduk dalam penjara." Rae mengikat kedua-dua belah tangan Lukas dengan menggunakan tali rapia yang diambil dari dalam laci.

"Rery, aku minta maaf! Lepaskan aku! Aku tak nak duduk penjara!" jerit Lukas. Merayu-rayu.

Aku hanya mendiamkan diri. Pistol tadi aku jatuhkan ke atas lantai. Tubuhku kembali terasa sakit. Rery menarik aku dalam dakapannya agar aku tidak jatuh ke atas lantai.

Gavino yang terbaring lemah di atas lantai, diheret oleh dua orang anak buah Rery dan Rae. Begitu juga dengan anak-anak buah Lukas yang lain.

"Just stay with me, honey. Everything will over so soon," bisik Rery pada telingaku.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tak lama itu, terasa tubuhku dicempung oleh si suami. Perlahan-lahan mataku terkatup rapat.

"I love you, honey."


Previous: MP 62
Next: MP 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.