Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 26

"Dah 2 hari awak tak reply mesej saya. Saya risau keadaan awak."

Hariz memulakan bicaranya sebaik sahaja kedua-dua mereka melabuhkan duduk di kerusi batu di bawah pohon mangga besar. di tepi rumah Cikgu Zuraini.

"Saya tak ada 'benda' nak dibualkan. Lagipun saya masih ada housemateplus..kenapa nak risau tentang saya ek?"

Irdina menjawab dengan selamba. Dia melarikan pandangannya dari memandang wajah putih bersih milik Hariz. Walaupun sebenarnya tipulah kalau kata tak rindu...

"Awak tak rindu saya?"

Tiba-tiba soalan itu terpacul dari bibir Hariz yang kemerahan menandakan dia tidak merokok.

"Susah saya nak jawab soalan tu. Dulu mungkin ya tapi dah 10 tahun Hariz. Saya dah terbiasa sendiri, rindu tu dah tak de kot."

Jawapan itu sekadar untuk melindungi debar di hati. Irdina tahu dia menipu tapi dia tidak mahu lagi terlihat terhegeh-hegeh menagih cinta lelaki itu.

"Untuk kesekian kalinya..saya ingin mohon maaf..ikhlas dari lubuk hati saya."

Tutur Hariz perlahan dan sayu. Irdina rasa tersentuh. Nalurinya yang sensitif mula berasa kasihan. Namun apabila teringatkan derita dan kecewanya dia dulu, Irdina buang rasa kasihan itu. Orang sebegini perlu di ajar. Jika dimaafkan pun, biarlah lama sikit. Baru Hariz faham erti kecewa!

"Dina.."

Irdina tidak membalas sapaan Hariz. Dia masih mengelamun.

"Dina..sudi tak awak jadi isteri saya?"

Bulat mata Irdina mendengar ayat itu. Dia sedang dilamar kah? Mimpikah ini?

"Awak dah gila ke ape? Saya ni manalah layak untuk awak. Saya ni siapa, awak tu siapa. Saya ni pungguk..."

"Saya ni bulan ke?" 

Pintas Hariz laju. Tak sangka selama ini Irdina menggunakan perumpamaan itu untuk mentafsirkan hubungan mereka berdua. Tak mungkinlah dia bulan.

"Tak mungkin saya ni bulan sebab saya kan selalu ada dalam hati awak. Jangan tipu, berdosa. Bulan tu kedudukannya jauh dari pungguk, dan entah bulan tu pandang ke tak pada pungguk. Saya tak macam tu Dina. Awak sentiasa hidup dan dekat dalam hati saya ni."

"Zaman sekarang ni kita dengar boleh, percaya jangan.."

"Awak menyesal nanti hilang saya kali kedua." 

Ugut Hariz sambil senyum mengada-ngada.

"Selama ni pun saya sendiri je. Awak tak ada pun di sisi saya.."

"Kalau takdir mempertemukan kita lebih awal, dah lama saya minta maaf dengan awak. Tapi nak buat camana, selepas 10 tahun baru Dia pertemukan kita semula. Mungkin ada hikmah lain yang kita tak nampak..."

"Tak kan tak ada perempuan lain yang lebih layak. Saya tak baik mana, tak cantik mana, tak pandai masak sangat..."

"Saya lebih kenal siapa awak. Saya tahu kelebihan dan kekurangan awak kat mana. Saya terima awak seadanya sebab saya pun bukan sempurna. Dan untuk pengetahuan awak, saya ni duda!"

"Hah?"

Tersandar Irdina di kerusi batu itu. Kenyataan Hariz sebentar tadi menyentak tangkai hatinya. Hariz pernah berkahwin??

"Bagi saya peluang untuk menjelaskan kepada awak.." 

Pinta Hariz dengan wajah yang sedikit sayu. Hatinya tercalar melihat Irdina memandang ke arah lain. Hina sangatkah status duda yang disandangnya itu?

"Masa saya umur 27 tahun, mak saya dah bising suruh saya kahwin. Masa tu saya tambahkan usaha saya untuk cari awak. Saya silap sebab dulu tak ambil tahu tentang alamat kampung awak. Kalau tak dah lama saya masuk meminang awak."

Hariz terhenti seketika dan kemudian menyambung kembali.

"Bila tak dapat cari awak, saya give up. Akhirnya saya cakap dengan mak, saya ikut aje apa yang dia plan untuk saya. Rupanya dia pergi meminang perempuan sekampung. Nama dia Liana. Dia pensyarah di UTHM. Tapi perkahwinan kami tak lama, hanya bertahan 3 bulan sahaja. Lepas tu kami berpisah. Demi Allah, saya tak pernah sentuh dia dan saya masih teruna, jangan risau. Boleh check kalau ragu-ragu."

"Eh, suka hati awaklah nak sentuh pun. Dah jadi bini awak kan."

"Saya tak nak seksa dia, sebab saya langsung tak cintakan dia. Saya dah cuba juga buka hati saya untuk dia tapi gagal. Sebab tu saya lepaskan dia tanpa pernah sentuh dia."

"Boleh percaya ke lelaki baik macam tu wujud.."

"Demi Allah, Irdina. Saya bersumpah tak pernah sentuh dia. Awak pula camana? Tak kan tak ada langsung kekasih selepas saya. Takkan selama 10 tahun ni awak tak ada langsung bercinta?"

"Sibuk je nak tahu hal orang." 

Irdina masih cuba jual mahal.

"Orang tu orang yang saya sayang, jadi tak ada istilah sibuk." 

Pangkah Hariz pula.

"Malas saya nak fikirkan soal kekasih. Buat semak kepala je. Saya happy begini, tak serabut, tak payah fikir hati dan perasaan orang."

"Nabi kita suka orang yang nak berumahtangga. Awak tak suka Nabi kita ke?"

"Lelaki zaman sekarang ramai yang tak baik. Ramai yang nak ambil kesempatan je."

"Sebab tu lah kena terima saya. Saya kan baik, tak pernah pula tu ambil kesempatan pada awak..hehe..."

"Ya, awak memang lelaki yang baik sebab tu tak sesuai dengan saya ni.." 

Dalih Irdina lagi.

"Tapi awak dah maafkan saya kan.."

"Dah lama saya maafkan awak tapi.... untuk terima awak semula, susah sikit. Saya kena berhati-hati takut hal yang dulu terjadi lagi. Kalau boleh saya tak nak dah frust menonggeng."

"Terima kasih Dina. Awak dah sudi maafkan saya pun, saya dah cukup bersyukur. Tak naklah gaduh-gaduh, tak ada faedah kan. Errr....kalau saya nak serius dengan awak, awak terima tak?"

Hariz teragak-agak menyatakan hasratnya. Takut disembur lagi oleh Irdina seperti di KFC dulu.

"Maksud awak apa sebenarnya? Boleh tak awak terus-terang je sebab saya tak nak salah faham lagi."

Irdina seboleh-bolehnya tidak mahu berlaku salah faham seperti dulu. Di mana dia ingat Hariz sukakannya lebih dari sekadar kawan biasa, namun sebaliknya.

"Sebenarnya awak tak salah faham. Saya memang sukakan awak dari dulu lagi. Cuma macam yang saya terangkan sebelum ni.."

"So, awak nak apa dari saya sebenarnya?"

"Awak masih sayang saya ke tak? Dulu awak selalu cakap sayang saya, selalu panggil saya..sayang... Saya tak rasa sayang awak tu sebagai kawan biasa. Do you love me Dina?"

Berhati-hati soalan itu dilontarkan Hariz. Bimbang juga dia kalau tiba-tiba Irdina melenting. Irdina angkat wajah memandang lelaki di depannya itu. Rindu tu ada, sayang dan cinta?? Entahlah...rasa macam dah tak wujud lagi..

"Awak nak tahu jawapan saya? Nak saya jawab jujur ke tak?"

"Of course saya nak tahu. Jujurlah dengan saya. Saya terima apa sahaja yang akan awak cakap."

"Saya dah tak ada rasa terhadap awak. Rasa rindu, rasa sayang apatah lagi cinta. Semua rasa tu saya dah campak jauh-jauh ke lautan biru."

"Mahukah awak beri saya satu lagi peluang....untuk saya kutip kembali sisa-sisa cinta yang awak dah buang tu? Saya akan cantumkan kembali, saya akan rawat sampai hati awak yang luka tu sembuh. Asal sahaja awak bagi saya satu lagi peluang...please.."

Hariz merayu kepadaku? Biar benar..macam mimpi je..jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki Irdina, suara itu kedengaran lagi. Irdina tunduk menguis kakinya. Sesungguhnya dia buntu. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberi kepada lelaki itu. Akhirnya dia bersuara perlahan.

"Bagi saya masa untuk fikir, sebab awak hadir tiba-tiba dan terus cakap macam ni. Saya tak pernah duga awak akan kembali. Saya tak sangka awak akan cari saya semula. Dan saya tak pernah minta pun sebab saya dah kuat dan tabah dengan kehidupan yang saya ada sekarang."

"Benarkah awak tak pernah mengharapkan saya kembali ke sisi awak? Apa yang awak cakap ni isi hati awak ke? Allah tu tahu kalau awak menipu diri sendiri. Betul ke awak tak pernah berdoa agar saya kembali? Saya tak percaya awak boleh ubah hati awak sebegitu cepat. Kalau awak tak tunggu saya kenapa awak tak kahwin sampai sekarang? Awak memang tunggu saya kan.."

Irdina senyum sinis. Hariz ni tidak percaya dengan takdir agaknya.

"Siapa awak untuk persoalkan tentang jodoh saya? Awak bukan Tuhan. Dah jodoh saya tak sampai lagi, maka saya tak kahwin lagi, bukan pasal saya tunggu sesiapa.."

"Sebab jodoh awak..ada depan awak sekarang ni..sebab tu yang masuk meminang awak sebelum ni awak reject. Sebab awak tunggu jodoh yang depan awak ni kan.."

"Saya malas nak cakap lagi dah. Saya rasa dah lama dah saya duduk rumah Kak Zu ni. Saya minta diri dulu lah ya. Saya nak balik, ada kerja yang saya nak buat.."

"Saya tetap akan tunggu awak Dina, walau seribu tahun lagi..walau awak menjauh, saya akan tetap kejar awak..."

"Terpulang lah...."

Irdina berlalu, Hariz meraup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Fikirnya tak susah mana untuk melembutkan hati perempuan itu namun dia silap. Hati Irdina seakannya sudah tertutup rapat....dan dari sudut yang lain, sepasang telinga milik Farhan sedang mendengar segala perbualan antara Irdina dan Hariz. Air mukanya berubah. Marah bercampur sedih...


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee