MP 51

Lima tahun kemudian....

DARI tadi bibirku melengkung senyum lebar. Skrin telefon bimbit aku tatap dengan penuh perasaan rindu. Jantung yang berdegup tidak seirama aku usap dengan menggunakan ibu jari. Hampir setahun tidak bersua muka. Siapa saja yang tak merindui insan yang dicintai?

"Honey," seru Rery. Dilihatnya aku berdiam diri seperti tidak bernyawa.

"Ya, biy?" Aku melebarkan lagi senyumanku.

"Why are you staring at me like that, dear?"

"Mi manchi."

Rery tertawa sehingga tergeleng kepalanya. Matanya turut terpejam seketika. Mungkin terlalu lucu aku mengungkapkan kata rindu dalam Bahasa Itali.

"Why are you laughing, huh?" Aku mencebikkan bibir. Sudahlah setahun aku menahan rindu pada dia. Setahun tau! Bukan sehari. Bayangkan hidup aku selama setahun tanpa dia di sisiku.

"Biy pun rindukan kesayangan biy ni seorang. Lagi beberapa bulan saja. Please wait for me."

"I'm always waiting for you, biy."

Rery menganggukkan kepalanya dengan senyumannya yang sepertinya sudah sedikit kendur. Tak lama itu, kedengaran dia melepaskan keluhan panjang sekali gus wajahnya diraup.

"Giorno e notte penso solo a te."

"Ya ke? Biy fikirkan honey siang dan malam?"

Bersungguh-sungguh Rery menganggukkan kepalanya. Menyuruh aku untuk mempercayainya.

"Babies biy dah tidur ke?"

Aku angguk sekali.

"Biy video call dekat sana memanglah pagi. Sini dah malam."

Rery hanya menganggukkan kepalanya. "Biy rindu sangat dekat dia orang semua. Biy tak sabar nak balik. Doakan biy dapat jumpa wakil syarikat yang dipercayai dekat sini."

"Aamiin. Kalau boleh baliklah awal. Tak sanggup dah nak tahan rindu dekat biy ni. Setahun tau." Mataku sudah berkaca-kaca menahan tangisan. Hatiku sebenarnya dari tadi sudah berasa sebak.

"Mia bella. I know that, dear. Biy pun dah tak tahan merindui, honeyBiy nak sangat peluk dan cium sayang."

Aku hanya tersenyum.

"I got to go, honey. Someone is calling me."

"Promise that you will be home as soon as possible?"

"Promise. Just keep doa for me, okay?"

Aku menganggukkan kepala. Kami sempat lagi saling balas-membalas kata sayang dan rindu sebelum talian panggilan video itu dimatikan.

"Ya Allah, jagakan suamiku untukku."

SEPERTI biasa setiap pagi, aku akan menyediakan sarapan untuk anak-anakku yang semuanya sudah membesar dengan cepat. Pejam celik, pejam celik saja. Sungguh aku tak sangka yang mereka sudah sebesar ini menjadi seorang yang bijak dan saling menjaga sesama sendiri. Terutamanya Eusoff Al-Qadr dan Noah Al-Qadr yang kini sudah menjadi abang besar kepada si kembar.

"Good morning, mama!" sapa Noah sambil punggung dilabuhkan di atas kerusi meja makan bersebelahan dengan Eusoff.

"Morning, sayang. Mana twins?"

"Macam biasalah, mama. Macam mama tak tahu dia orang tu. Kalau pagi-pagi ada saja yang nak direbutkan sampai bergaduh. Penat dah Noah nasihatkan." Petah sungguh permata hati sulung aku dan Rery ini. Walhal usianya baru saja tujuh tahun. Cara dia bercakap seperti sudah menjadi orang dewasa. Belum dengar lagi Ryana dan Ryan bercakap. Itu lagi boleh kena heart attack kadang-kadang.

"Alahai, setiap pagi nak kena bergaduh ke? Berebut apa lagi. Ya Allah..." Aku menggelengkan kepala.

Tak lama itu, aku terdengar bunyi derapan kaki kecil milik si kembar yang sedang menuruni anak tangga dengan mulut mereka yang seperti burung murai.

"Ish! Sakitlah, Yan!" marah Ryana sambil menepis-nepis tangan Ryan yang merayap di atas kepalanya.

Aku siap bercekak pinggang sambil memerhatikan mereka. Eusoff dan Noah mengerling ke arah mereka sekali gus menikmati santapan pagi yang disediakan oleh aku.

"Hah, apa benda lagi ni? Ana kenapa pakai cap Yan?" soal aku dengan kerutan di dahi. Dah kenapa pula anak perempuan aku seorang ni? Dah tak ada kerja agaknya pakai cap. Dah serupa lelaki dah gayanya. Sudahlah lasak dan penampilan semuanya nak sama seperti Ryan. Katanya kembar kenalah selalu sama. Haih....

"Ala, Ana nak ikut macam Yan. Tak akan tak boleh? Mama kata dia kembar Ana."

Aku pegang kepala. Dengar si anak gadis bercakap dengan petahnya buat kepala aku berpusing seketika. Baru berusia lima tahun. Tapi bila disoal sikit, banyak betul jawapan yang dia jawabnya. Boleh pengsan aku hadap begini setiap hari. Kalau ada Rery, semuanya mendengar kata dan takut dengannya. Memandangkan Rery memang tegas dengan anak-anaknya. Ada waktu-waktu mereka bermanja dengan suamiku itu.

"Ana, how many times do I have tell you?"

"Ya. I'm a girl. And I have to wear girl's things, mama."

"Hah! Tahu pun. Mama tak kisah kalau nak sama. Tapi tengoklah apa yang boleh sama. Banyak mama belikan Ana cekak rambut like a princess. Nak juga berebut cap tu. Dalam rumah pun nak pakai cap ke? Mama report dekat papalah macam ni."

Ryana laju-laju memeluk kakiku dengan kepalanya yang tergeleng-geleng. "Sorry, mama. I love you. Please don't tell, papa."

"Eat your breakfast. Yan, you too."

Si kembar akur dengan arahanku. Selagi aku tak bertindak tegas, selagi itulah mereka saja aje nak mencari gaduh depan aku. Bak kata Melina, budak-budak memang suka minta perhatian. Kadang-kadang perhatian itu memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Mama, betul ke papa nak balik dalam tiga ke empat bulan lagi?" soal Noah. Dia sememangnya rapat dengan Rery. Ingat lagi sewaktu Rery pergi ke Venice, Italy. Hampir seminggu Noah mengalami demam panas. Itulah kali pertama dia berpisah dengan Rery.

"Insya-Allah. Dalam masa terdekat. Kalau papa habis kerja awal. Lagi awallah dia balik rumah ni."

"Ya Allah, tak sabar Noah nak hug papa. Rindu sangat. Tak puas jumpa papa melalui video call saja." Bibirnya terjuih ke depan menandakan dia kecewa tidak dapat memeluk tubuh Rery secara depan-depan.

"Sabar okey, sayang? Doa banyak-banyak untuk papa. Papa semua bekerja keras untuk kita. Terutamanya untuk princes and princess papa dan mama ni."

Noah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Dah cepat habiskan sarapan. Lepas tu, pergi sekolah. Hari ini, mama akan hantar anak-anak mama ke sekolah. Nanti balik maybe daddy dengan mummy yang akan jemput korang."

Mereka serentak menganggukkan kepala. Aku hanya memerhatikan saja mereka menikmati santapan pagi. Fikiranku menerawang memikirkan kerja yang menimbun dekat Princeville Holdings. Sejak Rery pergi ke Venice, akulah yang kena handle syarikat tu. Nak suruh Julian yang jaga memang tak menang tangan dialah. Dengan Davinson Holdings lagi nak diberikan perhatian. Kalau setakat jenguk-jenguk macam tu mampulah dia. Nak tak nak, akulah kena turun.

Rery pergi ke Venice kerana menguruskan anak syarikat Princeville yang dibuka di sana. Boleh dikatakan besar juga bangunan di sini. Lebih megah dan menyerlah berbanding di Malaysia ini. Itu sebab dia kena handle dekat sana sudah nak masuk setahun lebih. Susah sikit nak cari wakil yang boleh dipercayai. Kalau silap mengharapkan orang, alamatnya memang bankraplah Princeville.

Entahlah, ada lagi satu hal yang bermain dalam fikiran aku. Soal mimpi aku sendiri. Bukan sekali dua aku mimpi benda yang sama. Kerap kali. Sampaikan aku takut nak tidur. Aku takut mimpi aku sekali lagi menjadi realiti. Sudahlah Rery terlalu jauh dengan aku dan anak-anak. Tak akan selalu nak harapkan Julian. Dia pun ada keluarga dia sendiri. Keluarga angkat dia.

Tak apa. Aku akan terus serapkan aura positif dalam diri aku. Tak nak fikir yang bukan-bukan sehingga menyebabkan aku tidak boleh berbuat apa-apa. Aku ada anak-anak yang nak diuruskan. Bukannya hidup seorang diri.

Semoga saja suami aku dalam keadaan baik-baik dan akan balik secepat yang mungkin.


Previous: MP 50
Next: MP 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.