Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 64

Esoknya, Hariz membawa Irdina ke rumah Kak Zuraini. Kata Hariz, Kak Zuraini ajak ke rumah. Lagipun sudah lama Irdina tidak ke rumahnya selepas yang awal tahun dulu. Alah, semasa Hariz dan Irdina baru nak berbaik tu..

Jam menunjukkan pukul 10 pagi apabila mereka tiba di rumah tersebut. Kak Zuraini menghidangkan Teh O dan biskut sahaja kerana baik Hariz, mahupun Irdina sudah makan pagi di rumah masing-masing. 

"Paan mana kak?"

Hariz bertanya selepas meneguk air teh. Dia tahu hari itu Farhan cuti. Memang dia sengaja membawa Irdina ke situ. Tujuannya, bukanlah untuk menyakitkan hati anak saudaranya itu. Apatah lagi membuatkan anak saudaranya itu cemburu. Tapi, Hariz mahu Farhan sedar bahawa Irdina miliknya dan mereka akan disatukan beberapa bulan dari sekarang. 

"Ada dalam bilik tu. Lepas breakfast tadi, terus masuk bilik. Akak tak kisah pun sebab dia cuti pun sekali je dalam seminggu. Balik kerja pun nampak penat sangat, maklumlah budak baru belajar kerja kan."

"Panggil dia kak, mesti dia rindu cikgu dia ni.."

Walaupun kedengaran sedikit sinis, reaksi wajah Hariz selamba sahaja. Irdina menjeling dengan ekor matanya. 

"Paan, oo Paan..keluar kejab tengok siapa datang ni.."

Kak Zuraini melaung dari ruang tamu. Bilik Farhan cuma tidak jauh dari situ sahaja. Selalunya dia akan dengar. Tunggu 5 minit, Farhan belum juga keluar. Kak Zuraini bangun dan menuju ke bilik Farhan. Dia mengetuk pintu bilik. Kedengaran pintu bilik di buka dari dalam.

"Mari keluar kejab. Ada orang datang, dia nak jumpa kamu."

"Siapa?"

Kak Zuraini menarik tangan anaknya menuju ke ruang tamu. 

"Cikgu..."

"Hai, cikgu Dina je yang kamu nampak, Pak Lang yang besar gedabak ni kamu tak nampak ke?" 

Hariz bersuara sedikit kuat. Geram dia dengan perangai anak buahnya itu.

"Assalamualaikum Pak Lang.."

Farhan mencapai tangan Hariz dan dikucupnya seperti selalu. Walaupun hatinya pedih selepas mengetahui berita pertunangan bapa saudaranya dengan cikgu yang diminatinya, namun dia tak akan sama sekali membenci mereka.

"Waalaikumussalam. Buat apa dalam bilik, orang panggil pun tak dengar."

"Dengar lagu.." 

Farhan duduk di sofa tidak jauh dari Irdina. Irdina memerhatikan remaja itu. Nampak sedikit susut badannya berbanding dulu.

"Paan cuti ek hari ni?"

Irdina mula membuka mulut untuk bertanya. Rasanya tidak salah dia berbual dengan anak muridnya itu. 

"Ya, hari ni cuti. Cikgu bila sampai dari kampung? Tahniah sebab dah jadi tunang orang.." ujar Paan lirih. Rasa sedih cuba diusir jauh-jauh. Jika Pak Lang nya itu mampu membuat Cikgu Dina bahagia, tak mengapa lah andai dia mengalah.

"Malam tadi sampai. Terima kasih Paan. Kerja OK?"

Irdina nampak air muka Farhan yang sedikit murung, mungkinkah kerana pertunangan ini?

"OK. Kerja Ok je walaupun penat sikit."

"Tak apa, semua ni lebih kepada untuk cari pengalaman je. Lagipun tak lama mana pun."

"Iya cikgu. Saya OK je..." 



Previous: Bab 63
Next: Bab 65

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee